Sunday, February 28, 2016

Emak tak tahu pasai Pisang Berangan


Emak tak tahu pasai Pisang Berangan

Semenjak kecil emak mengalakkan kami adik beradik makan Pisang Berangan (Cavendish Banana). Khabarnya itu amalan tok-nenek kami walaupun Pisang Mas lebih sedap (manis), banyak dan mudah didapati di sekeliling rumah.

Semalam emak bagi lagi Pisang Berangan. Kata emak, Pisang Berangan berbintik hitam dengan kulit agak kasar ini adalah pisang kampung. Pisang Berangan yang kulit licin kekuningan itu pisang bandar.

Kata emak lagi, Pisang Berangan Kampung masak di pokok. Bukan macam Pisang Berangan Bandar yang diperam dengan Belerang atau Karbaid (Calcium carbide). Emak kata bukan tak boleh peram tapi tok-nenek dulu peram guna Daun Tepus dan Daun Lalang.

Kata emak lagi, Pisang Berangan Kampung ada terasa kelat sikit. Kelat ini ubat kata emak. Tak macam manis Pisang Mas yang boleh menyebabkan Kencing Manis.

Sebenarnya emak tak tahu pasai Pisang Berangan ini.

Emak tak tahu Pisang Berangan adalah pisang terbaik di dunia. Mana ada orang buat Ais Krim Banana Split guna Pisang Emas.

Emak tak tahu sebenarnya dahulu (sebelum tahun 1950), pisang terbaik dunia ialah Pisang Gros Michel atau Big Mike tetapi musnah sepenuhnya kerana Disease Panama. Kemudian Pisang Berangan naik tahta jadi pisang terbaik dunia.

Emak tak tahu sekarang Pisang Berangan menguasai pasaran pisang sedunia lebih 50 %.

Emak tak tahu Karbaid (Calcium carbide) ini adalah sulfur yang digunakan untuk menghasilkan Gas Acetylene, iaitu gas welding. Tapi emak tahu sifatnya yang panas dan menghakis (corrosive?).

Emak tak tahu Pisang Emas Bandar ini tidak lagi diperam dengan Karbaid tetapi proses melanjut hayatnya bermula sebaik sahaja dipetik muda. Pisang Berangan tidak akan masak jika dipetik muda. Pisang Berangan muda ini kemudiannya “digaskan” dengan Gas Ethyelene untuk masak.

Emak tak tahu kalau nak beli Pisang Berangan Bandar ini jangan beli yang berlabel PLU 4011 atau PLU 4186 tapi belilah PLU 9401. PLU ini adalah Price look-up codes atau Produce Label Code.

PLU 9401 adalah Pisang Berangan Organik. Organik inipun ada macam-macam mazhab. Hendak tahu pasai organic boleh lawat FB Mat Saman Kati. Sekarang dia tengah bagi tazkirah pasal organic ini.

Sebenarnya emak tak tahu pasai Pisang Berangan ini tapi emak pastikan anak-anak emak makan makanan yang baik dan sihat.

Terima kasih emak.

Ada mana-mana OSH Practitioner (CHRA Assessor?) yang boleh ulas mengenai chemical berikut- Calcium carbide, Gas Acetylene dan Gas Ethyelene?

No comments:

Post a Comment