Friday, January 28, 2011

Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah

Gambar hiasan

Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah

Saya tertarik dengan larangan pihak polis terhadap mengibarkan bendera (bendera politik) pada kenderaan. Saya ingin sarankan larangan ini diperluaskan terhadap pengibaran Jalur Gemilang semasa kemerdekaan.

Rujuk di sini mengapa saya menyarankan sebegini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah
2011/01/27

LABIS: Ramai penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka adalah menyalahi undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan, Abdul Majid Mohd Ali, berkata parti-parti politik perlu mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen, justeru tindakan pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan.

masing-masing adalah salah kerana tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau mengingatkan pengguna kenderaan supaya berhenti daripada melakukan perbuatan itu sebelum tindakan diambil ke atas mereka.

Sebelum ini, katanya, polis mengambil tindakan secara berhemah dengan hanya merampas kayu yang digunakan pengguna kenderaan untuk mengibarkan bendera dan mengembalikan bendera kepada mereka.

Beliau berkata, selepas peringatan ini diberi, polis akan bertindak lebih tegas kepada sesiapa sahaja yang engkar.

Abdul Majid berkata, polis turut mempunyai senarai nama individu yang dijangka melakukan kekacauan menjelang hari mengundi pada Ahad ini.

Individu-individu tersebut, menurut beliau, akan diperhatikan setiap masa dan akan ditahan sekiranya didapati menggugat ketenteraman awam.

Tanpa mengulas secara terperinci, beliau berkata, individu-individu terbabit terdiri daripada penduduk tempatan dan dari luar daerah.

"Jangan cabar polis kerana kita sudah bersedia 100 peratus untuk pilihan raya ini daripada segi logistik dan kekuatan anggota," katanya.

Abdul Majid berkata, sehingga kini, perjalanan kempen pilihan raya kecil ini sangat tenang jika dibandingkan dengan tempat lain memandangkan tiada kekacauan atau ketegangan yang serius berlaku.

Jentera parti Barisan Nasional (BN) dan PAS mematuhi peraturan kempen termasuk menamatkan ceramah pada jam 12 tengah malam. - BERNAMA

Monday, January 24, 2011

Ular Senduk! Terima kasih Bomba Kamunting


Ular Senduk! Terima kasih Bomba Kamunting

Minggu lepas anak saya sudah memaklumkan beliau ternampak seekor di belakang rumah kami di Taman Kamunting Jaya ini. Semalam ketika sibuk bergotong-royong dan memotong beberapa pokok serta semak di belakang rumah tidak kelihatan pula ular ini.

Sebentar tadi sekitar pukul 4pm anak saya ternampak semula ular ini. Menariknya kali ini ular tersebut sedang diacah-acah oleh beberapa ekor kucing termasuklah dua ekor anak kucing! Jenuh jugalah isteri dan anak saya menghalau kucing-kucing tersebut sehingga terpaksa mengumpankan beberapa ekor ikan goring!

Walaupun ular tersebut kelihatan tidak bermaya, saya mengambil keputusan untuk menelefon Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting (05 891 2322).

Beberapa anggota bomba sampai (dalam keadaan hujan mula lebat) dan berjaya menangkap ular ini. Kami dimaklumkan bahawa ular ini adalah Ular Senduk dan ia tidak bermaya kerana sedang dalam proses bersalin kulit.

Terima kasih Bomba Kamunting.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com








Sunday, January 23, 2011

Gotong royong cegah denggi


Gotong royong cegah denggi

Susulan dari peningkatan kes denggi di Taiping dan khususnya di kawasan Kamunting tempat kediaman saya ini, pagi tadi berlangsungnya gotong royong yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Expo (termasuk Kamunting Jaya dan Kamunting Bistari).

Syabas kepada JKKK yang menganjurkannya. Pemberitahuan (secara photostat) dihantar kesemua rumah beberapa hari sebelum acara hari ini. Begitu juga dengan makluman di surau-surau.

Aturcara (seperti dalam hebahan), penduduk hanya perlu membersihkan kawasan belakang dan depan rumah masing-masing, pihak JKKK akan menghantar lori untuk mengangkut sampahsarap ini.

Aturcara berjalan lancar pagi tadi. Penghargaan kepada "beberapa AJK JKKK" yang datang bersama lori kerana merekalah inilah yang bertungkus-lumus menjayakan acara ini. Tanggungjawab mereka sepatutnya hanya mengangkut sampai ke dalam lori "bertambah" dengan tugasan memotong pokok dan semak! Ada juga lorong belakang rumah yang tidak dapat dilalui oleh lori ini kerana terhalang oleh pokok, pasu bunga, ampaian kain dan sebagainya. Ini amat merbahaya jika berlakunya kebakaran dan kenderaan bomba tidak boleh melaluinya.

Penyertaan penduduk terutama golongan veteran dan warga emas amat mengalakkan. Begitu juga dengan kanak-kanak sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah rendah. Sedikit menjadi kehairanan di mana perginya remaja-remaja belasan tahun dan awal 20an? Mungkin mereka "keletihan" kerana malam tadi sibuk dengan aktiviti malam minggu!

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Thursday, January 20, 2011

Salah siapa jika anak kita (atau remaja kita) menunggang motosikal tanpa menyarung topi keledar?


Salah siapa jika anak kita (atau remaja kita) menunggang motosikal tanpa menyarung topi keledar?

Jika ditanya, saya sama-sekali tidak menyalahkan VIP ini 100% kerana menunggang motosikal ini kerana tidak menyarung topi keledar.

Sepatutnya pembantu khas VIP ini menasihatkannya menyarung topi keledar agar kepalanya tidak tercedera (atau kurang cedera) jika terjatuh dan sebagainya.

Sepatutnya pemilik motosikal ini (sudah pasti motosikal ini bukan milik VIP ini) menasihatkannya menyarung topi keledar agar kepalanya tidak tercedera (atau kurang cedera) jika terjatuh dan sebagainya.

Sepatutnya penyelaras program (atau pihak penganjur) menasihatkannya menyarung topi keledar agar kepalanya tidak tercedera (atau kurang cedera) jika terjatuh dan sebagainya.

Sepatutnya jurugambar (yang mengambil gambar ini) menasihatkannya menyarung topi keledar agar kepalanya tidak tercedera (atau kurang cedera) jika terjatuh dan sebagainya.

Sepatutnya pihak berkuasa (jika ada bersama-sama dalam program ini) menasihatkannya menyarung topi keledar agar kepalanya tidak tercedera (atau kurang cedera) jika terjatuh dan sebagainya.

Nasihatlah demi keselamatan! Nasihatlah demi kepimpinan, agar tidak diteladani oleh orang lain!

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai


Soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai

Paling akhir saya masuk Bilik Mesyuarat di Bangunan Ekonomi UUM ini ialah sekitar pertengahan tahun lepas. Pagi tadi saya ada mesyuarat dengan PNC di bilik ini. Terdapat banyak perubahan di dalam bilik mesyuarat ini.

Antaranya ialah penggunaan soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai. Pertama kali saya melihat soket ini ialah di dewan pameran barangan rumah / perabut rumah di Kuala Lumpur. Kali kedua saya melihatnya dipasang di banglo sepupu isteri saya, seorang penguasaha kosmetik di Golf Resort Bertam Perdana.

Selain amat sesuai dipasang di dinding, soket ini sesuai untuk meja panjang atau meja diatur bentuk-U. Soketnya boleh diubah sepanjang railing yang dipasang. Soket ini juga boleh ditambah bilangannya (dengan kapasiti bekalan).

Penggunaannya mudah. Soket boleh digerakkan (dilaras) mengikut panjang kabel alatan eletronik yang digunakan. Soket diketatkan dengan cara memusingnya (gerakan ikut jam - on / gerakan lawan jam - off).

Dengan penggunaan soket punca elektrik bolehubah tanpa kabel terurai ini tiada lagi loose cable yang berselirat atas lantai.

Mungkin kos tinggi jika dibandingkan dengan extansion wire tetapi berbaloi untuk masa jangka panjang demi keselamatan pengguna.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/







Wednesday, January 19, 2011

Perancangan awal perlu untuk sebarang aktiviti. Expect the best. Prepare for the worst


Perancangan awal perlu untuk sebarang aktiviti. Expect the best. Prepare for the worst

Ramai generasi muda yang tidak tahu mengenai tragedi runtuhnya Terminal Feri Sultan Abdul Halim pada 31 Julai 1988. Tragedi ini mengakibatkan kematian 32 orang dan mencederakan 1,674 orang. Dilaporkan tragedi ini berlaku akibat kesesakan orangramai yang ingin menaiki feri ke Pulau Pinang.

Ramai yang juga tidak tahu kesesakan ini adalah salah satunya berpunca dari mereka yang baru sahaja menghadiri Festival St. Anne di Bukit Mertajam dan kebanyakannya adalah penghujung luar dari Pulau Pinang yang ingin menghabiskan cuti hujung minggu mereka di Pulau Mutiara.

Saya difahamkan pihak berkuasa telah memaklumkan kesesakan akan terjadi kepada pertugas-pertugas mereka di jeti tetapi tiada sebarang cadangan tindakan yang perlu diambil untuk menangani sebarang permasalahan yang timbul.

Malah saya sendiri semasa terbabit merancang jadual tahunan seperti acara sukan bermotor, seminar, kursus dan sebagainya di Pulau Pinang (terutama di Seberang Prai) pernah terlepas pandang dengan Festival St. Anne yang diadakan tahunan setiap hujung minggu bulan Julai ini menyebabkan penganjur agak sukar mendapat bilik penginapan untuk peserta-peserta.

Pengunjung Festival St. Anne ini (terutama dari Singapura) sanggup menempah hotel sejauh Taiping dan Ipoh untuk mengunjungi Gereja St. Anne di Bukit Mertajam ini.

Tidak hairanlah mengapa Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim ini adalah salah satu bencana yang disenaraikan dalam Arahan No. 20, Majlis Keselamatan Dalam Negara.

Keprihatinan dan kepekaan pihak berkuasa masa kini dan dari masa ke semasa menghadapi acara tahunan seperti Festival St. Anne dan esok Hari Thaipusam amatlah dialu-alukan. Sebagai contoh, pihak polis umpamanya telah bersedia dengan alternatif-alternatif jalan yang akan ditutup dan sebagainya amatlah dihargai.



Tragedi terbaru mirip Tragedi Festival St. Anne ini ialah Tragedi Bon Om Touk iaitu perayaan tahunan di Phnom Penh, Kambodia pada 22 November 2010 iaitu hari terakhir festival. Tragedi penghujung terjadi dari atas jambatan (Rainbow Bridge) ke dalam Sungai Tonle Sap akibat bersesak sesama sendiri ini mengakibatkan kematian 456 orang. Dilaporkan setiap tahun Festival Bon Om Touk ini akan dihadiri oleh lebih sejuta pengunjung dan pelancong.

Perdana Menteri Kambodia ketika mengulas tragedi ini menganggapkan ianya bencana terburuk dan terbesar selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai semasa pemerintahan Regim Khmer Rouge.

Dua contoh di atas adalah berkaitan dengan bencana dan juga persediaan dalam Emergency Response. Bagaimana pula dengan aktivit-aktiviti OSH yang melibatkan kehadiran atau penyertaan jumlah pekerja yang ramai?

Sebagai Pengurus atau Pegawai Keselamatan (Safety and Health Officer), antara peranan yang disyorkan ialah menganjurkan dan mengelola aktviti-aktviti berkaitan OSH. Ini adalah salah satu tanggungjawab untuk mempromosikan OSH itu sendiri.

Antara aktiviti OSH yang boleh diadakan ialah Hari atau Minggu Keselamatan, Kempen Keselamatan, Kempen Keselamatan Jalan Raya, Hari kesihatan, Hari Tanpa Rokok, Hari Alam Sekitar dan sebagainya.

