Sunday, February 14, 2016

Ingin berkongsi pentas dengan DUKE – keselamatan jalan raya dan keselamatan bilik air



Ingin berkongsi pentas dengan DUKE – keselamatan jalan raya dan keselamatan bilik air

Dato Ustaz Kazim Elias pernah dalam satu kuliahnya mengaitkan antara mungkin punca kemalangan kenderaan yang banyak di Malaysia berpunca dari tiada lorong khusus setiap kenderaan yang berbeza dan juga mungkin kerana aliran laluan di Malaysia adalah mengikut putaran jam. Cuma DUKE tidak mengaitkan aliran jam ini dengan sains sukan dan juga system saluran darah dan oksigen di dalam tubuh badan.

Malam tadi, DUKE dalam siri popularnya di TV iaitu Kalau Dah Jodoh, mengingatkan para isteri (dan suami?) memastikan kebersihan bilik mandi demi keselamatan. Cuma DUKE tidak mengaitkannya dengan hygiene.

In sya Allah jika berkesempatan.

(Sebenarnya saya dengan DUKE adalah dari satu datuk)

Seperti yang selalu saya berkongsi dengan pelajar dan peserta kursus saya, topic keselamatan jalan raya dan keselamatan bilik mandi adalah antara topic yang begitu dekat saya. Dua tempat ini adalah paling berhazard dan berisiko.

Bilik Mandi, saya elakkan dari mengunakan Bilik Air kerana bila disebut “air” sudah tentu sifat semulajadi adalah basah. Lantai Bilik Mandi mesti kering kecuali di bahagian mandian. Selainnya di bahagian sinki, tandas dan sebagainya mestilah kering.

Disebabkan itu saya tidak bersetuju dengan perkara nombor 5 dan 9 dalam posting yang bertajuk Kreatif Dengan Sedekah di bawah. Perkara lain memang kreatif dalam sedekah, tetapi dua perkara ini boleh memudaratkan.

Sesiapa yang pernah transit di Lapangan Terbang Abu Dhabi mesti akan berpengalaman sama dimarahi atau mendengar pekerja pencuci tandas lapangan terbang ini memarahi warga Malaysia yang membasahkan lantai tandas! Menariknya (menurut pekerja Bangla ini) hanya warga Malaysia sahaja yang suka membasahi lantai tandas.

Lantai yang basah memudaratkan dari segi licin dan juga dari segi hygiene kerana mudah kotor dan lembab. Boleh rujuk keterangan lanjut dalam blog saya.

Saranan saya cuba elakkan dari membasahi lantai tandas. Anda bukan sedekah (dengan kreatif) tetapi boleh memudaratkan pengguna tandas yang lain kalau tergelincir jatuh.

Perkara nombor 9 memang kreatif malah masjid dan surau di Aceh telah lama mengamalkan susunan selipar dan kasut penghujung.

Mohon saya jangan dicuba untuk menyusun selipar dan kasut orang lain ini di masjid dan di surau di Malaysia. Amalan baik anda itu akan menyusahkan pengguna lain untuk mencari dan mendapatkan selipar dan kasut mereka selepas selesai solat.

Sepatutnya pengunjung masjid dan surau ini menyusun sendiri selipar dan kasut mereka sebelum memasuki surau atau masjid.

Kreatif memang kreatif dalam bersedekah tetapi jangan sampai memudaratkan dan menyusahkan orang lain.

KREATIF DENGAN SEDEKAH:

1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.

2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yang memerlukannya.

3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.

4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk disumbangkan sedikit kepada anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.

5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.

6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak dibasuh oleh roommate ke, housemate ke, rakan sekerja kita ke, basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.

7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...

8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.

9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.

10. Sebarkan tazkirah ini seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain begitulah seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.

SIMPULAN...

Oleh itu, perbanyakkanlah sedekah dan berilah pinjaman kepada yang berhajat kerana di dalamnya pasti terdapat pelbagai hikmahnya.

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’.

Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.


Wassalam

No comments:

Post a Comment