Tuesday, May 10, 2011

Jauh berjalan, luas pengalaman, banyak pengetahuan






Jauh berjalan, luas pengalaman, banyak pengetahuan

Sebelum ini saya pernah menulis kelebihan
tong sampah di Bandar Miri yang berbumbung, kali ini saya teruja dengan tong sampah di dalam kawasan Akademik Koreksional Malaysia, di Pekan Kuah, Langkawi.

Minggu ini saya berada di Akademik ini kerana terlibat dalam pengajaran (on-off) kepada Pegawai-pegawai Penjara dari seluruh Malaysia untuk kursus OSH dari 2 hingga 17 Mei 2011. Dalam perjalanan antara chalet yang saya menginap ke bilik kuliah, saya terlihat ada banyak tong sampah seperti di dalam gambar.

Tinjauan saya mendapati tong sampah ini direka oleh kakitangan Akademik untuk mengelakkan dari diganggu oleh banyak monyet yang berkeliaran. Saya mencubanya dan mendapati ia nya praktikal. Bagaimanapun model yang saya cuba saya rasa mungkin menghadapi sedikit masalah untuk mengosongkannya. Walaupun begitu saya difahamkan model terbaru tong sampah ini mempunyai pintu di dinding sisinya.

Tertanya saya 2 soalan. Jika monyet-monyet ini terbiasa melihat orang menggunakannya (menekan tuas kaki), adakah seketika nanti, monyet ini akan berupaya membuka penutup tong sampah ini?. Soalan seterusnya adakah rekaan ini dipaternkan?

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/





3 comments:

  1. TQ kerana menghargai usaha kami...TPP Zohri bin Hj. Haron (Akademi Koreksional Malaysia)

    ReplyDelete
  2. Sama-sama Tn. Ada beberapa lagi penambabaikan di AKM yg boleh dikongsi oleh orang ramai. InsyaAllah saya akan tulis.

    Terima kasih kpd AKM terutama kpd Tn Rizuan di atas hospitality kpd kami pengajar dan juga penghuni resort AKM>

    ReplyDelete
  3. Tuan,
    Pendapat saya walaupun monyet ini biase melihat org menekan dgn kaki n membuang sampah ke dlm tong sampah, mungkin agak sukar utkmeniru kerana monyet tak sampai utk menghulur tgn ke dalam tong sampah trsebut..
    Kecualilah monyet ini bekerjasama..hehe.
    Ini pendapat saya shj melalui gambar shj..

    ReplyDelete