Sunday, March 28, 2010

Berpada-padalah semasa menyambut keraian


Berpada-padalah semasa menyambut keraian

Takziah kepada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh, 39, maut selepas pesawat Pilatus PC-7 milik TUDM yang dalam sesi latihan pertunjukan terhempas pada pukul 10.15 pagi 25 Mac 2010 di hutan simpan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Siasatan kemalangan hanya akan diumumkan dalam masa sebulan. Apa yang dilaporkan oleh saksi semasa kejadian, pesawat Pilatus PC-7 tersebut dilihat membuat beberapa aksi formasi yang kemudiannya menjunam jatuh ke hutan simpan universiti.

Kejadian seumpama ini sudah kerap berlaku semasa sambutan keraian. Persoalannya mengapa perlu aksi formasi ataupun akrobatik? Tidak cukupkah sekadar terbang lintas hormat?

Sebagai peserta Perarakan Kebangsaan menyambut kemerdekaan, saya berpengalaman dua kali menmgambil bahagian pada tahun 1986 dan 1987 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi di Dataran Merdeka. Semua peserta yang mengambil bahagian berpakaian lengkap sebagai penunggang motosikal tetapi kami hanya menunggang hanya untuk memberi lintas hormat tanpa sebarang aksi melulu dan sebagainya.

Ini berbeza ketika saya menganjurkan acara perlumbaan motosikal Yamaha Cub Prix di Ipoh penghujung 90an. Sebenarnya sebagai penganjur kami tidak membenarkan sebarang aksi pertunjukkan semasa acara berlangsung ataupun semasa rehat. Bagaimanapun atas permintaan penaja, kami terpaksa beralah membenarkan rombongan TZM 150 dari Kuala Lumpur untuk membuat perarakan mengelilingi litar lumba.

Rombongan TZM dari Kuala Lumpur ini kemudiannya bergabung dengan pemilik TZM dari Ipoh. Pusingan pertama mengelilingi litar tiada sebarang masalah tetapi apabila masuk ke pusingan kedua sudah kelihatan dua tiga peserta yang menunjukkan belang masing-masing. Ada yang me-wheelie-kan roda motosikal masing-masing. Malah ada peserta dari Ipoh yang hanya berselipar turut bersama membuat aksi-aksi yang merbahaya ini.

Saya atas kapasiti “secretary of the meet” terus memberhentikan perarakan ini.

Acara perarakan sebegini sememangnya digemari oleh penghujung terutama mereka yang mewakili persatuan tertentu. Malah menjadi kebanggaan mereka ahli persatuan ini jika dapat membuat perarakan mengelilingi litar perlumbaan terutama jika mengiringi mana-mana tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan cara. Sebagai contoh semasa Cup Prix di Kota Bharu beberapa tahun lepas, Menteri Besar Kelantan berarak diiringi oleh aglu persatuan Kelab Motosikal Klasik Honda Kelantan. Bagaimanapun perarakan ini berlangsung seperti yang dirancang.

Atas pengalaman di Ipoh itu, kami mengambil beberapa penetapan untuk sebarang acara sokongan sebegini. Jika ada sebarang permintaan perarakan, hanya berbentuk lintas hormat dengan pergerakan kenderaan seperlahan yang mungkin. Jika perlu perarakan ini akan didahului oleh pihak penganjur yang akan membawa kenderaan utama dengan kelajuan yang paling perlahan.

Iktibar dari kejadian.

Berpada-padalah semasa menyambut keraian.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

1 comment:

  1. "Saya menerima pandangan berikut dari bekas pelajar saya iaitu EN melalui email hari ini"

    Dear kawan2,

    Cepat En Lukman respond komen saya di bawah tu.

    Bukan saya nak mengutuk TUDM, tetapi banyak accident melibatkan kemalangan nyawa dipihak TUDM pada
    masa negara aman ni, termasuk kemalangan pertunjukan udara / rondaan pesawat.

    -Kemalangan Pilatus 2 korban 12 Sep 09

    -Sebelum ini sebanyak 12 pesawat Pilatus PC-7 dari jenis MK1 terhempas semasa sesi latihan di Kedah.

    -Kehilangan 6 nyawa bersama Nuri di Genting Sempah 13 Julai 07.
    Nuri lagi:

    5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.

    30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.

    15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.

    -Kemalangan payung terjun tak buka di Langkawi & Melaka

    Cuba bandingkan dengan rekod kemalangan Red-Arrow BAF berikut:

    Red Arrows accidents and incidents:

    1969: Two Gnats crashed, one striking trees at Kemble during practice with one fatality and the second crashing short of the Fairford runway.

    1971: Two Gnats collided during the cross-over manoeuvre with four fatalities.[16]

    1980: A Hawk hit a yacht mast at an air show in Sussex, the pilot ejected safely.

    1986: A Hawk rammed into the back of another on a runway.

    1987: A Hawk crashed into a house in the neighbouring village of Welton, Lincolnshire while practising.[17]

    24 June 1988: A Hawk crashed whilst attempting to take off, and the fuel tanks exploded. The pilot ejected safely.[18]

    9 September 2003: A Hawk overshot the runway during landing at Jersey Airport while arriving in advance of the Jersey International Air Display. Nobody was harmed in the incident.[19]

    2007: The wingtip of a Hawk hit the tail of another during practice flight near RAF Scampton.[20]

    23 March 2010: Two Hawks had a mid air collision. The synchro pair were practicing one of their manoeuvres when the 2 aircraft collided. Red 7, Flight Lieutenant David Montenegro managed to land his plane in safety, but the other (Red 6, Flight Lieutenant Mike Ling) had to use his ejection system and was taken to hospital with a dislocated shoulder. The incident took place during pre-season training at Hellenic Air Force base, Kastelli, in Crete.[21].

    Hanya kemalangan 1969 & 1971 yang korbankan nyawa, padahal Red Arrow membuat pertunjukkan diseluruh dunia.

    Harap2 tiada kemalangan pada pertunjukkan udara Smokey Bandit skuad Sokhoi pada F1 Sepang yg akan berlansung hujung minngu ni.

    Kita tak hendak kehilangan anggota TUDM kita, lebih2 lagi seorang Major wanita pilot Sohkoi tu... Major Patricia... masih solo lagi tu....

    EN


    2010/3/29 Lukman Bin Wan Mat Daud

    Salam semua

    1. Ada beberapa pendekatan OSH masa konvo. Walaupun saya tiada dlm dewan konvo tahun ini tapi pengumuman mengenai jika berlaku kecemasan tetap ada. Ini telah dipratikkan semenjak tahun 2008 rasanya. Sebelum itu memang tiada.

    2. Maaf saya tak bersetuju dengan pandangan mengenai askar tiada kerja kerana negara aman. Ingat ERM (Sun Zhu) In peace prepare for war and in war preoare for peace ataupun If you want peace ready for war.

    3. Pertunjukkan akrobatik (extreme) dan sebagainya memang tidak sesuai di sebarang keraian terutama melibatkan ramai penghujung. Bayangkan jika kapalterbang itu jatuh di atas kawasan orang ramai yang bersesak. Cukuplah seperti pandangan dalam blog saya iaitu hanya dengan lintas hormat.

    Wsl

    Lukman

    ReplyDelete