Saturday, December 27, 2008

Tangan Manusia Musnahkan Alam Sekitar

TANGAN MANUSIA MUSNAHKAN ALAM SEKITAR
Abdul Shukur Harun, Harakah Daily Net15 Dis 2008

Beberapa ekor ibu monyet dan anak-anaknya berkeliaran tidak menentu di tengah jalan beberapa buah banglo di kawasan perumahan mewah di lereng bukit itu.

Sang ibu mengejar anak-anaknya ke sana ke mari dengan teriakan yang hanya dimengerti oleh anak dan ibu monyet itu. Namun anak-anak monyet itu berkejar-kejaran dengan riuhnya.

Warga hutan itu sudah kehilangan tempat tinggal sejak pepohon di kawasan hutan yang didiaminya turun temurun itu ditebang dan tanahnya diratakan oleh manusia untuk projek perumahan mewah. Di hujung banglo-banglo itu apartmen mewah dan rumh teres.

Dahulunya tempat ini ialah sebuah kawasan hutan yang tidak berapa tebal, tetapi sangat meneduhkan. Di pinggirnya ada sebatang anak sungai kecil yang sangat jernih airnya dengan ikan kecil berenang beba ke sana ke mari. Warga monyet menjadikan tempat ini makan minum.

Sesekali, bagi mereka yang tahu, ada juga orang yang datang berpiknik bersama keluarga, membawa makanan. Namun tempat ini untuk masa yang demikian lama, menjadi perkampungan monyet dan hidupan yang lain. Malah ada orang menjumpai ular sawa yang besar.

Di siang hari, burung-burung riuh rendah beterbangan bebas. Paginya sang ibu beterbangan mencari makan dan petangnya pulang membawa makan di paruh untuk habuan anaknya. Demikian hubungan kasih sayang para unggas dan monyet-monyet di situ.

Hutan digondolkan

Namun kini semuanya telah musnah, suasana sama sekali berubah. Beberapa tahun lalu hutan kecil itu digondolkan, dengan trakter dan buldozer, lori-lori pengangkut kayu keluar masuk di jalan berlumpur.

Kebisingan tidak terperikan lagi dengan bunyi mesin pemotong pokok besar dan kecil, menenggelamkan bunyi warga monyet yang berkeliaran, menjerit kerana kehilangan tempat tinggalnya.

Inilah derita warga hutan di situ apabila hutan tersebut diteroka untuk jadi kawasan perumahan mewah, menjadi rebutan para elit mendiaminya kerana pandangan di bawah bukit itu, dengan gemerlapan lampu-lampur kota besar dan bangunannya demikian indah dan menarik.

Tidak siapapun yang mendengarkan jeritan warga hutan itu dan jadilah haiwan ini, serta anak sungai yang jerih airnya, korban suatu pembangunan yang ama sekali tidak bersifat kemanusiaan.

Inilah suatu gambaran betapa tidak ramahnya manusia kepada lingkungan alam sekitar. Sedangkan banyak kali Allah s.w.t. mengingatkan manusia menerusi Al-Quran mengenai kejadian alam ciptaan-Nya dan perlunya manusia memelihara alam itu - langit, bumi, bukit bukau, gunung ganang, lautan, sungai, pepohonan dan segalanya.

Sehinggakan di dalam peperangan sekalipun, Rasulullah s.a.w. pun mengingatkan mereka yang berperang supaya janngan memusnahkan pepohon, jangan membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita.

Mesej Al-Quran dan hadis sangat banyak yang mengingatkan manusia supaya memelihara alam sekitar, malah undang-undang juga sudah digubal supaya memeliharanya. Namun manusia, makhluk yang dilengkapkan dengan akal fikiran serta perasaan, masih tidak pedulikan semua itu.

Asap kotor

Setiap hari manusia menebang pohon di hutan, menceroboh kawasan tadahan, memusnah dan mengotorkan sungai, sementara kegiatan industri pula menghembuskan asap kotor mengandungi racun dari kilang mereka. Semuanya ini disedut oleh manusia melalui helaan nafas mereka. Pelbagai penyakit pun menyerang manusia.

Di mana-manapun baik di negara Asia, Afrika, mahupuh di negara Barat, alam sekitar sedang dimusnah oleh manusia secara sistematis.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyebutkan dalam bukunya "Riayatul-Bayiat fi Syariatul-Islam" atau "Islam Agama Ramah Lingkungan (Alam Sekitar)" menyebutkan bahawa Islam berusaha menjaga alam sekitar dan segala elemennya dengan cara memberikan penekanan terhadap tuntutan moral, peraturan dan undang-undang.

Di samping itu, katanya, Islam juga meningkatkan pertumbuhan dan memelihara keindahannya. Selain itu, Islam juga, kata Yusuf Al-Qaradawi, menentang sekeras-sekerasnya setiap bentuk dan tindakan memusnahkan alam sekitar, mahupun menghancurkan segala elemennya dengan mengkategirikan tindakan itu amat dilarang, yang akan memperoleh hukuman berat daripada Allah s.w.t.

Setiap perbuatan memusnahkan alam sekitar itu, katanya perlu dihentikan segera, baik dengan menggunakan tangan serta hati. Bermakna ia mencegah kemungkaran.

Menurutnya, di antara bentuk pemusnahan alam sekitar yang sangat dilarang oleh syariat Islam ialah dalam bentuk tindakan kekerasan atau memusnahkan makhluk Allah s.w.t. terutama yang menyangkut spesies binatang di dalam hutan, seperti monyert, burung-burung dan sebagainya, bahkan haiwan liar seperti harimau, singa, gajah, beruang dan sebagainya.

Beliau menyebutksn mengenai hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan bagaimana seorang perempuan yang telah mengurung seekor kucing hingga mati kelaparan.

"Seorang perempuan masuk neraka," sabda Nabi s.a.w., "kerana telah mengikat seekor kucing tanpa memberinya makan atau membebaskannya di atas bumi mencari makanan."

Yang dimaksudkan "makanan di atas bumi" adalah segala jenis serengga, ulat, tikut dan segala makhluk perosak, Perempuan itu, baginya, memang layak masuk neraka kerana demikian kejam hatinya dan pudarnya kasih saying terhadap makhluk yang lemah itu.

Bayangkan di sini bagaimana monyet dan anak-anaknya bertebaran apabila hutan dengan segala pohon dan buahnya yang selama ini menjadi tanpat tempat tinggalnya dimusnahkan hanya untuk sebuah pembangunan yang tidak terkawal.

Tuntutan nafsu

Semuanya kerana manusia memenuhi tuntutan nafsunya yang melampau untuk membina bangunan gagah perkasa, kediaman mewah di atas tanah yang selama ini menjadi tempat tinggal haiwan di rimba.

Sebuah cerpen nobelis Azizi Haji Abdullah berjudul "Kera dan Lebuh Raya" menggambarkan bagaimana keluarga monyet bertempiaran apabila tempat tinggalnya dimusnahkan untuk membina lebuh raya.

Warga monyet itu berkeliaran di lebuh raya yang baru dibina, yang akhirnya dirempuh oleh pelbagai kenderaan yang lalu, semuanya mati. Tidak ada siapa yang menangisi monyet yang malang itu.

Demikian juga dengan sungai yang tercemar akibat kumbahan kotoran dari industri, ataupun lumpur dari projek membina pelbagai bangunan berdekatan di situ. Bagi saya ini sebuah tragedi kemanusiaan yang sangat parah dan sangat mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

Mengapa terjadi pemusnahan alam sekitar itu secara berleluasa, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan disediakan oleh setiap negara supaya mengawalnya, bahkan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri melalui agensi alam sekitarnya membuat peraturan khusus supaya negara-negara di dalam PBB memelihara alam sekitar.

Namun tangan manusia terus meneruskan mencemarkan sungai dan lutan, menumpahkan minyak dan sisa kotoran yang banyak, memusnahkan bukit bukau, menebang pokoknya dengan rakus.

Akibat perbuatan manusia, akhirnya alam sekitar menimbulkan reaksi mengejutkan, menggambarkan kemarahannya yang amat sangat terhadap perlakuan manusia terhadapnya.

Banjir besar

Cuaca tidak menentu, ribut taufan dan hujan lebat tidak henti-hentinya di sana sini, mengakibatkan banjir besar di sana sini, menghanyutkan rumah dengan sangat pantasnya, tanah lumpur meluncur dari lereng bukit yang telah diratakan, merenggut jatuh semua rumah atau pelbagai bangunan yang ada di atasnya.

Al-Quran dalam Surah Al-Rahman: 5-9, mengingatkan manusia tentang kewajipan memelihara alam sekitar: "Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan serta pohon-pohonan, keduanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia telah meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampau batas tentang renaca itu. Dan tegakkanlah (laksanakanlah) timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu."

Ini prinsip mengenai penjagaan alam sekitar yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia, iaitu supaya sentiasa menjaga keseimbangannya. Namun manusia terus menerus merosakkannya.

Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. sangat banyak mengingatkan manusia supaya menjaga kepentingan bumi yang telah dihamparkan oleh Allah s.w.t. Namun nikmatNya itu seperti telah dilupakan.

Umat Islam, khususnya, sangat menjaga ibadat khususnya seperti solat, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan fardhu haji, namun di antara mereka ada yang masih tidak berusaha memelihara alam sekitar. Pada hal ini juga adalah sebahagian kewajiban orang beriman.

Friday, December 26, 2008

Majikan jangan kurangkan kos ketepikan “Keselamatan & Kesihatan Pekerja”



Majikan jangan kurangkan kos ketepikan “Keselamatan & Kesihatan Pekerja”
Utusan Malaysia / 26 Dis, 2008

Kuala Lumpur 25 Dis. - Institut Nasional bagi Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan (NIOSH) menasihati majikan agar jangan memperkenalkan atau melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan kos tetapi mengetepikan keselamatan dan kesihatan pekerja mereka.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau akan menasihatkan bahawa tindakan ini jangan dilakukan dengan mengetepikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya walaupun ketika majikan sedang mengambil pelbagai tindakan untuk mengurangkan kos operasi mereka akibat kelembapan ekonomi.

"Syarikat janganlah mengurangkan kos untuk menjaga keselamatan kilang dan jentera, peruntukan peralatan perlindungan peribadi atau malah pelaburan dalam keselamatan pekerjaan dan kesihatan secara am.

"Ini kerana jika berlaku kemalangan, nyawa mungkin hilang dan produktiviti akan terjejas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jika kemalangan berlaku di tempat kerja, majikan yang menghadapi banyak kerugian dari aspek pemberhentian kerja, pembayaran perubatan, pampasan dan sebagainya.

Lee juga berkata, pekerja mestilah diberi jaminan mengenai hak mereka terhadap keselamatan dan kesihatan persekitaran tempat kerja, menyediakannya dengan maklumat, pendidikan dan latihan agar mereka tahu mengenai cara terbaik untuk melindungi dirinya.

Menjadikan tempat kerja selamat sebagai tanggungjawab bersama bagi kedua-dua majikan dan pekerja, tambah beliau.

Thursday, December 25, 2008

Manafaatkan penggunaan sms ketika kecemasan

Manafaatkan penggunaan sms ketika kecemasan

Ketika kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru, sebuah syarikat komunikasi telah menawarkan perkhidmatan sms percuma kepada mangsa kejadian untuk memaklumkan status keadaan rumah dan kawasan yang mereka diami serta makluman lain yang berkaitan dari masa ke semasa.

Bagaimanapun mangsa kejadian dikehendaki mendaftar nombor telefon bimbit masing-masing di khemah urusetia untuk mendapatkan perkhidmatan percuma ini.

Pada masa yang sama dilaporkan di dalam akhbar terdapat juga mangsa-mangsa yang tidak berpuas kepada pihak berkuasa dan penyelamat kerana kegagalan berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada mereka.

Dalam kejadian kecemasan dan bencana, sebarang kegagalan penghubungan dan penyampaian serta penerimaan maklumat sama ada dari pihak berkuasa atau penyelamat boleh menimbulkan kegusaran bukan sahaja kepada mangsa kejadian tetapi juga kepada orang ramai.

Di samping itu itu kegagalan penerimaan maklumat yang betul dan tepat dari mangsa kejadian kejadian sendiri akan menyukarkan usaha-usaha menyelamat. Seperti contoh jumlah sebenar penghuni rumah yang berada ketika kejadian. Begitu juga dengan kedudukan di mana tempat terakhir mangsa kejadian dilihat.

Lebih memburukkan lagi jika maklumat itu tidak benar ataupun palsu.

Komunikasi dua hala ini tidak lagi mencukupi untuk diselaraskan di dalam sebuah khemah urusetia. Penggunaan teknologi moden boleh membantu kedua-dua pihak iaitu mangsa kejadian sendiri dan pihak berkuasa serta penyelamat.

Di dalam Sistem Pengurusan Kecemasan dan Bencana sepertimana yang banyak diamalkan oleh pihak-pihak penyelamat di luar negara sekarang ialah membuat persediaan rapi untuk maklumat penghubungan bagi menghadapi sebarang kejadian. Bagaimanapun orang ramailah yang sebenarnya boleh membantu pihak penyelamat ini dengan menyalurkan maklumat-maklumat yang penting dan amat dikehendaki.

Antara maklumat-maklumat yang penting dan amat dikehendaki itu ialah seperti berikut;

Persediaan individu

1. Rujuk Kad Kecemasan Diri
2. Rujuk di sini untuk mengetahui apa yang perlu ada di dalam dompet anda.

Pesediaan seisi rumah (tanggungjawab kepada ketua rumah)

Ketua rumah mestilah mengetahu pergerakkan keluar-masuk penghuni rumah. Penghuni rumah (anak-anak dan sebagainya) perlu membiasakan diri memaklumkan pergerakkan keluar-masuk rumah kepada ketua rumah.

Ketua rumah juga bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat penghuni rumah kepada persatuan penghuni.

Jika berlaku kecemasan, ketua rumah bertanggungjawab memaklumkan kepada persatuan penghuni atau terus kepada pihak berkuasa dan penyelamat jika adanya sebarang perubahan dalam maklumat seisi rumah

Persedian seisi kawasan (tanggungjawab kepada persatuan penghuni)

Persatuan penghuni perlu menyediakan senarai rumah dan alamat lengkap dengan;
1. nama ketua rumah,
2. no. telefon bimbit,
3. no. telefon rumah,
4. no. telefon pejabat,
5. jumlah penghuni/isi rumah terkini,
6. waris untuk dihubungi jika kecemasan (yang tidak tinggal serumah)

Jangan lupa, jumlah penghuni/isi rumah ini bukan sahaja terdiri dari ahli keluarga tetapi mestilah termasuk orang gaji dan sebagainya. Seelok-eloknya data-data ini dikemaskinikan sekerap mungkin seperti setiap enam bulan sekali atupun lebih kerap. Penggunaan laman web khas untuk persatuan penghuni juga boleh membantu untuk kerja-kerja mengemaskini maklumat-maklumat ini.

Jika berlaku kecemasan dan bencana, senarai ini amat berguna untuk pihak berkuasa dan penyelamat. Pihak penyampai maklumat pula boleh menggunakan no. telefon bimbit mangsa kejadian untuk menghebahkan sebarang maklumat melalui sms.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Klik di sini untuk mengetahui kegunaan lain sms

Wednesday, December 24, 2008

What is Chikungunya?

What is Chikungunya?

Chikungunya is an acute febrile infectious condition transmitted to humans by the bite of specific mosquitoes.

This disease was first detected in 1953 in Tanzania. Since then it has emerged as one of the main causes of disease outbreaks among human populations in African and Asian countries and of late affecting several locations in Europe. It is currently endemic in most countries in the Sub Saharan region in Africa, India, South East Asia, Indonesia and the Philippines.

This is not an unknown mysterious disease.

What is the causing agent?

Chikungunya is a febrile illness caused by a virus from the genus Alphavirus in the Togaviridae family.

Is the disease infectious?

Yes. The Chikungunya virus spreads through the bite of an Aedes albopictus or Aedes aegypti mosquito infected with the virus. The Aedes mosquito also transmits the dengue virus.

What is the incubation period for Chikungunya?

The incubation period for Chikungunya can range from 3 to 12 days but usually it is about 3 to 7 days.

What are its signs and symptoms?

The usual symptoms include:

• Sudden high fever
• Severe joint pains
• Redness with rashes occurring on the body
• Headache

The fever can occur for a period ranging from 1 to 7 days (usually about 5 days).
Chikungunya is commonly mistaken for Dengue Fever due their similar clinical symptoms.

Can it cause death?

In Malaysia, Chikungunya has never been reported as causing haemorrhage (bleeding) or death. However, some patients experience prolonged symptoms.

Aged patients could suffer from recurrent joint aches ranging from several months to a year.

What is the treatment for this disease?

As in other viral infections there is no specific treatment for Chikungunya infection. Usually, it is treated symptomatically (treatment for specific symptoms as experienced by the patient).

Most patients need only outpatient treatment.

There is no vaccine available to prevent this disease.

What you need to do if you are infected?

If you experience signs and symptoms of Chikungunya infection, please seek immediate medical advice from the nearest clinic or hospital.

Prevention

Keep your house and surrounding clean, free from Aedes mosquito breeding. This can be done through community-based activities, gotong-royong. There is evidence of no new case reported in areas where gotong-royong is carried out.

Check your house and surrounding at least once a week to ensure no Aedes breeding.

Seek immediate medical attention from the nearest clinic or hospital if you experience signs and symptoms of Chikungunya.

Can my area be affected?

Possible, due to the wide spread presents of this disease vectors (mosquitoes), namely Aedes aegypti and Aedes albopictus in this country.

Current situation

Please refer to the press statement.

Actions taken by Ministry of Health

The Ministry of Health has taken several proactive measures to effectively contain and manage this disease:

• Active case detection
• Aedes survey
• Adult mosquito destruction by fogging and ULV
• Gotong-royong
• Health promotion

As a result, the outbreak has been contained and restricted only to the affected localities.

For further information please contact:
Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)
Disease Control Division Ministry of Health Malaysia
Level 3, Block E10, Parcel E
Federal Government Administrative Centre
62590 Putrajaya
Tel. no.: 03-8881 0600 / 03-8881 0700
Website: www.moh.gov.my

Tuesday, December 23, 2008

Apa itu Penyakit Chikungunya?

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

i. Demam panas mengejut
ii. Sakit teruk pada sendi
iii. Ruam pada badan
iv. Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.
Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
i. Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

ii. Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

iii. Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sunday, December 21, 2008

Datuk Khalid tidak sepatutnya dikenali sebagai Ketua Polis Negeri


Datuk Khalid tidak sepatutnya dikenali sebagai Ketua Polis Negeri

(Datuk Khalid tidak sepatutnya dikenali sebagai Ketua Polis Negeri Selangor semasa kejadian tanah runtuh di Bukit Damansara).

Walaupun sudah hampir sebulan semenjak 6 Disember 2008 lalu kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, masih lagi berita-berita mengenainya memenuhi di dada-dada akhbar. Di samping kerja-kerja bertungkus-lumus oleh pihak berkuasa, penyelamat dan agensi bantuan/luaran yang lain, timbul banyak kisah-kisah negatif. Ada mangsa yang mendakwa pertolongan yang diberi sekadar ala kadar, maklumat tidak tepat, makanan tidak mencukupi malah ada yang mendakwa pihak-pihak berkuasa, penyelamat dan agensi ini tidak saling berhubungi sesama mereka!

Saya pasti operasi menyelamat ini diaktifkan mengikut Arahan No. 20, Majlis Keselamatan Negara (MKN 20). MKN 20 ini dikeluarkan oleh kerajaan pada 11 Mei 1997 setelah kejadian keruntuhan Pangsapuri Highland Tower pada 11 Disember 1993 di mana 48 orang telah terkorban. MKN 20 ini mengandungi dasar dan mekanisma pengurusan dan bantuan bencana Negara.

Apa yang perlu diketahui mengenai MKN 20 ini?

Secara ringkasnya, terdapat 11 kejadian-kejadian bencana yang diliputi oleh MKN 20 ini iaitu;

1. Bencana alam seperti banjir, ribut, kemarau dan hakisan pantai, tanah runtuh atau bencana akibat daripada ribut atau hujan lebat.

2. Bencana industri seperti kejadian letupan, kebakaran, pencemaran, dan kebocoran bahan-bahan bahaya (hazardous material) daripada kilang-kilang, loji dan depo perusahaan yang memproses, mengeluar dan menyimpan bahan-bahan berkenaan.

3. Kemalangan yang melibatkan pengangkutan, penyaluran dan pemindahan bahan-bahan berbahaya.

4. Keruntuhan bangunan tinggi dan struktur khas.

5. Kemalangan udara yang berlaku di kawasan yang terdapat binaan-binaan dan orang ramai.

6. Pelanggaran atau kegelinciran keretapi.

7. Kebakaran yang melibatkan kawasan yang luas atau kebakaran yang melibatkan bangunan yang tinggi atau struktur khas yang mempunyai orang ramai.

8. Kepecahan empangan hidro atau takungan air (reservoir).

9. Kemalangan nuklier dan radiologi yang melibatkan pepasangan nulklier atau bahan radioaktif yang mana kemalangan ini berkemungkinan boleh merebak dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda atau percemaran kepada alam sekitar serta menjejaskan aktiviti setempat.

10. Kejadian pelepasan gas beracun di tempat awam.

11. Kejadian jerubu yang boleh menimbulkan keadaan kecemasan alam sekitar yang menggugat ketenteraman awam, perjalanan pentadbiranran kerajaan.

(Kecuali kejadian-kejadian bencana udara, bencana banjir dan nuklear dan radiologi serta bencana laut secara amnya ditangani oleh Jabatan-jabatan bertanggungjawab.. Peraturan-peraturan tetap mengenai empat bencana ini telah sedia dan berkuatkuasa sekarang ini.)

Tahap-tahap Bencana


MKN 20 juga menetapkan tiga tahap pengurusan bencana iaitu;

Bencana Tahap 1

Kejadian setempat yang terkawal dan tidak berpotensi untuk merebak. Ianya tidak begitu kompleks dan kemungkinan mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang kecil. Bencana ini juga tidak menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat secara meluas. Pihak Berkuasa di peringkat daerah mempunyai kemampuan untuk mengawal dan mengatasi kejadian ini melalui agensi-agensi di Peringkat Daerah tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Bencana Tahap 2

Kejadian yang lebih serius meliputi kawasan yang luas atau melebihi dua Daerah dan berpotensi untuk merebak. Kemungkinan akan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang banyak. Kejadian ini juga memusnahkan infrastruktur dan menjejaskan aktiviti harian masyarakat. Bersifat lebih kompleks daripada Bencana Tahap I dan menyulitkan dari segi usaha mencari dan menyelamat. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di peringkat Negeri tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Bencana Tahap 3

Kejadian yang berpunca daripada Bencana Tahap II, bersifat lebih kompleks atau meliputi kawasan yang lebih luas atau melebihi dua buah negeri. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Pusat tanpa atau dengan bantuan dari luar negara.



Jawatankuasa MKN 20



Manakala jawatankuasa-jawatankuasa mengikut tahap-tahap bencana adalah seperti berikut;









Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditetapkan di atas berfungsi mengikut bidang-bidang tugas masing-masing seperti yang dinyatakan dalam MKN 20. Bidang tugas meliputi perancangan dan juga tindakan operasi di tempat kejadian.

