Laluan Khas Motosikal Selamat?
Sehari selepas Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye meminta jawatankuasa di bawah
Kementerian Kerja Raya memperbaiki keadaan lorong khas motosikal supaya lebih
selesa dan selamat kepada pengguna (rujuk teks penuh di bawah), Ketua Polis Daerah
Subang Jaya (rujuk keratan akhbar di atas) memaklumkan lorong khas motosikal di
KESAS adalah selamat berdasarkan hanya 2 rekod samun pada tahun 2011 dan tiada
rekod sepanjang 2012.
Saya tidak pasti adakah 2 laporan akhbar ini berkait antara
satu sama lain. Apa yang saya pasti Pengerusi NIOSH mengharapkan lorong khas
motosikal diperbaiki supaya lebih selesa dan selamat kepada pengguna. Saya juga
pasti istilah selamat yang digunakannya meliputi hazard dan risiko keselamatan
dari segi safety dan security (criminal).
Aktiviti berasaskan pasif (re-active) seperti statistik dan
rekod masih relevant untuk panduan perancangan dan pembaikan/penambahbaikan. Bagaimanapun
aktiviti berasaskan aktif (pro-active) iaitu tindakan yang diambil sebelum
berlakunya insiden/kemalangan adalah langkah terbaik dalam usaha pencegahan.
Sebagai salah seorang pengamal OSH dan juga pengguna tegar
laluan khas motosikal ini, saya dan pasti mereka yang lain mengharapkan semua
laluan khas motosikal diperbaiki agar lebih selesa dan selamat.
Kerajaan digesa baiki
lorong motosikal
Harian Metro 3-Jun-2013
Kuala Lumpur:
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri
Lee Lam Thye meminta jawatankuasa di bawah Kementerian Kerja Raya memperbaiki
keadaan lorong khas motosikal supaya lebih selesa dan selamat kepada pengguna.
Beliau berkata, penunggang dan pembonceng motosikal
menyumbang kira-kira 70 peratus daripada 6,000 kematian akibat kemalangan jalan
raya di negara ini setiap tahun. Lee yang menghubungi BERNAMA berkata,
kurangnya penyelenggaraan di lorong motosikal menyebabkan penunggang motosikal
enggan menggunakan laluan khas berkenaan dan memilih untuk menggunakan lebuh
raya sekaligus meningkatkan risiko kemalangan. “Berdasarkan maklumat yang saya
kumpul daripada penunggang motosikal yang saya temui mereka memaklumkan bahawa
lorong khas motosikal kurang diselenggara dan tidak begitu selamat. “Lorong
motosikal di Lebuhraya Persekutuan mempunyai selekoh berbahaya, berlubang,
berlopak dan banjir ketika hujan. “Selain itu terowong (di laluan motosikal)
sangat gelap dan penunggang serta pembonceng turut diganggu penjenayah pada
waktu tertentu,” katanya. Lee berkata, laluan khas penunggang motosikal adalah
salah satu pendekatan bagi mengurangkan kejadian kemalangan di kalangan
pengguna motosikal.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusuf baru-baru ini mengumumkan bahawa
kementeriannya akan menubuhkan pasukan khas bagi meneliti kebimbangan mengenai
tahap keselamatan lorong khas motosikal. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment