Sunday, March 28, 2010

Manfaatkan Kempen Earth Hour


Manfaatkan Kempen Earth Hour

Semalam 27 Mac 2010, semasa jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, saya dalam perjalanan kembali dari kelas di Bangi ke Hotel Kualiti Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Saya tiba di hotel sekitar jam 9.00 malam dan merasa bangga apabila hotel pilihan saya setiap kali berada di Kuala Lumpur ini turut mengambil bahagian dalam Kempen Earth Hour ini. Malah semua penghuni hotel telah dimaklumkan lebih awal dengan edaran makluman bercetak.

Di lobi hanya ada satu lampu menyala di ruang meja pendaftaran. Selainnya gelap gulita! Lampu dalam lift masih menyala tetapi tiada langsung lampu atau cahaya dari ruangan pintu lift ke bilik-bilik hotel. Saya bermasalah untuk mencari nombor pada pintu bilik. Mujurlah cahaya pada skrin telefon bimbit berupaya membantu saya mengesan nombor bilik yang betul.

Persoalannya mengapa tidak dimanfaatkan Kempen Earth Hour ini untuk menguji dan “drain-out remaining power’ dalam set Lampu Kecemasan.

Lampu Kecemasan berkuasa bateri ini biasanya akan di-charge berterusan semasa bekalan bateri tersedia. Jika bekalan elektrik terputus, Lampu Kecemasan ini akan menyala dengan serta-merta sehinggalah kuasa bateri yang ada habis digunakan. Biasanya Lampu Kecemasan ini berkuasa menyala sehingga maksimum 4 jam bergantung kepada kapasiti bateri dan juga penggunaan sama ada hanya satu ada kedua-dua sekali lampu yang ada pada set lengkap.

Untuk memanjangkan hayat set Lampu Kecemasan ini, dalam masa sela tertentu sama ada setiap 3 bulan atau 6 bulan (mengikut spesifikasi pengeluar), kuasa bateri yang di-charge berterusan itu hendaklah di-drain-out-kan sepenuhnya secara membiarkan Lampu Kecemasan tersebut menyala (dengan memutuskan bekalan kuasa elektrik) berterusan sehingga habis kuasa bateri.

Biasanya jika sesuatu bangunan itu diselenggara dengan begitu baik dan tidak pernah mengalami gangguan terputusnya bekalan elektrik ataupun jika ada hanya seketika beberapa minit sahaja, amalan ‘drain-out’ tidak atau jarang diamalkan. Ini boleh memendekkan set hayat Lampu Kecemasan ini

Sepatutnya masa sejam dari 8.30 malam hingga 9.30 malam ini dimanfaatkan oleh pihak penyenggaraan Hotel Kualiti dan juga semua pihak pengurusan bangunan yang lain untuk menguji dan juga “drain-out remaining power’ dalam Lampu Kecemasan. Pada masa yang sama, terlibat dalam Kempen Earth Hour ini bukanlah bererti hanya menutup lampu sahaja. Banyak lagi perbuatan yang boleh dilakukan.

Apapun manfaatkan Kempen Earth Hour ini.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment