Wednesday, September 4, 2013

Kempen & Perkhidmatan Mesra Pelanggan di Bangunan JKKP Putrajaya





Kempen & Perkhidmatan Mesra Pelanggan di Bangunan JKKP Putrajaya

Isnin lepas saya ada urusan di Pejabat JKKP Putrajaya Tingkat 4 dan Tingkat 3. Sudah lama saya tidak mengunjungi pejabat ini. Saya tertarik dengan dua poster di luar lift dan juga di dalam lift berkaitan kempen galakan menggunakan tangga seperti gambar-gambar di atas. Saya tidak berpeluang untuk meninjau keadaan tangga. Saya berharap (dan yakin) keadaan tangga adalah bersesuaian (selamat, bersih dan segaianya) untuk digunakan seperti posting saya sebelum ini.

Ruang lobi Tingkat 4, JKKP juga dilengkapi dengan set sofa yang selesa, tv dan beberapa naskah suratkhabar serta air minuman. Syabas kepada pihak pengurusan JKKP yang berkonsep mesra pelanggan ini.

Bagaimanapun ruang lobi Tingkat 3, JKKP (mungkin kerana ruang terhad), kemudahannya juga terhad hanya disediakan beberapa kerusi dan terdapat juga surat khabar tetapi tanpa tv dan air minuman sedangkan di Tingkat 3 ini yang menjadi tumpuan SHO untuk berurusan dengan Green Book mereka.


Saya teringat kepada Puan Hajjah Hajar, JKKP Perak. Perkhidmatannya di kaunter pertanyaan begitu cemerlang. Mantan staf JKKP ini mahir dengan segala prosedur dan borang. Paling mengkagumkan saya ialah dia dapat mengecam suara saya dalam telefon. Mulanya saya ingatkan dia hanya mengecam suara saya sahaja di telefon, rupa-rupanya dia juga mengecam hampir kebanyakan suara SHO yang sering berurusan dengan pejabat JKKP Perak. 

No comments:

Post a Comment