Tuesday, April 28, 2009

Safety Tip of the Day




Selain dari sdr. Yusri Yussuf (aladdinosama@gmail.com), saya juga kerap menerima email berita atau panduan/tips berkaitan OSH dari sdr. Yuszano Md Yussop (yuszano@trane.com). Mereka berdua adalah bekas pelajar MOSH saya. Ada juga beberapa orang lagi termasuk yang bukan bekas pelajar saya tetapi tidaklah sekerap sdr. Yusri dan sdr. Yuszano.

Email yang diterima hari ini mengingatkan saya kepada CEO Tasek Cement, Mr. Tan Keng Meng. Antara kesungguhan beliau untuk meningkatkan kesedaran OSH kepada semua pekerja adalah memestikan semua mesyuarat dimulakan dengan Safety Message dan Possitive Message serta diminitkan dalam minit mesyuarat.

Di samping itu beliau juga sering mengingatkan semua pekerja-pekerja tentang OSH yang tidak berakhir apabila masa kerja telah tamat. Terutama apabila kembali daan bersama-sama dengan keluarga di rumah. Sentiasa di hati dan di mana-mana - OSH!

Sekali lagi terima kasih sdr. Yuszano!

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Monday, April 27, 2009

Panduan perundangan OSH sebelum memulakan perniagaan



Panduan Bijak Memulakan Perniagaan - Mengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Panduan ini adalah menjadi kemestian sekiranya anda ingin memulakan perniagaan tidak kira dalam sektor apapun, dan ingin mengetahui perundangan OSH yang sedia serta digunapakai dalam perniagaan anda.

Klik di sini untuk mendapatkan panduan ini dalam Bahasa Malaysia dan juga dalam Bahasa Inggeris.

lukmanw@uum.edu.my
http://osthejourney.blogspot.com/

Wednesday, April 22, 2009

Siasatan umum enam maut dalam kemalangan bas ekspress di Rawang

Gambarajah dari blog Miros-Road-Safety

Siasatan umum enam maut dalam kemalangan bas ekspress di Rawang

Saya teruja membaca posting terbaru dari blog Miros-Road-Safety (bertarikh 20-Apr-09?) yang merujuk akhbar NST (bertarikh 21-Apr-09? – akhbar Early Edition ke?). Posting bertajuk Bus Crash at Rawang 6 Died General Investigation Findings yang ditulis oleh sdr. M.Huzaifah Muntalip, dari Crash Analyst & Research Office, Miros. (Diri penulis dilabelkan sebagai Just a Simple Guy who is a Mechanical Engineering Graduate in May 2007 at University of Minnesota, USA)

(Saya teruja mungkin kerana terlalu minat siri CSI!)

Saya juga membaca nota kaki “Disclaimer” antara lain merujuk pandangan penulis tidak semestinya mewakili organisasi yang disertainya.

Sebenarnya saya baru sahaja berbual dengan seorang pegawai Perkeso mengenai luahan sdr. S.M. Mohamed Idris dari CAP (Consumers' Association of Penang) mengenai ketidaktelusan pihak berkuasa memaklumkan siri-siri siasatan yang dibuat terhadap kemalangan yang telah berlaku.

Pegawai Perkeso ini memaklumkan kepada saya sebenarnya banyak laporan-laporan kemalangan (siasatan?) yang boleh dirujuk dan didapati dari laman-laman web pihak berkuasa dan dia sendiri tidak pasti kemalangan yang mana satu yang dirujuk oleh CAP.

Berbalik kepada posting terbaru dari blog Miros-Road-Safety ini. Laporan siasatan umum “segera” yang lengkap sebegini sebenarnya mengambarkan keseriusan pihak bekuasa dalam berusaha untuk menangani punca-punca kemalangan dari berulang-lagi di masa hadapan.