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas peranan Komander Tempat Kejadian (Incident Commander) di dalam MKN 20, rata-rata organsisi yang terlibat dalam MKN 20 ini memahami fungsi dan peranannya.

Komander Tempat Kejadiaan (KTJ) tidak semestinya pengerusi jawatankuasa pengurusan dan bantuan. KTJ boleh dilantik oleh pengerusi (atau jawatankuasa) untuk mengetuai operasi menyelamat dan menguruskan bantuan di tempat kejadian. Biasanya pada Bencana Tahap 1 (Daerah) dan Bencana Tahap 2 (Negeri) serta mengikut hiraki organisasi jawatankuasa, Ketua Polis Daerah (atau Negeri) adalah mereka yang paling layak dilantik sebagai KTJ.

Untuk Bencana Tahap 3 (Pusat), kebiasaannya Panglima Angkatan Tentera Malaysia dilantik sebagai KTJ.

Dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang merupakan Bencana Tahap 1, sepatutnya Ketua Polis Daerah yang terlibat dilantik sebagai KTJ. Bagaimanapun kalau mengikuti kepentingan dan saiz bencana, keputusan pelantikkan Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebagai KTJ adalah lebih tepat.

Sebagai KTJ, kita boleh lihat peranan dan pengelibatan Datuk Khalid semenjak dari hari kejadiaan sehingga ke hari ini di tapak kejadian tanpa mengira masa dan waktu.

Bagaimanapun peranan Datuk Khalid lebih diwar-warkan sebagai Ketua Polis Negeri. Sepatutnya media masa dan semua agensi yang terlibat lebih mengenali Datuk Khalid sebagai KTJ dan bukannya sebagai Ketua Polis Negeri.

Pengenalan sebagai KTJ adalah lebih bersistematik dan bersepadu dalam menangani permasalahan yang mungkin ujud di antara semua pihak yang terlibat iaitu agensi penyelamat utama (seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, SMART, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Peubatan Kecemasan dan Angkatan Tentera Malaysia), agensi penyelamat sokongan (Jabatan Pertahanan Awam), serta agensi bantuan dan pemulihan (Rela, Persatuan Bulan Sabit Merah, JKR, TNB, Telekom, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi lain).

Saya dapati hanya Berita Minggu hari ini (21 Dis 2008) menyatakan Datuk Khalid sebagai Ketua Komander Operasi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa. Sepatutnya dalam setiap hebahan Datuk Khalid mesti dikenali sebagai KTJ ataupun ditulis sebagai KTJ yang juga merupakan Ketua Polis Negeri.

Sebenarnya MKN 20 itu sendiri merupakan satu dasar dan mekanisma pengurusan dan bantuan bencana Negara yang lengkap. Saya juga difahamkan MKN 20 yang sudah berusia lebih 10 tahun ini akan mengalami beberapa kesesuaian. Dalam 11 kejadian bencana yang disebut dalam MKN 20 ini tidak termasuk kejadian Tsunami, yang telah melanda Malaysia pada tahun 2004.

Di samping itu saya juga ingin menyarankan agar pembuat dasar MKN 20 ini meluaskan tahap bencana dari tiga tahap menjadi lima tahap seperti berikut;

1. Bencana Tahap 1 meliputi kawasan (atau bangunan),
2. Bencana Tahap 2 (sama seperti Tahap 1 sedia ada),
3. Bencana Tahap 3 meliputi daerah dengan skop bantuan yang lebih meluas,
4. Bencana Tahap 4 (sama seperti Tahap 2 sedia ada),
5. Bencana Tahap 5 (sama seperti Tahap 3 sedia ada).

Kalau mengambil kira kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, saiz bencana adalah Bencana Tahap 1 tetapi skop bantuan yang diperlukan adalah lebih meluas. Ianya lebih tepat jika dikategorikan dalam Bencana Tahap 3 (cadangan lima tahap bencana) kerana keperluan bantuan yang lebih meluas dan memerlukan KTJ dari Ketua Polis Negeri sendiri.

Mungkin ada yang berkata apalah ada pada nama. Tiada perbezaannya Datuk Khalid (dalam kejadian di Bukit Antarabangsa in) dikenali sebagai Ketua Polis Negara ataupun dikenali sebagai KTJ. Tetapi sebagai pemimpin untuk pelbagai agensi selain dari Polis DiRaja Malaysia, panggilan sebagai Komander Tempat Kejadian (KTJ) adalah lebih tepat.

Di luar negara semua operasi-operasi bersepadu begini dalam sebarang kecemasan atau bencana, pihak-pihak berkuasa, penyelamat dan agensi bantuan/luaran yang lain mengenali pemimpin mereka sebagai Incident Commander ataupun IC.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/


Saturday, December 20, 2008

Myvi sebagai “OSH Car”





Myvi sebagai “OSH Car”

(Sudah begitu terlalu lama saya tidak menulis laporan pemanduan ujian kenderaan sama ada kereta atau motosikal. Semasa bekerja sebagai wartawan motor 20 tahun yang lalu, inilah saat-saat yang ditunggu. Dengan motosikal baru (biasanya model terbaru) saya berpeluang untuk membawa balik ke kampong halaman ataupun menjelajah pelusuk Semenanjung. Malah kadang-kadang menyeberangi sempadan! Biasanya laporan yang saya tulis berdasarkan prestasi dan keselesaan. Hanya terlalu sedikit untuk disentuh mengenai keselamatan. Kali ini saya ingin menulis berdasarkan pandangan seorang pengamal OSH.

Sebenarnya saya baru kembali menghantar Myvi untuk diservis 10,000km hari ini dan Pesona yang juga telah mencecah 10,000 minggu lepas. Mujurlah saya berselang-seli menggunakan kedua-dua buah kereta ini kerana purata batuan yang saya lalui ialah 6,000 sebulan. Ini bermakna kalau saya tidak bergilir menggunakan Myvi dan Pesona, saya perlu ke pusat servis setiap bulan!)


Biasanya saya membeli kereta selepas memandu uji. Tidak kiralah sama ada kereta yang diuji itu adalah sememangnya kereta baru ataupun kereta rerakan. Kebetulan pula ada pengeluar dan pengedar kenderaan di Malaysia ini kadang-kadang menjemput saya untuk memandu-uji kenderaan-kenderaan terbaru mereka.

Ini termasuklah motosikal! Malah BMW sendiri pernah menjemput saya memandu-uji kereta dan motosikal mereka. Malangnya saya sekalipun tidak berkesempatan memandu-uji kereta mereka. Bagaimanapun saya begitu teruja menunggang-uji dua buah motosikal keluaran mereka beberapa tahun lepas, walaupun hanya tidak sampai 30 minit!

Saya membeli Perodua Myvi ini pada bulan September 2008 lalu. Pada masa yang sama juga saya membeli sebuah Proton Pesona setelah menjual Inokom Atos dan Proton Wira Aeroback.

Sebelum ini saya tidak pernah memandu-uji ataupun berpeluang menumpang Myvi ini. Saya membelinya kerana kedua-dua kereta saya sebelum ini (Atos dan Wira) itu sudah melangkau lima tahun dan penyenggaraannya mula meningkat bukan sahaja tahunan tetapi sudah masuk tempoh kekerapan bulanan.

Setelah menggunakannya hampir empat bulan dan setelah tiga kali servis (1,000, 5,000 dan 10,000 hari ini), saya merasakan telah mermbuat keputusan yang tepat membeli Myvi ini.

Mungkin ciri-ciri keselamatannya tidak sehebat Volvo atau Audi yang sememangnya dikenali sebagai “Safety Car”, Myvi ini saya boleh kategorikan sebagai “OSH Car” kerana ianya digunakan sebagai pengangkutan ulang-alik ke tenpat kerja sama ada saya sendiri atau orang rumah saya. Malah dengan penggunaan bahan bakar yang jimat (jika dibandingkan dengan Pesona), kami kadang-kala menggunakan Myvi untuk ke Kuala Lumpur atau Pulau Pinang untuk kelas pengajaran saya di hujung minggu,

Antara ciri-ciri keselamatan yang mengagumi saya ialah seperti berikut (disusun mengikut keutamaan);

Sistem Auto Lock

Sebaik sahaja anda duduk di kerusi pemandu dan menekan pedal brek, keempat-empat pintu Myvi akan terkunci. Sistem ini lebih sekuriti terutama kepada pemandu wanita yang berseorang di tempat letak kereta bawah tanah yang sunyi. Kebanyakan kereta lain memerlukan anda mengerakkan sedikit kereta (samaada maju atau berundur) sebelum menekan pedal brek untuk menguncikan keempat-empat pintu.

Bagaimanapun saya agak terkejut Myvi ini tidak dilengkapi dengan lampu penunjuk pintu. Ianya bergantung kepada lampu bumbung dalam kereta dan juga auto lock tidak berfungsi jika ada mana-mana pintu yang tidak ditutup rapat.

Cermin sisi yang besar

Bukan sahaja besar, skop pandangannya meluas. Mungkin kelihatan capang kepada pemandu-pemandu muda tetapi cermin sisi yang besar masih lagi berbentuk slaid. Berbeza dengan Atos saya sebelum ini di mana cermin sisinya yang besar ala kenderaan berat (lori dan sebagainya)!

Kedua-dua cermin sisi ini boleh dikawal dengan suis yang terletak di sebelah kanan steering.

Lampu isyarat membelok pada cermin sisi.

Ini adalah satu ”trend” masa kini tetapi pada masa yang sama ianya alatan keselamatan yang terbaik dan dipasang pada tempat sepatutnya.

Tiada ”blind spot” (setakat ini).

Sehingga kini saya masih belum menjumpai sebarang ”blind spot” di Myvi ini sama ada di bahagian sisi kanan atau kiri cermin besar depan ataupun cermin belakang.

Paras tempat duduk yang agak tinggi

Kereta kompak Myvi menyerupai Kenari dan Atos ini sememangnya mempunyai paras tempat duduk yang tinggi sedikit dari kenderaan penumpang yang lain. Bagi mereka yang biasa memandu mpv atau kenderaan 4x4, kelebihan duduk di paras sebegini amat berguna untuk permerhatian sekeliling.

Tuas pengundur kerusi berbentuk palang penuh

Tuas sebegini sebenarnya bukan sahaja mudah diguna tetapi dapat mengelakkan kaki seluar atau kain pemandu dan penumpang depan tersangkut.

Kotak ”Glove Box” yang besar.

Ini memudahkan untuk menyimpan dokumen-dokumen penting seperti salinan Kad Pendaftaran Kereta, salinan Polisi Insuran ( bukan Cover Note!), Buku Servis, Lampu Suluh, alatan menulis dan buku nota serta beberapa barangan kecil yang lain.

Kotak bawah kerusi pemandu/penumpang hadapan

Myvi menggunakan ruang yang ada di bawah kerusi hadapan untuk dipasang kotak yang boleh dillungsurkan. Saya menyimpan buku servis, lampu suluh, sebilah pisau lipat dan penunjuk angin tayar di da;am kotak lungsur ini.

Myvi tidak menyediakan alas rehat lengan kiri pemandu (arm rest). Saya membeli sebuah dari kedai aksesori yang mempunyai beberapa ruangan untuk duit shiling, kunci rumah dan sebagainya.

Terdapat ruang kecil untuk beberapa keping duit syiling serta ruang lapang di bawah radio yang boleh diletakkan telefon bimbit dan juga kacamata hitam. Bagaimanapun ruang ini adalah sebenarnya untuk tambahan alatan audio atau pemain VCD/CD.

Lampu-lampu penunjuk serta meter batuan dan RPM mudah dibaca. Bagaimanapun saya terkejut apabila mendapati kotak lampu-lampu penunjuk ini akan menjadi agak kelam jika saya memasang lampu besar hadapan.

Meter penunjuk bahan bakar ditunjukkan secara blok di mana memudahkan pemandu menganggarkan baki bahan bakar. (Dahulu saya boleh menganggar dengan tepat tetapi kini tidak lagi semenjak harga petrol yang berubah-ubah!)

Bagaimanapun terdapat juga kelemahan-kelemahan seperti tiada lampu penunjuk pintu tidak ditutup rapat, ’arm rest” lengan kiri pemandu dan beberapa alatan lain seperti;

Pintu bonet belakang tiada tuas dalaman.

Sistem kunci serentak pada Myvi ini menyebabkan tiada tuas pembuka bonet yang beroperasi dari dalam kereta yang biasanya dipasang di bahagian sisi kanan tempat duduk pemandu.

Saya tidak berapa setuju dengan sistem kunci serentak ini. Kealpaan tidak mengunci pintu secara butang penggera boleh mengundang bahaya kerana pintu bonet belakang boleh dibuka. Mujurlah tuil pengunci manual di keempat-empat pintu Myvi ini dipasang pada sisi pintu dan bukannya di atas rangka pintu. Ini menyebabkan tuil ini tidak dapat dilihat dari luar.

Ruang barang terhad

Rasanya Atos saya dan Kancil saya sebelum ini mempunyai ruang besar sedikit dari ruang barang Myvi ini.

Bateri sel basah

Myvi masih menggunakan bateri sel basah yang memerlukan penyenggaraan yang lebih kerap jika dibandingkan degan bateri sel kering.

Secara keseluruhannya ciri-ciri keselamatan yang ada pada Myvi ini begitu mengagumkan saya. Syabas Perodua.

(Myvi masih mengekalkan prestasi keseluruhan kenderaan dan kenderaan nasional yang paling laris jualannya untuk tahun 2008 dan sebelumnya sehingga kini.)

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Klik di sini untuk artikel berkaitan.

Keterangan gambar;
1. Pilihan yang tepat dari Atos ke Myvi
2. Cermin sisi yang pratikal
3. Meter-meter penunjuk
4. Ruang duit syiling

Wednesday, December 17, 2008

Kejutan elektrik – apakah persediaan anda?

Kejutan elektrik – apakah persediaan anda?

Kejutan atau kebocoran elektrik adalah kemalangan yang boleh membawa maut. Malah mereka yang ingin membantu mangsa juga seringkali teralpa dengan sifat elektrik yang boleh mengalir ke tubuh mereka yang ingin menyelamat ini jika tiada sebarang perlindungan dan persediaan peralatan bantuan.

Kejutan atau kebocoran elektrik di tempat yang berair adalah lebih berisiko jika dibandingkan di tempat kering.

Kunjungan saya di Pusat Servis Proton Edar di Auto City Juru pagi tadi memberi satu pengajaran yang berguna. Di dinding Pusat Servis ini tersangkut satu tongkat rotan dengan label ”Equipment For Short Circuit”. Penggunaan jalur berbelang kuning hitam melengkapkan lagi makluman ini.

Sekurang-kurangnya apabila berlaku kejutan dan kebocoran elektrik, pekerja-pekerja di Pusat Servis Proton Edar di Auto City Juru ini sudah bersedia dengan peralatan tongkat rotan ini. Tidaklah menerpa mencapai apa-apa benda yang mungkin bahan yang masih boleh mengalirkan arus elektrik.

Penggunaan tongkat rotan untuk menyelamat mangsa kejutan elektrik atau kebocoran elektrik adalah langkah terbaik kerana hujung yang berpenyangkut itu membolehkan mangsa memegangnya, berpaut kepadanya atau ditarik (disangkut). Begitu juga untuk menjarakkan kabel-kabel elektrik yang mengalami litar pintas, penyangkut ini dengan mudah boleh mengaitkan salah satu kabel tersebut.

Ingatlah, apabila ”berperjalanan” banyak yang boleh kita lihat dan dipelajari. Kata orang; jauh perjalanan, luas pengalaman.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Sunday, December 14, 2008

Katakunci ERM atau ERM Keywords

Katakunci ERM 1
Belajarlah dari kesilapan kita selama ini

Malapetaka alam akibat kecuaian manusia
Oleh Johan Jaafar, Berita Minggu 14 Disember 2008

Masa untuk bertindak, bukan mencari salah

KEJADIAN tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Sabtu minggu lalu merupakan kejadian yang keenam sejak 11 Disember 1993 di kawasan sekitarnya. Kurang lima hari 15 tahun lalu, blok kondominium Highland Towers menyembah bumi menyebabkan 48 orang terbunuh. Kejadian terbaru ini mencatatkan kejadian ke-13 tanah runtuh yang dianggap besar di sekitar Hulu Klang. Berdasarkan rekod, tidak ada kejadian di antara 1993 dan 1999, tetapi pada setiap tahun selepas itu, kecuali 2004 dan 2007, berlaku kejadian tanah runtuh terjadi di situ.

Kita boleh menuding jari menyalahkan semua pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, pemaju, malah pembeli tempat kediaman. Perdebatan mengenai hal ini akan berterusan. Kita boleh menghentikan semua projek pembinaan lereng bukit serta-merta. Langkah sedemikian memang ada baiknya. Tetapi kita jangan lupa Lembah Klang merupakan kawasan berbukit. Sekiranya pembinaan di lereng bukit dibekukan secara pukal, tidak ada tempat lagi untuk mendirikan bangunan atau rumah kediaman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

Isunya ialah tanggungjawab pihak berkuasa dan pemaju menentukan cara dan kaedah pembinaan yang betul dan selamat. Projek sedemikian harus melalui piawaian yang ketat. Semua pihak harus dilibatkan bagi memastikan kajian mendalam dibuat sebelum sebarang keputusan dibuat. Aspek keselamatan penduduk harus menjadi keutamaan. Apa gunanya menyediakan rumah kediaman yang kemudian menjadi perangkap maut bagi penghuninya? Lagi pula kawasan sedemikian tidak ada nilai hartanah langsung kemudiannya.

Malapetaka alam memang tidak dapat dielakkan. Negara maju atau mundur, kaya atau miskin tidak terkecuali. Sembilan daripada 10 malapetaka di dunia hari ini berkait dengan iklim dan perubahannya. Pada 2007, Bantuan Kemanusiaan dan Kecemasan PBB mengeluarkan rayuan untuk 15 malapetaka besar di dunia yang terbanyak dalam setahun.

Semua ini ada kaitannya dengan cara manusia mentadbir alam sekitar. Kita lupa kuasa yang lebih besar mengawal kita. Kita menggunakan kepandaian dan teknologi untuk menjadikan impian kita satu kenyataan. Kita mahu hidup selesa, tetapi kita tidak menjaga persekitaran. Kita mahu kemajuan, tetapi mengorbankan kualiti alam. Kita mahu memacakkan status simbol baru dengan membina rumah besar di kawasan yang sebenarnya tidak selamat, kita lupa mengambil kira kehebatan alam yang dijadikan Allah.

Ambil sahaja contoh tsunami yang melanda Asia pada 26 Disember 2004. Lebih 280,000 orang terbunuh dalam kejadian yang membabitkan 16 negara dan kawasan melebihi 4,800 kilometer. Hari ini, kejadian ribut taufan, puting beliung dan gempa bumi menjadi lebih dramatik ekoran TV 24 jam. Tetapi keadaan alam yang semakin ganas bukan tanpa sebabnya. Pemanasan global atau peningkatan suhu global menjadi punca utamanya.

Kita harus menonton filem dokumentari An Inconvenient Truth yang dihoskan oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore. Filem ini menakutkan, tetapi sepatutnya menginsafkan. Hujah beliau, bumi berada pada kedudukan kritikal pada masa ini. Kadar karbon dioksida (CO2) di permukaan bumi sebenarnya pada tahap berbahaya. Menurut data beliau, sekiranya trend itu berterusan, pemanasan global akan berterusan. Hari ini pun salji di Gunung Kilimanjaro semakin menipis, glasier mulai cair dan lereng bukit tempat bermain ski semakin hilang. Keadaan hujan yang tidak menentu di negara kita juga mungkin ada kaitannya dengan peningkatan suhu bumi.

Menurut beliau, berdasarkan kajian yang dibuat ke atas suhu global sejak tahun 1860, dari 21 tahun yang direkodkan sebagai 'panas luar biasa', 20 kali berlaku dalam masa 25 tahun kebelakangan ini. Dokumentari itu juga menunjukkan bahawa peningkatan kekerapan dan intensiti ribut taufan bertambah 50 peratus sejak tahun 70-an. Kejadian puting beliung di Amerika Syarikat (AS) meningkat dua ganda sejak 2000.

Moral ceritanya ialah sekiranya pengeluaran C02 tidak dikawal, keadaan akan memburuk. Pencairan daratan air batu di Kutub Utara akan meningkatkan paras air laut. Banyak kota utama dunia akan terjejas. Berbilion-bilion manusia akan terancam. Gore juga amat kritikal terhadap Kerajaan AS kerana negara itu merupakan pengeluar gas perosak yang lebih besar dari Amerika Latin, Asia Barat, Australia, Jepun dan Asia dikumpulkan. AS seperti juga Australia enggan menandatangani Protokol Kyoto mengenai alam sekitar. Protokol ini menentukan sasaran pengurangan pengeluaran CO2 ke udara. Tanpa AS, protokol itu tidak ada banyak maknanya.

Mungkin cadangan Jagdish Bhagwati, Profesor Ekonomi Universiti Columbia AS wajar difikirkan. Beliau mahu mereka yang bertanggungjawab mencemar alam sekitar membayar usaha untuk memulihkannya. Satu dana khas perlu diwujudkan untuk tujuan itu. Kerajaan dan pembayar cukai tidak patut dibebankan dengan usaha pemulihan lagi. Apa yang disebut 'Superfund' wajar sangat dilaksanakan bagi menampung kos pemulihan yang mahal.

Dalam konteks kita, dana sedemikian akan menyedarkan semua pihak bahawa tidak ada untungnya mencemar alam sekitar. Mesejnya jelas, rakyat sudah muak dengan sikap pemilik kilang dan pemaju hartanah yang bukan sahaja menjejaskan kualiti kesihatan rakyat, tetapi kos pemulihan yang tinggi. Tidak ada gunanya menyaman kerana dendanya terlalu kecil. Syarikat harus dihukum dengan cara memasukkan wang mereka ke dalam satu dana khas sehingga mereka mengubah cara dan perbuatan mereka.

Pada waktu yang sama, pemantauan pihak berkuasa tempatan haruslah lebih cekap dan agresif. Perkara semudah memastikan longkang tidak tersumbat pun di bandar-bandar kita kadangkala menjadi masalah besar. Itu belum lagi perbuatan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan musibah alam sekitar. Kita melancarkan kempen Cintai Sungai Kita. Tetapi sungai kita tidak pernah bersih. Sungai-sungai di mana bot-bot membawa pelancong pun selalunya penuh dengan sampah sarap.

Apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa sebenarnya berpunca daripada kegagalan pihak berkuasa tempatan membuat pemantauan yang sepatutnya. Mereka harus berani menghalang mana-mana pihak yang ingin memajukan kawasan kalau betul kedudukan tanahnya tidak selamat.

Air merupakan elemen alam yang tidak boleh diambil mudah. Malaysia menerima hujan yang banyak. Pengaliran air menjadi bahaya besar sekiranya tidak dikawal. Malah, bagi mana-mana projek lereng bukit pengawalan saluran air menjadi begitu kritikal sekali. Tidak ada gunanya menangisi malapetaka yang berlaku. Tindakan harus bermula dari awal, bukan mencari salah apabila kejadian memakan nyawa.

Dalam konteks kita, usaha melindungi alam sekitar harus menjadi keutamaan. Sudah cukuplah hutan-hutan kita 'dibalak' dan dirosakkan. Sudah cukuplah kawasan yang dibuka untuk pertanian dan pembangunan lainnya. Kerajaan harus mempunyai keberanian politik untuk mengatakan 'Tidak' pada syarikat balak, pemaju hartanah dan pengeluar pasir yang mencacat dan membahayakan alam sekitar. Memang kuasa wang tidak dapat dielakkan. Tetapi dengarlah rayuan persatuan alam sekitar yang cemas melihat hutan dara dirosakkan. Dan tanah tanih kita menjadi mangsa akibat ketamakan. Hakisan mulai membahayakan negara kita.

Belajarlah dari kesilapan kita selama ini.


Katakunci ERM 2
Jika takut tanah runtuh, usah bina rumah di lereng bukit


Jarum Emas: Sejarah bukit elit

Oleh Adam Salleh, Harian Metro 14 Disember 2008

Itu hak peribadi dia, tetapi yang pasti Bukit Antarabangsa tidak sunyi daripada tragedi. Ada saja bencana alam berlaku di kawasan elit di pinggir ibu kota ini, yang kian menjadi pilihan selebriti.

Sekadar berkongsi info, di Kuala Lumpur, sebelum muncul Bukit Antarabangsa, ramai artis menetap di Kampung Klang Gate Baru, kemudian sebaik Taman Melawati mulai berpenghuni, artis kita tertarik membeli atau menyewa di situ. Antaranya, Datuk Ahmad Daud dan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Sekitar 1970-an dan 1980-an Kampung Klang Gate Baru dan Taman Melawati digelar Beverly Hills. Jika tidak percaya, setiap kali lebaran tinjaulah ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate Baru, kita dapat melihat berduyun-duyun artis menziarahi pusara ahli keluarga mereka yang dikebumikan di situ.

Sebab musabab kediaman artis tertumpu di kedua-dua kawasan itu kerana ia berdekatan Studio Merdeka, iaitu satu-satunya studio filem di ibu kota tempat mereka mencari rezeki dulu.

Studio itu kini menjadi Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional atau Finas. Tidak terlintas mencetuskan polimik atau mistik, tetapi saya ingin mengimbau nostalgia silam keadaan Bukit Antarabangsa dan Taman Melawati sebelum dimajukan seperti yang kita lihat sekarang.

Sejak era 1960-an, laluan jalan utama di bawah Bukit Antarabangsa itu menghala ke Ampang tidak asing bagi arwah ayah saya. Orang lama cuma tahu di Bukit Antarabangsa ada jirat Cina.

Namun usahkan orang biasa, orang filem generasi baru pun barangkali tidak tahu betapa di situlah dikebumikan jenazah pengasas Cathay Kris Film, iaitu mendiang Datuk Loke Wan Tho.

Beliau anak mendiang Loke Yew dilahirkan pada 1915 dan terkorban dalam nahas kapal terbang ketika menghadiri Festival Filem Asia di Taiwan pada 1964.

Sekitar 1962 hingga 1965, selepas meninggalkan studio Cathay Keris Film di Singapura, ayah saya menjadi pengarah filem di Studio Merdeka. Status pengarah ketika itu memang hebat, tauke studio menempatkan ayah saya di Lucky Garden, Bangsar, yang ketika itu dianggap kawasan elit oleh orang KL. Berjiran pula dengan Tun Haniff Omar, yang kemudian menjawat Ketua Polis Negara.

Kampung Klang Gate Baru ketika itu belum dibangunkan lagi, tetapi sudah dibina empangan. Kerja filem pula tidak menentu, lalu bukan sekali dua petugas di studio balik lewat pagi.

Untuk ke Bangsar dari Hulu Klang, cuma ada dua jalan iaitu melalui Kampung Klang Gate Baru menempuh Kampung Pasir, menghala ke Setapak lalu ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Laluan lagi satu pula dari Hulu Klang menghala ke Ampang, dulu mana ada Bukit Antarabangsa, yang glamor adalah Ampang.

Petugas studio, termasuk ayah saya, jika habis penggambaran hingga lewat pagi sebenarnya lebih selamat memilih jalan ke Ampang, berbanding menempuh Setapak untuk ke Bangsar.

Sebabnya, satu ketika ayah saya bercerita, usahkan dia, malah askar pun berfikir dua tiga kali mahu melalui jalan di mana sekarang ini terletak Taman Bunga Raya menghala Kem Wardieburn.

Kawasan sekitarnya hutan tebal dan di laluan itu acapkali mereka terserempak binatang buas dan paling menakutkan ular besar melingkar di jalan raya. Trak askar pernah terbalik melanggar ular itu.

Bagi mengelak risiko itu, ramai memilih jalan lebih selamat iaitu dari Hulu Klang menempuh laluan di bawah Bukit Antarabangsa, seterusnya ke Ampang. Laluan ini tiada ular atau binatang buas, namun iman harus tebal kerana misteri di kawasan itu membuatkan bulu tengkuk mudah meremang.

Ini cerita orang lama, bukan diada-adakan. Apa yang diberitahu kepada saya, satu keganjilan setiap kali melalui sepanjang jalan Bukit Antarabangsa ke Ampang itu harumannya semerbak mewangi.

Masing-masing faham sendiri melalui jalan itu, cuma satu hal yang terjadi apabila pemandu lori studio dipanggil Pak Aziz (pak long kepada Azwan Ali) beberapa kali terserempak wanita misteri berpaut pada lorinya.

Versi ibu saya pula, seorang ayah saudara saya pegawai polis di Ampang. Jadi, selalulah ibu saya bertandang ke rumahnya dan pastinya melalui laluan hutan belantara di Bukit Antarabangsa itu.

Bila kejadian tanah runtuh terjadi di sana Sabtu lalu, ibu saya bertanyakan kolam mata air. Hairan juga, mata air disebut kolam tetapi orang lama sedia maklum di kawasan itu pada era 1960-an menjadi tumpuan lori balak untuk merendamkan berpuluh kayu balak dalam kolam besar di sana.

Mata air menjadi kolam, menarik juga cerita orang lama. Namun lebih menarik bila orang lama tertanya-tanya ke mana perginya kolam mata air yang merendamkan berpuluh kayu balak di situ?

Buat mangsa tanah runtuh, hanya cekal dan sabar diharapkan menerima ujian Allah. Namun apa yang terjadi di Bukit Antarabangsa membuatkan saya terfikir betapa peribahasa lama eloklah diberi nafas baru.

Jika dulu, orang tua berpesan andai takut dilambung ombak, usah diri rumah di tepi pantai, kini lebih sesuai, “jika takut tanah runtuh, usah bina rumah di lereng bukit.”

Lesson learned

Click here to get this copy in word file format


Lesson learned

Gambar di atas ialah CB&I USA Operation HSSE Bulletin yang saya terima daripada seorang pelajar master saya yang tidak putus-putus menghantar email-email berkaitan OSH walaupun beliau telah tamat penggajian tahun lepas. Bukan sahaja beliau menghantarnya kepada saya tetapi juga kepada ramai kenalan-kenalan yang lain.

Kisah kemalangan untuk diteladani dan disempadani ini dimasukkan ke dalam bulletin oleh syarikat CB&I USA Operation. Apa yang menarik ianya hanya dalam satu mukasurat bersaiz A4.

(Saya sering menasihatkan pelajar-pelajar saya supaya membuat sebarang hebahan hanyalah menggunakan satu mukasurat bersaiz A4 sahaja. Malah tugasan-tugasan yang saya berikanpun biasanya pelajar-pelajar hanya perlu menjawab dalam satu mukasurat bersaiz A4 sahaja. Kalau dua muka surat yang dijawab, markah akan dipotong!)

