Sunday, March 3, 2013

Mempromosikan budaya tidak selamat


Mempromosikan budaya tidak selamat

Harian Metro baru sahaja mengorak langkah mendahului media masa lain dengan mempromosikan budaya selamat dengan memperkenalkan ruangan OSH setiap hari Jumaat dengan kerjasama Niosh. Rujuk link di sini untuk berita selanjutnya.

Bagaimanapun hari ini, Harian Metro juga mempromosikan budaya tidak selamat dengan melaporkan pengantin lelaki melakukan “wheelie” (tanpa mengenakan pakaian/peralatan keselamatan) di hari perkahwinannya.

Menjadi trend masa kini ada sahaja perbuatan atau kelakuan sama ada extreme (melampau) atau pelek untuk menjadi ingatan yang dilakukan semasa hari yang bersejarah terutama di hari perkahwinan. Ada yang menyarung cincin di dalam dasar laut ataupun semasa membuat penerjunan udara. Tetapi mereka yang menyarung cincin di dalam dasar laut dan semasa membuat penerjunan udara mengenakan pakaian/peralatan keselamatan yang bersesuaian dan bukannya memakai Baju Melayu, bertengkolok dan bersamping ataupun suit pengantin ala Inggeris.

Alangkah manisnya jika Sharifudin Shahrin mengenakan suit lengkap pelumba dengan topi keledar sepenuh muka dan sarung tangan semasa membuat pertunjukan “wheelie” ini. Saya tidak dapatkan bayangkan jika semasa berbaju Melayu, bertengkolok dan bersamping ini, Sharifudin tidak dapat mengawal motosikalnya.

Apa yang lebih membimbangkan saya sebagai pengamal OSH dan juga sentiasa mempromosikan budaya selamat ini ialah perbuatan Sharifudin akan menjadi ikutan bakal-bakal pengantin yang lain. Tidak kerterlaluan selepas ini ada yang sanggup bermotosikal membuat lompatan melintasi kawah Nasi Kenduri ataupun Gulai Kenduri.

Akhbar sememangnya bersifat melaporkan berita tetapi janganlah sampai mempromosikan berita negatif seperti budaya tidak selamat ini.

http://oshthejourney.blogspot.com

Berita penuh.

Aksi lagak ngeri di hari persandingan
Oleh Aidi Emizul Rasidi, Harian Metro 3 Mac 2013

Ipoh: Aksi lagak ngeri mencuri tumpuan pada hari bersejarah pasangan pengantin, Sharifudin Shahrin, 28, dan isteri, Nurhafizah Fakhrudin, 27, pada majlis perkahwinan di Kampung Sri Kinta, di sini, semalam.

Dalam cuaca panas terik, pengantin lelaki, Sharifudin atau dikenali dengan panggilan Dino membuat aksi unik itu di perkarangan rumah keluarga pengantin.

Pada majlis itu Sharifudin menunjukkan aksi ‘dough nut’ (memusing bulatan) dan ‘wheelie’ selama hampir 20 minit.

Dia yang juga bekas ‘mat rempit’ membuka bengkel motosikal di bandar raya ini sebagai juruteknik manakala isterinya bertugas sebagai kerani bank.

Sharifudin yang berkenalan dengan isteri ketika menuntut di sekolah rendah berkata, dia memilih melakukan aksi lagak ngeri itu kerana minat mendalam terhadap motosikal, selain mengabdikan kenangan indah itu bersama isteri dan keluarga yang menghadiri majlis itu.

“Sebelum ini saya menyertai kelab Wazi Boyz yang aktif melakukan pelbagai persembahan ‘stunt’ di seluruh Semenanjung.

No comments:

Post a Comment