Saturday, July 6, 2013

Crowd Management – Sogo ambil langkah terbaik!

 Crowd Management – Sogo ambil langkah terbaik!

Walaupun isteri saya telah memaklumkan lebih awal kepada saya dalam dua hari ini (6 – 7 Julai 2013) ada “sale” di Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, KL, saya tidak begitu ambil endah maklumannya itu.

Malam tadi sekitar 9.00 pm saya bersama isteri dan anak mengunjungi Sogo dengan tujuan menjamu selera di Food Courtnya. Rasanya inilah kali pertama saya ‘terperangkap” dengan pusuan orang ramai yang membeli-belah di dalam Sogo ini.

Setiap kaunter pembayaran terbaris puluhan pelanggan menunggu giliran untuk membayar. Setiap pelusuk Sogo terasak dengan pelanggan pelbagai usia membelek dan mengambil pilihan hati. Di setiap penjuru pula tersila-simpuh puluhan pelanggan yang keletihan lesu. Di Food Court pula hampir tiada kerusi kosong.

Apapun saya pasti pihak pengurusan Sogo telah meramalkan situasi sebegini lebih awal dengan melihat beberapa tindakan untuk menanganinya.

Dari luar bangunan lagi, laluan masuk dan keluar ke bangunan Sogo ini telah diasingkan. Kelibat pengawal keselamatan dan anggota Rela juga melicinkan lagi pergerakan keluar-masuk pelanggan.

Terdapat kemah dan kerusi yang saya disediakan rasa khusus untuk promosi Kad Sogo tetapi kemudahan ini diambil kesempatan diguna oleh pelanggan melepaskan lelah.

Di setiap tangga bergerak juga ditempatkan ramai pengawal keselamatan.  Pembantu jualan juga berada di merata-rata mungkin kesemua pekerja Sogo pada dua hari ini dibekukan cuti mereka atau ramai pekerja sambilan diambil bekerja.

Pada masa yang sama walaupun tidak nampak secara langsung kaitannya, kehadiran artis jalanan dan peniaga-peniaga bergerak (makanan/minuman dan jajaan lain) di perkarangan luar Sogo berupaya mengurangkan ketegangan (stress) para pengunjung ini.

Risiko akibat kehadiran pelanggan yang memuncak ini perlu ditangani sebaik mungkin. Pelbagai risiko yang mungkin terjadi. Sistem pengurusan pengawalan orang ramai (crowd management) dengan  mengambil kira segala pengenalpastian hazard, analisa risiko dan kawalan risiko perlu disediakan.

“The primary responsibility for doing something about the present levels of occupational accidents and disease lies with those who create the risks and those who work with them.” - Safety-Health-Work-Report-Committee-1970-72-Chairman-Lord-Robens.

Apapun syabas pihak pengurusan Sogo! Semoga semua pihak pengurusan pusat membeli-belah khususnya dan temat tumpuan orang amnya meneladani system pengurusan orang ramai (crowd management) Sogo ini.


*Malangnya selepas mengunjungi Sogo, saya terperangkap di antara pusuan orangramai di Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman. Saya tidak dapat bayangkan jika terjadi sebarang kecemasan di sini dengan kehadiran pelbagai hazard biasa di Pasar Malam iaitu api gas masak., minyak masak panas, litar pintas dan sebagainya. Posting berkaitan di sini.




No comments:

Post a Comment