Selain pengelibatan dari ahli jawatankuasa keselamatan kilang (Plant Safety Committee), pekerja-pekerja lain boleh dijemput untuk menganggotai jawatankuasa khusus aktivit-aktiviti OSH ini, Perancangan dan pembahagian kerja ahli-ahli jawatankuasa khusus untuk menjayakan aktivit-aktiviti OSH ini hendaklah dibuat seawal mungkin terutama yang melibatkan kelulusan dan pembelanjaan dari pihak pengurusan.

Di samping itu penetapan tarikh adalah elemen yang penting. Pastikan tarikh ini tidak bertembung atau bertindih dengan mana-mana aktiviti lain.

Di setiap organisasi yang saya bekerja, biasanya saya memilih hari Rabu sebagai hari aktiviti-aktiviti OSH. Elakkan memilih hari Isnin atau hari Jumaat iaitu hari pertama bermulanya hari kerja atau hari terakhir berakhirnya hari bekerja untuk diadakan hari aktiviti OSH ini.

Elakkan juga memilih hari yang terlalu hampir dengan hari-hari perayaan keagamaan ataupun cuti umum, termasuklah cuti persekolahan.

Pada masa yang sama, pengelibatan pihak majikanterutama dari pihak pengurusan tertinggi amat penting untuk menunjukkan komitmen mereka bersama-sama dengan pekerja untuk menjayakan aktiviti-aktiviti OSH ini. Pihak yang merancang perlu bijak mencari tarikh dan masa yang sesuai mengikut masa pihak pengurusan ini.

Ada juga syor agar mengelakkan aktiviti OSH ini diadakan sehari selepas hari gaji. Kemungkinan besar ramai pekerja mengambil cuti pada hari sehari selepas hari gaji untuk menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan.

Token atau cenderahati juga disyorkan sebagai salah satu tarikan pekerja. Boleh juga diberi token atau cenderahati yang mempunyai elemen OSH (sebagai contoh; lampu suluh) ataupun berlabel dengan slogan OSH. Pastikan token atau cenderahati ini diberi hanya kepada yang hadir atau yang mengambil bahagian dalam aktiviti OSH.

Meriahkan juga aktiviti-aktiviti OSH ini dengan menjemput “sumber-sumber luar” seperti pameran, demonstrasi dan ceramah dari JKKP, JAS, Bomba, Jabatan Kesihatan, JPAM dan sebagainya. Malah boleh dijemput sama pengedar-pengedar alat keselamatan diri (PPE) membuka gerai pameran dan jualan. Selain dari memeriahkan aktiviti, mereka ini juga biasanya mengedarkan pelbagai bahan dan juga cenderahati.

Publisiti dari media masa juga boleh dibuat untuk mempromosikan hari aktiviti. Jemputan tetamu disyorkan juga kepada industri-industri lain berdekatan termasuklah orang awam di sekitar.

Tiada maknanya kalau acara atau aktiviti OSH yang dirancang berjaya diadakan dengan bantuan dan pembelanjaan dari pihak pengurusan tetapi sambutan atau kedatangan pekerja pula amat mengecewakan.

Persediaan untuk menangani segala kemungkinan yang berlaku semasa menganjurkan dan mengelolakan aktiviti-aktiviti OSH ini. Seperti Safety Message (slogan) yang sering dipromosikan oleh Zig Ziglar iaitu (dalam semua perancangan) sentiasalah - Expect the best. Prepare for the worst.

Selamat menganjurkan dan mengelolakan aktiviti-aktiviti OSH. Pastikan pihak pengurusan menunjukkan (dan membuktikan) komitmen mereka dan pihak pekerja pula bersama-sama menjayakannya (employees involvement and participation).

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Water based vs oil based chemical (Aedes fogging)


Water based vs oil based chemical (Aedes fogging)

Kamunting (serta Taiping) di mana tempat saya tinggal dikenalpasti kawasan berisiko denggi. Dalam minggu ini dilaporkan seorang lagi penduduk di kawasan perumahan yang sama telah disahkan sebagai pesakit denggi.

(Untuk rekod kematian akibat denggi masih lagi merupakan ancaman utama penyakit di Malaysia jika dibandingkan dengan Selsema Burung dan epidemik lain)

Sebentar tadi Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama telah menghantar kakitangannya membuat fogging di kawasan perumahan yang saya menetap ini.

Sebelum ini ramai penghuni agar keberatan membenarkan kakitangan Pejabat Kesihatan ini masuk ke dalam rumah untuk membuat fogging kerana bahan kimia yang diguna oleh mereka ini akan meninggalkan kesan minyak pada dinding, lantai, perabut dan pakaian yang terdedah.

Bagaimanapun untuk proses fogging hari ini, Jabatan Kesihatan menggunakan dua jenis fogging. Fogging pertama iaitu menggunakan water based chemical khusus untuk fogging di dalam rumah. Manakala fogging kedua iaitu menggunakan oil based chemical khusus untuk fogging di luar rumah, longkang dan kawasan persekitaran.

(Ada juga penduduk yang bertanyakan mengapa fogging yang menggunakan water based chemical ini amat kurang asapnya jika dibandingkan dengan fogging yang menggunakan oil based chemical).

Syabas Jabatan Kesihatan atas pendekatan sebegini. Bagaimanapun masih ada penambahbaikan OSH kepada kakitangan yang mengendalikan mesin fogging ini. Walaupun menggunakan penutup mulut, mereka tidak menggunakan sarung tangan.

CSDS? Mungkin dalam masa terdekat ini saya akan cuba dapatkan CSDS kedua-dua bahan kimia water based dan oil based yang digunakan.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Water based fogging - dalam rumah

Oil based fogging - luar rumah

OSH in Prison (Jabatan Penjara Malaysia)

Gambar hiasan, Kotak peralatan custom made seperti digunakan oleh banduan


OSH in Prison (Jabatan Penjara Malaysia)

Semalam saya masuk dua penjara! Paginya Penjara Alor Setar, penjara tertua di Malaysia dan tengaharinya Penjara Pokok Sena antara penjara moden di Malaysia. Di sebelah petangnya pula saya “dibebaskan” untuk pulang ke rumah saya di Taiping!

Saya bukannya hanya menjenguk pejabat pentadbiran ataupun bilik mesyuarat, saya diberi kesempatan melawat kesemua bahagian dalam kedua-dua penjara ini bermula dari sel tahanan, ruang kemudahan seperti dewan makan, dobi, riadah, ibadat, pusat rawatan, sehinggalah ke tempat kerja seharian mereka seperti bengkel besi, bengkel kayu. bengkel kraftangan, bengkel rotan, bengkel batik dan bengkel jahitan. Seperti kata Pengarah Jabatan Penjara Alor Setar, penjara merupakan satu komuniti yang mempunyai hampir semua aktiviti kemasyarakatan di luar penjara.

Kunjungan saya semalam bersama-sama rakan sekerja adalah pra-visit (rasanya lebih kepada analysis gap visit) sebelum kami memulakan program OSH in Prison dalam masa terdekat ini.

Diingatkan (oleh Pengarah Penjara) lawatan kami ini tertakluk kepada peraturan sedia ada Jabatan Penjara Malaysia, saya hanya berkongsi mengenai sistem OSH yang sedia ada dalam penjara ini dengan menggunakan gambar-gambar rujukan dari internet.

Kebetulan saya tinggal di Taiping yang turut mempunyai dua penjaranya iaitu Penjara Taiping dan Kem Tahanan Kamunting. Saya pernah melawat Penjara Taiping dan juga kerap mengunjungi Kem Tahanan Kamunting sebelum tetapi tidaklah berpeluang menjenguk ke semua bahagian-bahagian di dalam kedua-dua penjara ini.

Secara dasarnya penjara di Kedah ini ada mempunyai amalan OSH yang diwarisi sebelum ini. Ketika ini juga saya difahamkan kesemua penjara di Malaysia sedang giat mengamalkan Housekeeping 5S.

Mungkin terlalu kerap menonton filem dan tv berkaitan dengan kisah banduan di dalam penjara, ada sedikit kerisauan saya apabila diberi peluang melawat ke dalam bengkel-bengkel kerjatangan yang sudah pasti mempunyai banyak peralatan tangan yang boleh dijadikan senjata.

Gambar hiasan, Kotak peralatan (yang lengkap) sedia ada di pasaran


Gambar hiasan, Kotak peralatan (yang tidak begitu lengkap) tetapi mempunyai slot khas untuk setiap peralatan


Penghargaan awal saya kepada penjara di Kedah ini (saya berharap kesemua penjara di Malaysia juga), peralatan tangan (hand tools) yang digunakan seharian oleh banduan-banduan ini mempunyai kotak peralatan (tool box) khusus. Walaupun kotak peralatan ini hanya diperbuat dari kayu ataupun sisa bahan kerja, ianya masih mempunyai elemen Housekeeping 5S iaitu Seiketsu (standardizing).

(Elemen Housekeeping 5S ialah Seiri (sorting), Seiton (straightening), Seiso (sweeping/systematic cleaning), Seiketsu (standardizing), dan Shitsuke (sustaining). Terdapat juga perdekatan dengan dua elemen lagi iaitu Safety dan Security.)

Kesemua kotak peralatan ini mempunyai helaian semak (check list) peralatan-peralatan tangan (dilekat tepi kotak) dan juga dalam kotak peralatan ini mempunyai tanda (bayang) mengikut saiz sebenar peralatan tangan tersebut. Walaupun tujuan utama kotak peralatan yang lengkap dengan helaian semak dan mempunyai tanda (bayang) mengikut saiz sebenar peralatan tangan ini ialah lebih kepada keselamatan sekuriti untuk memudahkan pihak penjara membuat pemeriksaan selepas penggunaan untuk memastikan ianya dipulangkan, ianya juga adalah keperluan dalam OSH dan elemen Housekeeping 5S (Seiketsu - standardizing).

Dalam OSH, peralatan tangan ini mesti disimpan (diletakkan) dalam tempat khususnya untuk mengelakkan sebarang kecederaan jika terjatuh, terpijak dan sebagainya. Biasanya peralatan ini mempunyai bahagian tajam yang berisiko mencederakan pengguna atau mereka yang terdedah dengannya.

Dalam Housekeeping 5S (Seiketsu - standardizing), peralatan tangan ini mesti disimpan (diletakkan) dalam tempat khususnya untuk memudahkannya ia diambil (diguna) semula.

Syabas kepada pihak penjara yang secara dasarnya telah mempunyai beberapa pendekatan OSH ini bersesuaian dengan piagam mereka di antara lain ialah menyediakan tempat kurungan yang selamat untuk penghuninya.

Secara tidak langsung piagam ini adalah pematuhan (compliance) kepada Seksen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) yang mewajibkan majikan (dalam konteks ini Jabatan Penjara Malaysia) menyediakan dan menyenggarakan tempat kerja yang selamat dan sihat (dalam konteks ini bengkel kerja banduan) kepada pekerja mereka (dalam konteks ini banduan dan warder bertugas) dan juga mereka selain dari pekerja (dalam konteks ini pegawai penjara, pelawat seperti saya pada hari semalam dan sebagainya).

En. Jais Suratman dan pegawai-pegawainya dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Negeri Kedah (saya difahamkan telah lima kali melawat dan membuat pemeriksaan/audit di penjara ini pada tahun 2009/2010) tentu akan bersetuju dengan salah satu pematuhan yang telah dibuat oleh pihak penjara ini.

Tidak dinafikan juga terdapatnya ruang-ruang untuk penambahbaikan (rooms for improvement) dan insya-Allah kami yang telah diamanahkan oleh Jabatan Penjara Malaysia akan membantu menambahbaikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di dalam penjara.

Kesungguhan Jabatan Penjara Malaysia khususnya dari Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar sendiri dalam ke arah perlaksanaan OSH in Prison ini sepatutnya menjadi teladan jabatan-jabatan lain terutamanya pihak berkuasa beruniform.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Friday, January 14, 2011

Skilled driver or risk driver?


Skilled driver or risk driver?

Clip video di atas (klik pada link) menunjukkan kemahiran (skilled driver?) seorang pemandu lori dengan muatannya dan juga trailer, membuat pusingan-U di tepi tebing bukit.

Adakah pemandu ini seorang yang mahir (skilled driver) atau seorang pemandu yang berisiko (risk driver?)

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

*Clip video ini diterima melalui email

Thursday, January 13, 2011

Krisis bekalan minyak masak – Realiti atau dirancang? Jangan berjangkit kepada OSH pula!


Krisis bekalan minyak masak – Realiti atau dirancang? Jangan berjangkit kepada OSH pula!

Negara kita Malaysia kini mengalami krisis bekalan minyak masak. Negara kita yang dikenali sebagai pengeksport utama minyak sawit dikatakan mengalami krisis ketiadaan bekalan minyak sawit.

Tan Sri Dr. Yusof Basiron, CEO Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) semasa diwawancara dengan Business Times Oktober 2010 lalu, memaklumkan eksport minyak sawit Malaysia dijangka meningkat 20 peratus dan memcecah RM60 Billion disebabkan purata harganya yang tinggi dan peningkatan di dalam permintaan global.

Data Lembaga Minyak Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan pengeksport minyak sawit mengeskport hampir 11 juta tan minyak sawit untuk kegunaan industry makanan dunia.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) menganggarkan jumlah penggunaan minyak masak sebulan adalah sekitar 70,000 tan metrik.

Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Saberi Yaakob berjanji adanya tambahan bekalan 14,000 tan metrik menjadikan 84,000 tan metrik minyak masak pada bulan Januari ini.

Demikianlan senario krisis minyak di sebalik kemampuan Malaysia sebagai Negara utama pengesport minyak sawit.

Sebagai Negara ketiga yang sering dialpakan atau didiskriminasikan oleh Negara-negara maju, Malaysia seolah-olah “tiada masalah” untuk dijadikan mangsa krisis-krisis sebegini.

Sebagai contoh dalam perundangan sedia ada (Akta Kilang dan Jentera 1967) berkaitan Dedahan Bunyi (Noise Exposure), tahap dedahan (PEL) yang dibenarkan di Malaysia ialah 90 dB(A) jika dibandingkan di Eropah di mana bacaan PEL nya ialah 85 dB(A). Walaupun perbezaannya hanyalah lima unit tetapi harus diingatkan lima unit ini adalah berdasarkan log 10.

Saya ingin mengupas isu krisis ini dengan menggunakan analogi bapa saya yang mendidik kami tiga beradik semasa kecil. Analogi bapa saya mudah sahaja, hanya ada satu standard di dalam rumah kami. Mungkin terpengaruhi dengan disiplin yang tinggi dalam tentera, begitulah bapa mendidik kami dengan tegas.

Mungkin ada kecacatan dalam analogi bapa ialah tiada penjelasan (yang mendalam) setiap arahan atau tindakan yang diambilnya.

Pendekatan hanya satu standard ini digunapakai dalam semua perkara. Ketika dewasa dan melangkah alam pekerjaan barulah saya menghargai pendekatan satu standard bapa saya ini. Semasa kecil memang sayalah yang paling membencinya ketika itu.

Saya bagi dua contoh pendekatan satu standard bapa saya yang berkaitan dengan kualiti dan OSH.

Bapa memastikan kami semua menggunakan pinggan makan yang sama untuk makan. Tiada pinggan khas pyrex, arcopal atau melamine yang tersimpan dalam almari hiasan yang digunakan khusus untuk tetamu. Kalau tetamu yang datang dihidang dengan pyrex, kami sekeluargapun akan makan dengan pinggan pyrex yang sama juga pada hari-hari biasa.

Begitu juga bapa pantang kalau kami tiga beradik makan cebisan kuih yang rosak semasa dibuat oleh emak atau nenek. Kalau hendak makan, makan kuih yang sempurna sifatnya seperti mana kuih yang hendak dihidangkan kepada tetamu.

Mungkin sekali pandang, ianya pembaziran kalau tidak dimakan cebisan kuih-kuih yang rosak ini. Walaupun tanpa penjelasan ketika itu, saya yakin itulah dalam pendekatan secara Do It Right The First Time (DRIFT) yang disering disarankan oleh guru-guru kualiti masa kini.

Manakala dalam OSH pula (sudah tentu pada ketika itu bapa hanya menyebut keselamatan), kami tiga beradik tidak memiliki kasut khusus untuk pergi berlibur ataupun untuk berhari raya. Kasut atau selipar yang sama kami gunakan seharian adalah yang sama disarung untuk untuk pergi berlibur atau dipakai pada hari raya. Mungkin juga faktor kewangan, tetapi bapa memastikan kasut dan selipar yang akan kami gunakan harian adalah sebaik mungkin dan tidak membenarkan kami menggunakannya jika ianya rosak atau tapak sudah haus.

Pendekatan ini rupanya mendekatkan lagi saya kepada tanggungjawab saya sebagai pengamal OSH ketika ini. Malah saya turut memperkenalkan beberapa peraturan di tempat kerja (lebih kepada panduan) supaya penunggang motosikal yang berulang-alik dari rumah ke tempat kerja memakai kasut keselamatan. Sebelumnya ramai penunggang motosikal ini hanya berselipar dan mula menyarung kasut keselamatan mereka (yang disimpan dalam almari pekerja) apabila hendak melangkah masuk ke kawasan kerja.

Walaupun tidak pernah diluahkan oleh bapa, bagi saya bapa dengan tegas ingin memperkatakan KUALITI dan OSH (keselamatan) itu hanya ada satu standard. Hendak mematuhinya (melaksanakan) atau tidak. Tiada standard yang 50/50 ataupun standard yang boleh membenarkan ada orang (pihak) tertentu boleh atau tidak mematuhinya, bertangguh dan sebagainya.

Apa hubungannya analogi bapa saya mengenai hanya satu standard dalam pelaksanaan kualiti dan OSH dengan krisis bekalan minyak masak kini?

Bapa saya sudah uzur sekarang keadaannya. Tapi saya pasti kalau ditanya pendapatnya, dia akan tegas menyatakan rakyat Malaysia berhak malah lebih berhak (dari pengguna di luar negara) menggunakan minyak masak yang diwar-warkan untuk dieskport supaya Negara berterusan dikenali dengan Negara utama pengeskport minyak sawit.

Apa guna Negara terkenal dengan sebagai Negara utama pengeskport minyak sawit tetapi rakyatnya menghadapi krisis bekalan minyak masak?

Harap-harap krisis sebegini tidak berjangkit kepada OSH pula!

Rakyat atau pengunjung asing diberi pelbagai keistimewaan perlindungan keselamatan dan kesihatan tetapi pada masa yang sama rakyat Malaysia dibezakan perlindungan ini.

Contoh yang ketara ialah prosedur yang ketat untuk melepasi imigiresen Australia terhadap pelancong luar (termasuk dari Malaysia) yang membawa makanan dan tumbuhan untuk melindungi tanaman mereka. Adakah di Malaysia adanya prosedur seketat sebegini untuk pelancong luar? Kita juga mempunyai tanaman untuk dipelihara.

Terima kasih kepada bapa yang mengajar saya hanya ada satu standard dalam kualiti dan OSH.

Terima kasih bapa!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Jika berkesempatan, analogi yang sama saya berkongsi dengan pelajar-pelajar saya di dalam kelas.

Sunday, January 9, 2011

Fyling Fox Vs Industrial Sling Belt

Fyling Fox Vs Industrial Sling Belt

Saya baru menerima email berikut dari seorang kenalan yang sama-sama menjayakan satu kejohanan antarabangsa Eco Challenge.

Tiada sebarang edit kecuali memadamkan namanya yang tidak mahu dikenali, saya siarkan emailnya.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Salam En. Lukman.

Nama saya (beliau tidak mahu dikenali). Saya adalah salah seorang yang terlibat dalam National Geography Action Asia Challenge 2003 di Bukit Merah Lake Town di mana En. Lukman sebagai Pengarah Logistik Pertandingan ketika itu. Syarikat Consultant (dari KL) yang saya bekerja ketika itu ditugaskan untuk menyelia peserta dalam pertandingian abseiling. Kini saya menyertai KBBS sebagai Freelance Fitness Trainer.

Saya bersetuju dengan pandangan En. Lukman (tidak saya sangka En. Lukman adalah pensyarah OSH!) yang mengaitkan tiada penyenggaraan punca kemalangan. Bagaimanapun saya ingin membuat sedikit ulasan mengenai aktiviti flying fox ini.

Secara asasnya flying fox ini berisiko tetapi ianya boleh disesuaikan untuk sebarang peringkat umur. Syarikat saya pernah menyediakan flying fox untuk digunakan oleh murid-murid tabika berumur 5 dan 6 tahun di KL. Boleh rujuk Table 1 berikut untuk kesesuaian jarak tunggangan yang sesuai untuk peringkat umur.


Tulisan En. Lukman lebih menjurus kepada penggunaan Sling Belt di industri. Manakala flying fox ini menggunakan pelbagai peralatan. Bermula dari kabel yang digunakan samada dari Stainless Steel atau Galvanized. Kabel ini pula diikat (fixed installation) kepada flatform atau pokok.

Sudut turunan dari satu point ke satu point lain juga akan mempengaruhi kelajuan pengguna. Biasanya sudut ini direka supaya kelajuan sekitar 20 meter per saat.

Biasanya peserta menggunakan Tandem Trolley iaitu 20 in. handel pemegang berbentuk-T pada kabel flying fox ini. Handel ini diperbuat dari solid one-piece steel yang asalnya direka untuk peralatan mengangkat berat.

Tandem Trolley ini dilengkapi dengan pivot locking mechanism yang berfungsi menghalang pemegang ini terkeluar dari kabel apabila digunakan. Pada Tandem Trolley ini mempunyai steel ball bearing yang mampu meluncur dengan lancar. Manakala kekuatan membreknya adalah sekitar 6,000 kg.

Di antara Tandem Trolley ini dengan kabel ada penyangkut optional boleh berputar dikenali sebagai Swivel. Bagaimanapun penggunaan Swivel tidak sesuai untuk Mini Fun Ride (bawah 10 tahun).

Penggunaan Swivel memerlukan Safety Clips (dua unit) untuk menghubungkan kepada Line System.

Untuk flying fox fun ride ada yang menggunakan Bakul Rotan ataupun buaian biasa. Pengunaan sebegini tidak digalakkan kerana bahan yang digunakan mungkin tidak tahan (tidak lasak). Untuk fun ride ada buaian yang sesuai mengunakan “injection molded seat”.

Biasanya peserta menggunakan Body Harness sama ada full atau partly. Untuk kanak-kanak ada disyorkan Padded Line Seat (max. 50 kg.)

Full Body Harness lengkap dengan leg loops, waist belt dan tie-in point. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dengan flying fox disyorkan menggunakan Auto-locking Buckles untuk mengurangkan risiko salah/silap memasang Harness ini.

Aksesori lain ialah strap (seperti Sling Belt) sama ada jenis statik (tidak boleh ubahsuai panjang) atau Adjustable Strap. Biasanya berat sekitar 300 gram dengan kekuatan 19kN untuk jenis bolehubah dan 35kN untuk jenis statik.

Untuk Safety Clip pula perlu dari jenis yang boleh dikunci dan Autolocking. Disyorkan jenis aluminium dengan kekuatan sekitar 20kN long axis, 8 kN gat open, dan 10 kN short axis.

Penggunaan Topi Keselamatan juga boleh mengurangkan kecederaan kepala. Dikenali sebagai CPU Helmet (Cranial Protection Unit) dilengkapi dengan shell luar dari bahan ABS dan fully adjustable suspension.

Penggunaan Sarung Tangan yang diperkuatkan dengan bahan Kevlar boleh mengurangkan kecederaan.

Di Europe flying fox juga dikenali sebagai Zip Line. Ini ada satu link untuk rujukan http://www.wizzfox.com.au/wizzfox-installation.html

Jumpa lagi.

Tali flying fox putus - tanpa penyenggaraan pasti kemalangan




Tali flying fox putus - tanpa penyenggaraan pasti kemalangan

Tragedi yang berkaitan dengan riadah persekolahan berulang kembali. Pada 26 Oktober 2009 tiga pelajar mati akibat Jambatan Gantung yang merintangi Sungai Kampar itu runtuh semasa mereka bersama 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan di situ.

(Setelah menunggu hampir dua bulan, hasil dari jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang menyiasat kes jambatan gantung runtuh di Pusat Ko-kurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan mendapati sebab utama keruntuhan adalah berpunca daripada kegagalan blok konkrit tambatan di "Pylon A" untuk menampung beban tambahan dari "back-stayed cable". Titian gantung yang dibina hasil sumbangan pihak swasta itu didapati tidak berasaskan kepada kod rekabentuk kejuruteraan dan spesifikasi kerja yang baik. )

Semalam, 9 Januari 2011, Goh Swee Khin 14 tahun pelajar Tingkatan Dua mengetuai sekumpulan pengakap di sekolahnya mengadakan latihan flying fox menemui ajalnya apabila dia maut dihentam takal besi pada tali yang sedang dipasang.

Goh Swee Khin adalah pelajar yang aktif dengan aktiviti kokurikulum, ketika itu bersama kira-kira 40 rakannya di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Hua Lian, di Taiping, menyertai program perkhemahan pengakap.

Apakah tragedi ini sama dengan dengan tragedi jambatan gantung runtuh di Sungai Kampar?

Seperti biasa kita kena menunggu untuk tempoh tertentu bagi membolehkan pihak yang berkenaan membuat siasatan bagaimana kemalangan ini boleh terjadi.

Bolehkah kemalangan (tali flying fox putus) sebegini boleh atau mampu dielakkan? Bagaimana dan kenapa tali flying fox tersebut boleh putus?

Saya akui saya tidak biasa dengan spesifikasi tali flying fox ini tetapi pengalaman saya berurusan dengan “material handling” menggunakan sling belt (juga dikenali dengan Tie Down Straps) boleh dikongsi sama oleh pengusaha-pengusaha tempat riadah yang mempunyai tali flying fox dan seumpamanya.

Kebanyakan tali sling belt diperbuat dari flexible, durable materials seperti kulit, nylon, polyester, atau resin-coated polymers. Kesemua bahan ini mempunyai hayatnya tersendiri. Hayat sesuatu sling belt ini biasanya dinyatakan oleh pengeluar masing-masing mengikut beban selamat digunakan (Safe Work Load). Biasanya tempoh hayat sling belt adalah sekitar 2 tahun. Namun begitu banyak pengeluar yang telah meningkatkan tempoh hayatnya (safety factor) sehingga 5 tahun tetapi bergantung kepada keputusan pemeriksaan sebelum penggunaannya. Tempoh hayat ini pula akan merosot jika sling belt ini dibiarkan terdedah kepada persekitaran. Seperti tali flying fox dan tali jambatan gantung yang dibiarkan terdedah kepada persekitaran panas dan hujan setiap hari.

Sling belt perlu menjalani pemeriksaan setiap kali sebelum penggunaan. Pemeriksaan ini perlu dan penting untuk mengesan sebarang tanda kegagalan akibat kecacatan pengeluar dan penggunaan (wear and tear).

Di samping pemeriksaan sebelum pengunaan, pemeriksaan berkala (atau penyenggaraan berkala – preventive maintenance) juga perlu dilakukan. Pemeriksaan sebegini perlulah dilakukan secara pemeriksaan visual dan juga pemeriksaan mengikut spesifikasi dalam buku panduan (manual).

Selain buku panduan atau helaian panduan yang dibekalkan oleh pengeluar, setiap sling belt juga dilengkapkan dengan tag maklumat dan data keselamatan.

Pihak berkenaan atau pihak berkuasa akan mengeluarkan laporan siasatan berkaitan dengan kemalangan maut flying fox ini. Apa yang pasti kemalangan sebegini (jika disahkan berpunca dari tali flying fox yang putus) sudah pasti antara penyumbangnya ialah kegagalan pihak pengusaha tempat riadah ini untuk menyenggarakan tali flying fox ini, kecuali jika ada unsur-unsur kianat atau sabotaj.

Bolehkan kita atau waris kepada mangsa ini mengambil tindakan (atau menyaman) pengusaha tempat riadah ini dengan berpandukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) Seksyen 15 kerana kegagalan majikan (pengusaha tenpat riadah) ini menyediakan dan meyenggarakan tempat kerja yang selamat untuk pekerjanya (dan orang lain selain dari pekerjanya)?

Di bawah ini saya sertakan beberapa makluman berkaitan sling belt dan juga peralatan “material handling” seumpamanya,



When should you inspect chain slings?

• Inspect chain slings every working day. Check for visible faults in links and hooks.

How should you check chain slings during the periodical inspection?

A competent person should inspect chain slings periodically, according to the manufacturer's recommendations. For record keeping purposes it is useful if each chain has a metal tag with an identification number and load limit information. Information about the chain length and other characteristics and a inspection schedule should recorded in a log book.

• Clean sling before inspection.
• Hang the chain up or stretch the chain out on a level floor in a well-lighted area. Remove all twists. Measure the sling length. Discard if a sling has been stretched.
• Make a link-by-link inspection and discard if:



• Check master link, load pins and hooks for any of the above faults. Hooks should be removed from service if they have been opened more than 15% of the normal throat opening, measured at the narrowest point, or twisted more than 10?from the plane of the unbent hook.

• Manufacturers' reference charts show sling and hitch capacities. Record manufacturer, type, load limit and inspection dates.

How should you use chain slings safely?

• Find out load weight before lifting.
• Lower working a load limit if there may be severe impact.
• Balance the load to avoid overstress on one sling arm or the load slipping free.
• Pad sharp corners to prevent bending links.
• Replace broken safety latches.
• Reduce the load limit when using chain in temperatures above 425.
• Keep hands and fingers from between load and chain.
• Store chain sling arms on racks in assigned areas.

What should you avoid using chain slings?

• Avoid impact loading: do not jerk the load when lifting or lowering the sling. This increases the actual stress on the sling.
• Do not drag chains.
• Do not splice a chain by inserting a bolt between two links.
• Do not shorten a chain with knots or by twisting.
• Do not force a hook over a link.
• Do not use homemade connections. Use only attachments designed for the chain.
• Do not heat treat or weld chain links: the lifting capacity will be reduced drastically

GENERAL REQUIREMENTS AND INSPECTION CRITERIA FOR SLINGS

Safe operating practices (OSHA 1910.184) - Whenever any sling is used the following practices shall be observed

1. Slings that are damaged or defective shall not be used.
2. Slings shall not be shortened with knots or bolts or other makeshift devices.
3. Sling legs shall not be kinked.
4. Slings shall not be loaded in excess of their rated capacities.
5. Slings used in a basket hitch shall have the loads balanced to prevent slippage.
6. Slings shall be securely attached to their loads.
7. Slings shall be padded or protected from the sharp edges of their loads.
8. Suspended loads shall be kept clear of all obstructions.
9. All employees shall be kept clear of loads about to be lifted and of suspended loads.
10. Hands or fingers shall not be placed between the sling and its load while the sling is being tightened around the load.
11 Shock loading is prohibited.
12. A sling shall not be pulled from under a load when the load is resting on the sling.

Inspections - Each day before being used, the sling and all fastenings and attachments shall be inspected for damage or defects by a competent person designated by the employer. Additional inspections shall be performed during sling use where service conditions warrant. Damaged or defective slings shall be immediately removed from service.

REMOVAL CRITERIA

Wire Rope Slings (ASME B30.9) - A wire rope sling shall be removed from service if conditions such as the following are present:

1.Missing or illegible sling identification.
2. Broken Wires:

*For strand-laid and single-part slings, ten randomly distributed broken wires in on rope lay, or
five broken wires in on stand in one rope lay.
*For cable-laid slings, 20 broken wires per lay.
*For six-part braided slings, 20 broken wires per braid
*For eight-part braided slings, 40 broken wires per braid.

3. Severe localized abrasion or scraping.4. Kinking, crushing, bird caging, or any otherdamage resulting in damage to the rope structure.
5. Evidence of heat damage
6. End attachments that are cracked, deformed, or worn to the extent that the strength of the sling is substantially affected.
7. Severe corrosion of the rope, end attachments, or fittings.
8. for hooks, removal criteria at stated in ASME B30.10.
9. Other conditions, including visible damage, that cause doubt as to the continued use of the sling.

Nylon Web Slings (ASME B30.9) - A synthetic webbing sling shall be removed from service if conditions such as the following are present

1. Missing or illegible sling identification.
2. Acid or caustic burns.
3. Melting or charring of any part of the sling.
4. Holes, tears, cuts, or snags.
5. Broken or worn stitching in load bearing splices.
6. Excessive abrasive wear.
7. Knots in any part of the sling.
8. Discoloration and brittle or stiff areas on any part of the sling, which may mean chemical or ultraviolet/sunlight damage.
9. Fitting that are pitted, corroded, cracked, bent, twisted, gouged, or broken.
10. For hooks, removal criteria as stated in ASME B30.10
11. Other conditions, including visible damage, that cause double as to the continued use of the sling.

Polyester Round Slings (ASME B30.9) - A synthetic round sling shall be removed from service if conditions such as the following are present:

1. Missing or illegible sling identification.
2. Acid or caustic burns.
3. Evidence of heat damage.
4. Holes, tears, cuts, abrasive wear, or snags that expose the core yarns.
5. Broken or damaged core yarns.
6. Weld splatter that exposes core yarns.
7. Round slings that are knotted.
8. Discoloration and brittle or stiff areas on any part of the slings, which may mean chemical or ultraviolet/sunlight damage.
9. Fitting that are pitted, corroded, cracked, bent twisted, gouged, or broken.
10. For hooks, removal criteria as stated in ASME B30.10
11. Other conditions, including visible damage, that cause double as to the continued use of the sling.

Alloy Steel Chain Slings(ASME B30.9) - An alloy steel chain sling shall be removed from service if conditions such as the following are present:

1. Missing or illegible sling identification.
2. Cracks or breaks
3. Excessive wear, nicks, or gouges.
4. Stretched chain links or components
5. Bent, twisted, or deformed chain links or components.
6. Evidence of hear damage.
7. Excessive pitting or corrosion.
8. Lack of ability of chain or components to hinge (articulate) freely.
9. Weld splatter.
10. For hooks, removal criteria as stated in ASME B30.10
11. Other conditions, including visible damage, that cause double as to the continued use of the sling.

Wire Mesh Slings (ASME B30.9) - A metal mesh sling shall be removed from service if conditions such as the following are present:

1. Missing or illegible sling identification.
2. Broken weld or a broken brazed joint along the sling edge
3. Broken wire in any part of the mesh.
4. Reduction in wire diameter of 25% due to abrasion or 15% due to corrosion.
5. Lack of flexibility due to distortion of the mesh.
6. Distortion of the choker fitting so the depth of the slot is increased by more that 10%
7. Distortion of either end fitting so the width of the eye opening is decreased by more than 10%
8. A 15% reduction of the original cross-sectional area of any point around the hook opening of the end fitting.
9. Visible distortion of either end fitting out of its plane.
10. Cracked end fitting.
11. Slings in which the spirals are locked or without free articulation shall not be used.
12. Fitting that are pitted, corroded, cracked, bent, twisted, gouged, or broken.
13. Other conditions, including visible damage, that cause doubt as to the continued use of the sling.

Saturday, January 1, 2011

Alat Pemadam Api di setiap gerai


Alat Pemadam Api di setiap gerai

Semasa membeli-belah di Beijing 2 minggu lepas, saya perhatikan kesemua gerai tidak kira sama ada di Pusat Membeli Belah ala Shopping Kompleks ataupun di gerai-gerai pinggir jalan mesti terdapat sekurang-kurangnya satu Alat Pemadam Api Mudah Alih.

Walaupun Alat Pemadam Api ini hanya diletak di hadapan kedai atau gerai (tidak disangkut seperti sepatutnya), langkah menyediakan alatan mula melawan kebakaran ini patut dipuji.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Cerita lanjut di sini.