Saturday, May 18, 2013

Tolerable and acceptable risk – menunggang tanpa topi keledar dan tanpa kasut bersarung ke masjid


Tolerable and acceptable risk – menunggang tanpa topi keledar dan tanpa kasut bersarung ke masjid

Minggu lepas saya menerima email dari seorang pelawat blog OSH The Journey saya ini. Berikut adalah sebahagian kandungan emailnya.

“Saya bersetuju dengan ketetapan En. Lukman memastikan anak En. Lukman memakai topi keledar dan berkasut sewaktu bermotosikal walaupun hanya pergi ke kedai belakang rumah. Bagaimana pula kalau bermotosikal ke masjid atau surau seperti hendak menunaikan sembahyang Jumaat dan sebagainya? Apa pandangan En. Lukman sebagai pengamal OSH?”

Semalam (17 Mei 2013) selepas menunaikan Sholat Jumaat di Masjid Kampung Espo yang terletak tidak sampai satu km dari rumah saya, saya mula menulis posting ini.

Secara jujur saya mengakui saya hanya mengenakan ketayap dan berselipar sewaktu menaiki motosikal (sebenarnya skuter) untuk menunaikan Sholat Jumaat ini. Malah hanya menyarung kain palekat di samping berbaju Melayu. Gambar di atas semasa saya baru balik Sholat Jumaat semalam.

Kenapa saya hanya mengenakan ketayap dan berselipar sewaktu menaiki motosikal untuk menunaikan Sholat Jumaat sedangkan saya mesti bertopi keledar dan berkasut sarung walaupun hanya ke kedai belakang rumah saya yang hanya 300 meter sahaja?

Antara perkiraan yang telah dibuat (dan bukannya alasan) ialah;

1. Saya akan pastikan saya akan hanya pergi dan balik tanpa melencong ke tempat lain.
2. Kelajuan yang saya gunakan ialah seperlahan yang boleh. Mungkin laju sedikit dari kadar berjalan kaki (walking speed).
3. Risiko bermotosikal tanpa topi keledar dan tanpa kasut bersarung untuk dua perkiraan di atas saya anggap boleh diterima oleh saya sendiri (tolerable and acceptable risk).

Antara alasan yang tidak mungkin sama sekali akan saya beri ialah saya tidak memakai topi keledar dan kasut bersarung kerana saya berserah kepada Allah dan lagipun niat saya adalah untuk beribadat. Sedangkan apabila bermotosikal untuk ke tempat kerja juga adalah satu ibadat.

http://oshthejourney.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

Salam sdr, saya sgt tidak setuju dgn sdr berkenaan tidak memakai helmet dan berserah kpd Allah krn niat mahu beribadat. 1, ibadat bukan hanya dgn cara bersolat. Cthnya, menuntut ilmu juga merupakan ibadat. Adakah maksudnya anak Encik tidak perlu memakai helmet dan mengharapkan lindungan Allah? Tiada alasan untuk tidak memakai helmet, bukan?
2, Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum jikalau kaum tersebut tidak mengubah nasib mereka sendiri. Sama juga, jika Encik memandang ringan ttg pemakaian helmet ke masjid. Sama ada Allah akan mempersoalkn mengapakah encik tidak berusaha untuk mematuhi undang2 serta tidak berusaha untuk menjaga nyawa sendiri, Wallahu'alam

lukmanw@gmail.com said...

Assalam sdr (alangkah baiknya kalau sdr menggunakan nama @ nama samaran)

Saya dapati sdr tidak begitu faham mengenai perenggan yang saya tulis iaitu-

Antara alasan yang tidak mungkin sama sekali akan saya beri ialah saya tidak memakai topi keledar dan kasut bersarung kerana saya berserah kepada Allah dan lagipun niat saya adalah untuk beribadat. Sedangkan apabila bermotosikal untuk ke tempat kerja juga adalah satu ibadat.

ANTARA ALASAN YANG TIDAK MUNGKIN SAMA SEKALI AKAN SAYA BERI - ayat ini bermakna saya tidak akan menggunakan alasan hanya berserah kepada takdir atau Allah.

Begitu juga saya tutur menyatakan bekerja juga adalah ibadat.

Saya sarankan sdr membaca dan memahami semula perengan tersebut.

Posting ini dibuat sebagai jawapan kepada email yg diterima dan juga pandangan peribadi saya mengambil kira pelbagai aspek.

Bagaimanapun terima kasih juga kpd sdr atas kesudian memberi pandangan.