Tuesday, June 26, 2012

Pemimpin mesti menunjukkan teladan


Pemimpin mesti menunjukkan teladan

Antara perkara yang kerap saya sentuh samada di dalam blog ini atau di dalam kelas ialah sikap pempimpin yang mesti menunjukkan teladan terutama dalam pematuhan pemakaian topi keledar semasa menunggang motosikal. Pematuhan pemakaian topi keledar ini bukanlah semata-mata mematuhi (menghormati?) peraturan pihak berkuasa tetapi lebih kepada aspek keselamatan. Rujuk posting lama saya.

Pemimpin termasuklah samada pihak kerajaan atau pembangkang, ahli politik yang lain, Di Raja, selebriti termasuklah orang yang diraikan seperti pengantin, kanak-kanak (terutama anak yatim atau OKU) serta penceramah agama.

Saya kagum melihat Ust. Azhar Idrus, penceramah bebas mengenakan topi keledar semasa membonceng Honda Goldwing 1800 dari hotel penginapannya ke tempat ceramah di Kelantan seperti dalam gambar di bawah yang dipetik dalam Youtube.

Bagaimanapun sedikit terkilan apabila melihatkan dua orang lagi (rasanya yang mengiringi Ust. Azhar dari hotel) hanya mengenakan ketayap semasa membonceng dua buah Honda Goldwing 1800 yang lain dengan jarak perjalanan agak jauh di tengah bandaraya Kota Bahru. Videoclip sepenuhnya boleh ditonton di sini.

Jika ada mana-mana pembaca posting di blog ini yang berksempatan mengikut kuliah Ust. Azhar, dapatlah sekiranya menanyakan (memimnta nasihat) dari Ust. Azhar apakah hukumnya tidak memakai topi keledar dari segi pematuhan peraturan pihak berkuasa dan juga dari segi keselamatan.

Sebagai pengamal OSH, saya juga didedahkan dengan Maqasid Al-Shariyyah iaitu satu usulan yang lebih awal dari Teori Maslow (1908-1970). Kalau Maslow meletakkan “safety” di tahap kedua penting, usulan Maqasid Al-Shariyyah meletak “safety” di tahap pertama (Al-Daruriyyat), hanya agama melebihinya. Ini membuktikan bahawa keselamatan (dituruti pematuhan perundangan) adalah dituntut keutamaannya. Semoga Ust. Azhar (atau ilmuan islam yang lain) boleh memberi nasihat berkaitan pemakaian topi keledar ini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment