Tuesday, August 11, 2015

Anak kecil bermain pintu


Anak kecil bermain pintu

Entah mengapa kebelakangan ini saya kerap bertemu kejadian anak kecil bermain pintu sama ada pintu automatic ataupun pintu biasa. Kejadian terbaru adalah beberapa bulan lepas di Maybank Taiping.

Mungkin disebabkan naluri sebagai pengamal osh, saya menegur ibubapa anak kecil ini.

Saya dalam perjalanan hendak memasuki bangunan Maybank Taiping di bahagian ATM. Dari jauh saya sudah ternampak ada kelibat seorang anak kecil bermain di tepi pintu ini.

Pelanggan di hadapan saya mungkin tidak perasan anak kecil ini lalu terus menolak helaian daun  pintu. Saya secara spontan berjaya menahan helaian daun itu dengan kaki kanan saya. Hampir nyaris helaian daun pintu mengapit jari tangan anak kecil itu.

Saya menegur ibubapa (pasangan muda) anak kecil ini yang sedang sibuk mengisi borang dan mengalpakan anak mereka.

Siibu hanya menarik tangan anak kecil tersebut tanpa sebarang kata keluar dari mulutnya atau mulut bapa.

Kalaulah anak saya berbuat demikian, sudah tentu berjela kata-kata pedas dari ibunya dan pasti bersertakan cubitan. Mungkin saya hanya bersuara tapi tidak dengan hukuman. Begitu juga kalau saya semasa kecil dulu, sudah “teruk” mendapat habuan dari ibubapa saya.

Menariknya ibu dan bapa anak kecil tidak bersuara, malah ucapan terima kasih kepada saya pun tidak terluah!

Saya mengkhabarkan kejadian ini kepada isteri saya sebaik sahaja masuk dalam kereta. Seperti biasa isteri saya beri ulasan ringkas – abang yang sibuk, mak bapa dia orang tak peduli pun!

Teringat pesanan emak saya – biar anak menangis, jangan kita (ibu bapa) yang menangis kelak!

No comments:

Post a Comment