Friday, March 1, 2013

Kedudukan Hose Reel yang pasti tidak terhalang

Kedudukan Hose Reel yang pasti tidak terhalang

Setiap kali mengunjungi ke sesuatu tempat terutama hotel, kilang, restoran dan pusat membeli-belah, saya pasti akan meninjau susunatur bagaimana peralatan mencegah/melawan kebakaran dipasang. Ramai pemilik dan pengusaha premis mengambil mudah hal ini. Sebagai contoh plan asal (blue print) arkitek yang dihantar untuk permohonan kelulusan bomba menunjukkan alat pemadam api mudah aleh (contoh ABC DP 9.0kg) dipasang tanpa halangan dalam jarak 75'. Apabila premis telah dihuni, terdapat halangan seperti pengadang (partition), kabinet dan sebagainya tetapi jarak alat pemadam api mudah aleh ini masih dikekalkan pada jarak asal. Begitu juga dengan peralatan lain seperti hosel reel, smoke detector dan fire alarm yang sering dihalang dengan pelbagai peralatan sama ada kekal ataupun mudah aleh.

Saya berkunjung ke Mydin Ipoh bulan lepas. Pusat Membeli belah baru ini amat selesa dikunjungi dengan pelbagai kemudahan menjamu selera, sholat, blik air dan lain-lain.

Rasanya pertama kali saya melihat kedudukan Hose Reel yang dipasang pada tiang di paras ketinggian melebihi 6'. Secara peribadi saya merasakan inilah kedudukan Hose Reel yang bukan sahaja tidak akan terhalang tetapi mudah dilihat. Saya tidak pasti sama ada lokasi ini disyorkan oleh mana-mana pihak bomba ataupun konsultan.

Syabas Mydin Ipoh!

Bagaimanapun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan (room for improvement) kepada pihak pengurusan Mydin amnya atau kepada pegawai yang bertanggungjawab khususnya. Alat pemadam api mudah aleh ABC DP 9.0kg yang silinder berwarna merah itu tidak sepatutnya diletakkan di atas lantai di tepi tiang.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment