Monday, September 26, 2011

UJI GUNA – Stay Alert Device



UJI GUNA – Stay Alert Device

Sebenarnya langkah terbaik jika anda mengantuk semasa memandu, tiada jalan lain kecuali anda memberhentikan kenderaan anda (di tempat yang sesuai dan selamat) dan seterusnya anda berehat ataupun cuba melelapkan mata.

Ada juga pemandu yang mengamalkan pengambilan makanan atau minuman dan ada yang merokok untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Penggunaan radio juga kadangkala boleh membantu tetapi awas ia juga turut boleh melekakan. Pemandu syarikat semasa saya bekerja di Taiping dahulu membawa Cili Padi yang akan dikunyahnya jika mengantuk!

Baru-baru ini SMART SYNERGY VENTURES SDN BHD memberi saya peluang untuk menguji salah satu produk keselamatan jalan mereka iaitu, Stay Alert Device (SAD). Sebelum ini saya telah menguji Smart Safety Hammer yang juga diedarkan oleh syarikat yang sama.

SAD ini walaupun kecil tetapi begitu praktikal kegunaannya.

SAD ini dipasang pada belakang cuping telinga pada kedudukan biasa (kepala menegak) semasa memandu. Apabila kedudukan kepala pemandu mula tunduk atau tergadah ke belakang, alatan SAD ini akan bergetar dan mengeluarkan bunyi yang boleh menyedarkan pemandu.

SAD ini amat berguna terutama jika pemandu memandu bersendirian.

Sesuai juga dijadikan cenderahati atau “door gift” semasa minggu keselamatan di tempat anda bekerja.

Untuk maklumat lanjut dan juga harga, bolehlah menghubungi SMART SYNERGY VENTURES SDN BHD di nombor telefon 03 4289 0799 atau di alamat;

13-1, Jalan Perubatan 2,
55100 Pandan Indah, Kuala Lumpur

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

PENAFIAN – Laporan peralatan dan perkhidmatan yang di UJI GUNA dalam Blog OSH The Journey ini adalah berdasarkan penggunaan dan pemerhatian penulis untuk tempoh tertentu. Penulis tidak bertanggungjawab jika peralatan dan perkhidmatan yang di UJI GUNA ini berbeza seperti dilaporkan jika digunakan untuk tempoh yang lebih lama atau lebih panjang.

No comments:

Post a Comment