Wednesday, May 1, 2013

Mengapa warna kuning, puteh dan fluorescence?


Mengapa warna kuning, puteh dan fluorescence?

Mengapa pilih warna superbike kuning? Mengapa pilih topi keledar (full face) puteh? Mengapa pilih jacket hijau fluorescence? Mengapa pilih riding pant puteh (kelabu)?

Kalau 20 tahun dahulu semasa era superbike saya di KL, pilihan saya ialah warna hitam dan hitam. Kesemuannya hitam dengan motosikal hitam, jacket hitam, topi keledar hitam dan riding pantpun hitam.

Memang tidak dinafikan warna hitam itu amat menawan! Walaupun hitam (dan puteh) ada kalanya tidak dikategori sebagai warna!

Mulai awal tahun 2013 ini saya kembali bersuperbike dan yang pasti saya memilih warna kuning untuk superbike ER6N saya, warna puteh untuk topi keledar saya, warna hijau fluorescence untuk jacket dan warna puteh (kelabu) untuk riding pant saya.

Anak lelaki saya seorang itu langsung tidak meminati warna-warna pada superbike dan aksesori menunggang saya ini. Malah pada masa yang sama dia berbangga apabila mewarisi kesemua kelengkapan menunggang lama saya yang hampir kesemunya berwarna hitam!

Saya memilih warna-warna kuning, puteh dan fluorescence ini semata-mata agak mudah dilihat dari jarak jauh oleh pengguna jalan raya lain terutama di waktu malam. Dengan usia menghampiri 50 ini, keupayaan fizikal dan kemahiran mengendalikan superbike sudah tentu jauh bezanya semasa sewaktu saya berusia 20an dahulu.

Saya memilih warna-warna kuning, puteh dan fluorescence pada superbike dan aksesori menunggang saya ini  untuk menemani  saya terutama semasa berulang-alik Taiping-Sintok bukanlah semata-mata kerana saya seorang pengamal OSH tetapi lebih kepada keselamatan dan kesihatan saya sendiri.

Semoga saya selamat dan sihat dipelihara-Nya, amin!

http://oshthejourney.blogspot.com

Posting berkaitan di sini.

1 comment:

Jazzy Jeff said...

Keselamatan di utamakan.