Sebenarnya buletin ini meningatkan saya kepada usaha CEO Tasek Cement di Ipoh iaitu Mr. Tan Keng Meng untuk mengurangkan kemalangan, semasa saya bekerja sebagai pengurus di sana pada tahun 2006/2007.

Beliau mewajibkan setiap jurutera atau pengurus di bahagian/seksyen yang berkemalangan mengisi borang yang dpanggil ”Lesson Learned” pada setiap kemalangan atau kejadian nyaris hampir berlaku. Borang ini hanyalah seringkas HSSE Buletin ini dan satu mukasurat bersaiz A4 sahaja. Kemudian format ”Lesson Learned” ini hendaklah diedarkan dan dipamerkan di papan-papan kenyataan tempat kerja.

Dengannya adanya ”Lesson Learned” ini, pekerja-pekerja lain malah pekerja yang terlibat kemalangan tersebut boleh mengambil iktibar meneladani cara kerja yang selamat dan mesempadani cara kerja atau keadaan kerja yang tidak selamat.

Ingat! Manusia belajar dari kesilapan. Tetapi dalam kemalangan, manusia tidak sempat belajar dari kemalangannya sendiri. Belajarlah dari kemalangan orang lain yang telah berlaku.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Thursday, December 11, 2008

OSHE Bulletin NOVEMBER 2008 Edition

Click here for full pages.

Click here for full page.
Sdra. Lukman

Salam,

Welcome to the OSHE Bulletin NOVEMBER 2008 Edition.

(Pass it to your colleagues especially the LADIES in the office as there is an article about BAD POSTURE while sitting at work/office.)

The ever-interesting articles and issues in NOV 2008 OSHE Bulletin include:
- Protecting the Young Workers at workplaces
- 5-Step Sequence for strategic OSHE training program
- 9 Tips for good posture at work
- A report on 2-day Manual Handling & Ergonomic workshop in Kedah, Malaysia
- Work Stress may increase breast cancer risk
- Stress at work and its symptoms

A brief report on WSM at ExxonMobil is attached too.

Please share it, forward it and put it up at noticeboard. A small but meaningful contribution.

TQ. Please contact me if further clarifications are needed.

Prof. Shukor,
Your partner in OSHE
3-Nov-2008

Wednesday, December 10, 2008

Memahami fungsi dan tugas anggota penyelamat di tempat bencana

ANGGOTA Rela diiringi anggota bomba membawa Puteri Nur Aisyah Faizulnizam, 38 hari, ke tempat yang lebih selamat dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. - foto BERNAMA


Zon-zon bertugas seperti di dalam dokumen MKN 20.


Memahami fungsi dan tugas anggota penyelamat di tempat bencana
(Khemah rehat anggota penyelamat mesti di luar zon bertugas)

Malam semalam saya dalam perjalanan kembali ke Sintok dan terlepas Buletin TV3 jam 8 malam. Sehari dua ini memang seboleh-bolehnya saya tidak mahu terlepas dari mana-mana siaran tv atau radio untuk berita semasa.

Pagi ini saya terbaca mengenai komen beberapa penulis blog terhadap seorang penduduk mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang memaki-hamun terhadap seorang ahli parlimen yang mengunjungi tempat kejadian.

Tidak cukup dengan itu penduduk mangsa tanah runtuh ini juga sempat membebel dan memperli anggota beruniform (askar dan Rela) yang tidak membantu mengangkat kotak-kotak isterinya dan sambil mendakwa mereka ini (anggota beruniform) hanya duduk makan minum di dalam khemah.

Isu beliau memaki-hamun ahli parlimen tidak akan saya ulas, tetapi ”kebebalan” memahami fungsi anggota penyelamat amat menyedihkan saya. Sebagai seorang aktivitist masyarakat yang sering terlibat dengan kerja-kerja sosial dan kemasyarakatan dalam menangani kecemasan dan bencana ini termasuklah Tsunami, saya merasa terpanggil untuk memberi komentar. Lebih-lebih lagi saya juga adalah seorang pengajar dalam topik ”Emergency Response Management” di universiti yang saya bekerja sekarang ini.

Ada dua isu dalam konteks penyelamat ini.

Isu pertama, anggota-anggota penyelamat ini yang terbahagi kepada beberapa kategori iaitu penyelamat utama, penyelamat sokongan dan juga bantuan luaran. Misi utama mereka adalah menyelamatkan mangsa dan bukan harta benda terutama dalam keadaan tempat kejadian masih belum disahkan selamat.

Mangsa kejadian juga perlu mengetahui keperluan utama dalam masa menyelamatkan diri. Utamakan nyawa dan keselamatan diri dan kalau berpeluang dengan dokumen-dokumen penting seperti perkenalan diri dan sebagainya.

Isu kedua ialah zon bertugas semasa kecemasan dan bencana. Dalam Arahan 20, Majlis Keselamatan Negara (MKN 20) telah memperincikan zon-zon yang perlu diadakan dalam masa operasi menyelamat. Dokumen MKN 20 yang dikeluarkan selepas kejadian Highland Tower ini telah menetapkan Zon Merah sebagai zon kemalangan atau bencana diiikuti oleh Zon Kuning dan di luar sekali ialah Zon Hijau.

Penyelamat utama seperti anggota Bomba dan Penyelamat dibenarkan berada dalam Zon Merah dengan sokongan keperluan anggota Paramedik. Manakala Zon Kuning adalah untuk penyelamat-penyelamat sokongan seperti anggota JPA3, Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Manakala Zon Hijau untuk khemah-khemah mangsa, bantuan sokongan, media dan sebagainya.

Perlu dingatkan anggota penyelamat ini tidak kira sama ada penyelamat utama atau sokongan juga merupakan seorang manusia biasa. Mereka memerlukan masa rehat dan sebagainya. Mereka juga biasanya bekerja dalam syif dan kadang-kala waktu syif kerja mereka melampau waktu.

Oleh itu MKN 20 telah menetapkan bahawa khemah rehat mereka hendaklah di luar kawasan zon bertugas. Sebagai contoh, khemah rehat penyelamat utama tidak boleh diletakkan di dalam kawasan zon bertugas mereka iaitu di dalam Zon Merah. Khemah rehat penyelamat utama hendaklah diletakkan di dalam Zon Kuning. Rujuk gambar di atas. Juga dingatkan lingkaran atau sempada zon-zon tidak semestinya dalam bulatan. Ianya boleh jadi segi empat atau segi tiga bergantung kepada saiz dan sifat bencana. Apa yang penting, zon-zon ini ditandai dengan tali pita kecemasan ataupun sebarang perkenalan lain.

Ini untuk mengelakkan salah faham terutamanya dari mangsa kejadian yang masih trauma dan bersedih akibat kemalangan atau bencana yang dihadapi. Biasanya mereka ini amat sensitif dan mudah marah terutama apabila melihatkan anggota-anggota penyelamat ini berehat dalam erti kata lain mereka ini kelihatan seolah-olah tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan oleh mangsa kejadian ini.

Masa-masa penukaran bertugas syif umpamanya sering disalahertikan oleh orang awam. Orang awam perlu memahami keadaan jika anggota-anggota penyelamat ini kelihatan berbaring di dalam atau di luar khemah rehat mereka. Mungkin mereka ini keletihan setelah seharian menjalankan operasi menyelamat.

Orang awam juga tidak boleh dipersalahkan seratus peratus akibat salah faham ini. Kemungkinan besar mereka ini tidak tahu fungsi-fungsi sebenaar anggota penyelamat.
Dokumen MKN 20 ini juga sepatutnya tidak dikategorikan sebagai ”Dokumen Terhad”. Isi kandungan Dokumen MKN 20 ini patut disebarkan melalui media masa dan amat sesuai untuk dijadikan satu topik mata pelajaran untuk pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti.

Semoga orang awam lebih memahami fungsi-fungsi anggota penyelamat semasa mereka berugas dalam sebarang kejadian atau bencana.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/