Wednesday, July 29, 2009

Malam Ahad gempar di Changlung. 20 ribu pelajar bertempiran!


Malam Ahad gempar di Changlung. 20 ribu pelajar bertempiran!

Semenjak saya mula mengenali MKN Arahan 20 awal 2000, saya merasai kebimbangan setiap kali festival yang menghimpunkan ramai orang akan diadakan. Contohnya berita tragedi Jeti Feri Pengkalan Sultan Abdul Halim (gambar-gambar di atas) di Butterworth seolah-olah baru dibaca dalam akhbar. Secara kebetulan pula, saya sering terlibat dalam penganjuran acara atau aktiviti yang kadangkala melibatkan perhimpunan puluhan ribu orang.

Sabtu lepas apabila “berkongsi-sesak” hotel di Seberang Prai dengan rakyat Malaysia yang akan menyambut perayaan St. Anne di Bukit Mertajam mengingatkan saya kembali kepada tragedi jeti ini. Saya juga difahamkan pada hari yang sama hotel-hotel sejauh Taiping dan Ipoh juga telah penuh ditempah oleh penyambut-penyambut St. Anne ini terutama dari Singapura!

Kepada yang mereka tidak tahu atau ingat-ingat lupa mengenai tragedi jeti ini, ingin saya ingatkan bahawa bencana ini berlaku semasa perayaan St. Anne disambut pada tahun 1988 iaitu tarikh 31 Julai 1988 (setiap tahun di akhir hujung minggu pada bulan Julai)

Walaupun pihak pengurusan jeti ketika itu sedia maklum akan limpahan pengunjung ini yang akan mengujung ke Georgetown setelah selesai acara sambutan St. Anne, tidak banyak langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh mereka.

Dalam proses HIRARC, skop kerja dibahagikan kepada tiga iaitu Normal, Abnormal dan Emergency. Sekiranya berlaku perubahan (any changes) dalam skop kerja Normal, biasanya hazad dan risiko skop kerja tersebut akan bertukar ke skop kerja Abnormal. Sekiranya pengkhususan HIRARC (pada skop kerja Normal) tidak ditukar (disesuaikan) selari ke skop kerja Abnormal, kemungkinan besar bencana (disaster) akan berlaku. Inilah yang berlaku kepada tarikh 31 Julai 1988 itu yang mengakibatkan 32 kematian dan 1,,674 orang tercedera.

Berbalik kepada tajuk posting kali ini.

Sekitar 5 petang Ahad keesokan harinya saya mula dihujani panggilan telefon oleh pelajar-pelajar dan juga ibubapa pelajar undergraduate UUM yang kebetulan mengenali saya bertanyakan tentang perkhabaran kampus UUM akan ditutup seminggu untuk membendung penyebaran epirdemik H1N1. Saya tidak terus memberi jawapan kepada pemanggil pertama dan menghubungi pejabat serta memeriksa email. Staf pejabat yang dihubungi (beliaupun sudah keluar pejabat ketika itu) tidak dapat memberi pengesahan kerana tiada makluman sah (email) dari pengurusan. Rupanya email hanya dikeluarkan selepas waktu sekitar jam 5.30 petang.

Pukul 6 petang, handphone saya seolah-olah kaunter pasaran saham! Deringan tidak putus-putus bertanyakan satu lagi perkhabaran mengatakan kalau kampus tidak dikosongkan sebelum jam 8 malam, penghuni-penghuninya akan dikurantinkan selama seminggu. Saya yakin ini hanyalah khabar angin tetapi saya menelefon berapa sumber untuk menentusahkannya juga. Ternyata ini adalah semata-mata khabar angin!

Bagaimanapun pelajar-pelajar menganggapkan ianya perkhabaran sebenar. Maka terjadilah suasana yang kelam-kabut di dalam kampus dan sekitar Changlung. Bayangkan hampir 20 ribu pelajar yang bergegas keluar serentak dari kampus. Pekan Changlung menjadi riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Mujurlah setakat ini saya tidak lagi mendengar apa-apa berita buruk kemalangan dan seumpamanya akibat perkhabaran angin tersebut.

Seperti biasa ada yang menangguk di air keruh! Ada yang mengambil kesempatan di atas kejadian ini. Teksi-teksi sapu dan kereta-kereta persendirian lain umpamanya menawarkan perkhidmatan ”cekik darah” membawa pelajar-pelajar dari Sintok ke Changlung malah ada yang sanggup menghantar hingga ke Alor Setar!

Apa yang sebenarnya yang harus dilakukan oleh pihak berkuasa atau yang bertanggungjawab untuk menangani perkhabaran angin sebegini?

Dalam dunia berteknologi tinggi dan komunikasi tanpa sempadan ini, khabar-khabar angin sebegini lebih pantas disebarkan melalui teknologi handphone, sms dan email jika dibandingkan dari mulut-ke-mulut.

Untuk menanganinya juga, teknologi yang sama boleh digunakan. Berikut adalah beberapa cadangan penyelesaian;

1. Email awal mengenai sesuatu pengumuman mitigasi perlu lengkap dengan nombor telefon dan handphone kecemasan 24 jam yang boleh dihubungi untuk mendapatkan makluman lanjut ataupun sebarang pengesahan lanjut;

2. Email atau sebaran menggunakan media lain perlu lengkap dengan langkah-langkah mitigasi ini. Umpamanya, perlu juga dimaklumkan pengangkutan (dan percuma jika perlu) akan disediakan jika ada langkah-langkah pemindahan dan sebagainya.

3. Sekiranya makluman hanya dapat dikeluarkan selepas waktu pejabat, pihak berkuasa atau pihak bertanggungjawab mestilah membuat pengumuman secara langsung dari asrama ke asrama dengan menggunakan perkhidmatan bergerak pihak sekuriti umpamanya;

4. Pihak berkuasa atau pihak bertanggungjawab perlu bersedia lebih awal dengan senarai pengedaran nombor-nombor handphone (distribution lists) pemimpin pihak hadapan (front line leader) seperti dekan, pensyarah, pentadbir, sekuriti, pengetua dan felo asrama, pemimpin pelajar. Mereka ini perlu dimaklumkan segera melalui sms sebarang makluman terkini;

5. Pemimpin pihak hadapan (front line leader) ini pula bertanggungjawab memaklumkan kepada mereka yang disekelilingnya atau di bawah tanggungjawabnya;

6. Ada pelajar yang memaklumkan saya mereka mendapat perkhabaran dari pihak sekuriti sendiri. Pihak berkuasa atau pihak bertanggungjawab mestilah memastikan anggota mereka menentusahkan sebarang makluman sebelum disebarkan. Jika ragu-ragu, perlu ditentusahkan dahulu!

7. Pelajar-pelajar malah semua kakitangan perlu dimaklumkan lebih awal mengenai sebarang perkhabaran perlu ditentusahkan sebelum dipercayai. Sila dan sentiasa rujuk kepada pihak berkuasa atau pihak bertanggungjawab;

8. Pelajar-pelajar dan kakitangan juga dilarang menyebarkan (forward) sebarang perkhabaran melalui dan handphone, sms atau email sekiranya tidak dapat ditentusahkan kesahihannya dahulu. Seorang pengamal undang-undang pernah memaklumkan kepada saya, jika anda menerima sebarang berita melalui handphone, sms atau email, anda membaca dan tidak pasti sama ada ianya benar atau palsu, tidaklah menjadi kesalahan jika anda hanya membacanya. Berbeza sebaliknya jika anda mengedarkan (forward) berita tersebut, ianya akan menjadi kesalahan jika berita tersebut adalah palsu ataupun berita tersebut boleh menyebabkan sebarang kejadian yang tidak diingini (walaupun ianya berita benar). Sekiranya anda menyimpan berita tersebut (dalam inbox sms atau email), ianya bergantung kepada polisi organisasi yang anda bekerja. Sebagai contoh kebanyakan organisasi tidak mengekatogerikan penerima dan pembaca (pelihat) email porno sebagai suatu kesalahan tetapi menyimpannya (download) atau mengedarkan adalah suatu kesalahan besar. Apa yang disyorkan ialah membuangnya (delete).


Apa yang pasti pihak berkuasa atau pihak bertanggungjawab mestilah mengambil tindakan-tindakan seperti yang disyorkan (dan lain-lain yang perlu) dengan seberapa segera sebelum terlambat.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Klik di sini untuk pandangan pelajar berkaitan hal yang sama.
Klik di sini untuk pandangan pensyarah dan gambar-gambar berkaitan hal yang sama.


Terkini

Saya menerima email yang bernas ini dari seorang sahabat,

Salam saudara Lukman,

Saja nak add... kenapa tak guna intranet ja (kalau internet nanti org luar dapat tau) utk menyampaikan message pada pelajar. Dalam hal2 emergency patut ada staff2 tertentu ynag mempunyai access dari luar agar dapat menyampaikan message dengan lebih cepat yang semestinya tepat.Tak pun in case of emergency ada electronic message board pada pintu2 exit yang dapat menyampaikan message pada pelajar.

Penggunaan siren ataupun PA system yang centralised pun bagus jugak agar dapat memberi maklumat kepada pelajar dengan lebih pantas.Boleh jugak digunakan utk kejut subuh :).

Dari segi opinion saya communication before announcing chaos & masa chaos amat penting sekali . Sekiranya breakout kita tidak boleh bergantung pada email semata2

Wassalam

mahalil_amin1970@yahoo.commy



Tambahan dari saya.

Terima kasih pandangan sdr.

Hebahan email/intranet itu (UUM menggunakan webmail yang boleh diakses dari luar) adalah selepas waktu pejabat.

UUM berhadapan pagar utama ada Electronic Message Board yang mana paparannya kepada penghujung yang akan masuk ke dalam kampus. Saya tak pasti sama ada waktu kejadian tersebut, Board ini dimanfaatkan.

Setiap asrama ada sistem PA tetapi malangnya front line leader (kakitangan pejabat asrama/pemimpin pelajar) tidak dapat menentukan sah khabar tersebut.

Saya bersetuju kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada email. Disebabkan itu saya sarankan adanya distribution lists untuk key personnel. Contohnya berlaku Tsunamai, Service Provider seperti Celcom dan Maxis perlu mengedarkan hebahan sebegini. Tesco umpamanya manfaat distribution list pelanggannya dengan membuat hebahan iklan secara sms.

Yang penting ialah tindakan secara “timely manner” bukan segera yang membabi-buta tapi seberapa segera dengan tepat.

Lukman

No comments:

Post a Comment