CPL & Ergonomik - perdekatan dosmetik & peribadi
Secara umumnya Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA) mengecualikan skop liputannya di domestik. Walaupun begitu pendekatan akta, peraturan, panduan dan seumpamanya ini boleh diaplikasikan secara pendekatan kendiri di domestik dan peribadi. Begitu juga dengan perkara-perkara keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang lain.
Antara perdekatan yang diamalkan oleh saya ialah peraturan CPL (The Classification, Packaging and Labeling (CPL) Regulations 1997) dan ergonomik.
Contoh yang paling mudah (ramai yang menganggap ini perkara mudah dan remeh!) ialah perdekatan CPL dan ergonomik pada kotak yang digunakan untuk mengangkat dan perjalanan.
Biasanya semua kotak-kotak yang saya gunakan semula untuk pengisian barangan akan dilabelkan mengikut kategori barangan yang disimpan. Saya memilih dua jenis kotak kertas photostat dari jenama Double A atau Indah Kiat di mana material yang dgunakan untuk membuat kotak-kotak jenis Double A dan Indah Kiat ini lebih tahan daripada kotak jenama lain.
Sekiranya saya menggunakan kotak-kotak ini semasa penerbangan, saya akan pastikan ianya dilabelkan lengkap seperti berikut;
1. Nama dan nombor telefon bimbit saya,
2. Nama, alamat dan nombor telefon destinasi saya (hotel dan sebagainya),
3. Tarikh, masa dan nombor penerbangan pergi dan balik, dan
4. Jenis barangan dalam kotak. Biasanya untuk kertas peperiksaan saya akan labelkan sebagai; PRINTED/PRINTING DOCUMENT.
Untuk kemudahan membawanya (dari segi ergonomik), semua kotak-kotak ini saya akan membuat ruang jari untuk mengenggam. Ruangan ini hendaklah ditebuk (dipotong) menggunakan pisau pemotong kertas yang tajam untuk mengelakkan bahagian hujung ruang jari terpotong berlebihan. Ini mengelakkannya mudah terkoyak. Ianya juga boleh diperkuatkan dengan lekatan masking tape di sekeliling ruang jari ini.
Akhir sekali untuk keselamatan dokumen di dalam kotak, saya akan membalutnya dengan plastik. Kalau helaian yang sedikit, saya akan memilih plastik yang berzip (zipper plastic bag) yang bersaiz A4. Kalau helaian tebal dan banyak, saya akan membalutnya dengan dengan plastik sampah yang lutsinar.
Perdekatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini sebenarnya bukanlah terzahir pada diri saya setelah bekerja di dalam lapangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini. Ianya bermula lebih awal lagi oleh perdekatan yang dilakukan oleh ayah saya sendiri. Kisahnya ada saya catatkan dalam blog OKOB saya.
Sebenarnya Permanent Marker Pen Artline 70 dan Masking Tape inilah antara benda yang mesti ada pada bapa saya. Mungkin saya menambahkan dua benda lagi iaitu pelekat lutsinar (lebih kuat dari masking tape) dan zipper bag.
Kesimpulannya; tidak bererti sekiranya pendekatan akta, peraturan, panduan dan seumpamanya serta perkara-perkara keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang lain hanya digunakan oleh pengamal-pengamal OSH di tempat kerja sahaja.
Ianya lebih bermakna sekiranya boleh diaplikasikan dan dimanfaat secara pendekatan kendiri di domestik dan peribadi.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Sekadar renungan bersama; ada sesiapa di kalangan pengamal-pengamal OSH ini melengkapkan peralatan seperti berikut di dalam rumah kendiaman mereka:
1. Alat pemadam api mudah aleh,
2. Alat pengesan asap mudah aleh,
3. Lampu kecemasan (emergency light) dinding, dan
4. Lain-lain alat keselamatan
No comments:
Post a Comment