Monday, March 29, 2010

Pembuka kata setiap majlis


Pembuka kata setiap majlis

Sabtu dan Ahad lepas adalah hari konvokesyen di UUM. Sabtu pada sidang pertama paginya adalah konvokesyen pelajar-pelajar saya iaitu Program Msc OSH. Malangnya pada kali ini saya tidak dapat bersama-sama mereka yang berpeluang menaiki pentas menerima skrol masing-masing kerana terbabit dalam pengajaran di Kuala Lumpur. Hanya ucapan tahniah dari saya serta pensyarah lain dan kakitangan Jabatan Siswazah OSH, UUM College Arts & Sciences.

Seperti biasa telefon bimbit saya tidak putus-putus berdering sama ada menerima panggilan atau sms mengucapkan terima kasih dan sebagainya. Begitu juga dengan kiriman email.

Terbaru saya menerima sms menyatakan kebanggaan mereka mendengarkan pembukaan kata majlis berunsurkan keselamatan. Turut diterima saya ialah email menyatakan kekesalan kemalangan maut yang berlaku mengakibatkan juruterbang TUDM.

Sebagai pengamal OSH, saya sedaya-upaya di sebarang majlis akan memastikan semua maklumat-maklumat yang mesti diketahui seperti di dalam rajah di atas dalam pengetahuan saya sebelum memulakan majlis. Pada masa yang sama, saya juga akan memulakan slot persembahan saya dengan membuat hebahan berkaitan maklumat-maklumat seperti di atas.

Saya difahamkan majlis konvekesyen UUM telah mengamalkan amalan sebegini semenjak tahun 2007. Saya berharap bukan sahaja IPTA/IPTS lain mengamalkannya sama tetapi turut diamalkan oleh mana-mana majlis lainterutama melibatkan orang ramai yang pertama kali menyertainya.

Kita semua mengharapkan semuanya berjalan lancar dan terbaik tetapi pada masa yang sama kita mesti bersedia untuk menghadapi sebarang kecemasan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment