Wednesday, May 19, 2010

OSH at design stage








OSH at design stage

OSH at design stage atau mengaplikasi elemen OSH semasa di peringkat rekabentuk adalah satu amalan terbaik dalam menyediakan pasarana tempat kerja.

Saya pernah menulis berkenaan kempen yang boleh dianggap berjaya dilakukan oleh Hospital
Daerah Taiping untuk mengalakkan pelawat atau penghujung ke Ward Pesakit dengan menaiki tangga. Walaupun idea utamanya untuk mengurangkan kesesakan pengguna lift, tumpuannya boleh disampingkan untuk mengalakkan orang ramai untuk bersenam.

Tetapi perlu dingatkan kenapa ramai yang tidak suka menggunakan tangga? Suasana tangga yang malap dan kadangkala gelap gelita boleh menyeramkan dan menakutkan pengguna.

Rekabentuk menggunakan cermin sebagai penganti dinding konkrit pada bahagian dinding tangga ini adalah satu penyelesaian kepada kekurangan pencahayaan ini terutamanya di waktu siang. Pada masa yang sama rekabentuk sebegini boleh menjimatkan penggunaan elektrik.

Perlu juga diingatkan, berdasarkan pemerhatian saya ke beberapa bangunan terutama pejabat kerajaan sebagai contoh bangunan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Perak di Ipoh, memang diamalkan rekabentuk dinding tangga yang menggunakan cermin tetapi tiada sebarang palang pengadang padanya. Malah lebih membimbangkan saya cermin tersebut juga boleh dibuka dari bahagian paras lantai tangga!

Berbeza dengan dinding cermin yang dipasang di bangunan Intan Wilayah Utara di Sungai Petani seperti gambar-gambar di atas. Dinding cermin di susur tangga di sini lengkap dengan palang pengadang.

Bagaimanapun saya rasa palang pengadang ini bukanlah rekaan asal semasa pembinaan, kemungkinan besar pada pandangan saya ianya ditambah selepas pembinaan siap. Apapun kepada arkitek-arkitek atau pemaju-pemaju bangunan yang merancang untuk menggunakan dinding cermin di bahagian susur tangga ataupun di bahagian dinding yang lain, jangan lupa terhadap palang pengadang ini, melainkanlah lapisan kaca cermin yang digunakan seteguh dan setahan dinding konkrit batu.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com

No comments:

Post a Comment