Dari posting tersebut boleh disimpulkan terdapat empat punca yang menyebabkan kemalangan tersebut iaitu;

1. Speeding (kelajuan)
2. Improper Guardrail Installation (pemasangan penghadang jalan tidak sepatutnya)
3. Guardrail Intrusion Mechanism (Terdapat cerucuk keluar pada penghadang jalan)
4. Driver Fatigue at Wee Hours. (pemandu keletihan pada sepatutnya waktu tidur)

Saya tidak akan menyentuh punca pertama dan keempat (punca kemanusian) tetapi berhasrat untuk mengulas sedikit punca kedua dan ketiga dari segi teknikal persekitaran jalanraya.

Punca kedua - pemasangan penghadang jalan tidak sepatutnya.

Gambarajah struktur penghadang yang disediakan tidak mengikut arah seperti ”sketch diagram of the crash”. Saya sesuaikan semula seperti gambarajah di bawah. (Sdr. Muzaifah sepatutnya mengambarkan kedudukan penghadang jalan ini mengikut gambarajah urutan kemalangan.)
Gambarajah yang disesuaikan oleh penulis. Klik atas gambarajah untuk saiz besar

(Terdapat juga kemusykilan pada beberapa ukuran. Betulkah jarak ketinggian Pt. A ke Pt. B ialah 13.67 cm (5.5 in)?. Harap sdr. M.Huzaifah dapat mengesahkannya.)

Dilaporkan kecerunan paras sisi jalan ke longkang tengah lebuhraya sepatutnya tidak melebihi 9.46 darjah sedangkan cerun di tempat kejadian (menghala ke Selatan) adalah 23 darjah.

Seperti yang saya tegaskan dalam posting sebelum ini, penaiktarafan jalan raya di lebuhraya kita tidak selari dengan ketinggian penghadang jalan ini.

Lebih membahayakan lagi di KM 442.9 menghala ke Selatan (KL) ini permukaan jalan raya di sebelah dalam (sebelah kiri) lebih tinggi dari permukaan jalanraya di sebelah luar (kanan) iaitu menghala ke Utara. Seingat-ingat saya selama lebih 20 tahun bergiat dalam arena motorsport ini (termasuk sebagai "track designer") sehingga ke peringkat antarabangsa, saya tidak pernah lagi melihat atau terjumpa rekaan litar lumba yang mempunyai permukaan jalan di sebelah dalam lebih tinggi dari permukaan di sebelah luar.

Secara lojiknya sudut belokan dari sebelah dalam akan menjadi lebih besar dan mengecil ke bahagian tengah (menghampiri permukaan bersebelahan jalan yang rendah!). Ini mungkin menyebabkan pemandu bas tersebut tidak dapat mengawal steering bas semasa cuba mengambil selekoh (belokan ke kiri) dan terbabas ke kanan melanggar penghadang jalan.

Dilaporkan juga jarak kelegaan dinamik pada pemasangan sepatutnya 1.2 m (4 kaki) tetapi hanya 0.5 m (19.5 in) di tempat kejadian. Saya mengagak jarak kelegaan ini diukur dari garisan tepi jalan hingga ke sisi penghadang jalan. Rujuk gambarajah dari Road Line ke Pt. A.

Apa yang saya perhatikan pembinaan-pembinaan jalan sekarang ini lebih ”menghimpit” ruang tengah di antara dua laluan. Mengapa tidak menggunapakai kawasan luar jalan? Adakah faktor hakmilik tanah masih menjadi perkiraan utama? Mungkin juga kos bahan mentah yang perlu ditambah untuk melebarkan sisi jalan ini dapat dikurangkan jika menggunapakai sisi tepi jalan tengah? Penilai kos siap (verification order VO) perlu tegas dalam hal ini. Pastikan dari titik mana (point) pelu diukur untuk pengesahan kerja yang telah dibuat.

Punca ketiga - terdapat cerucuk keluar pada penghadang jalan.

Dilaporkan cerecuk keluar inilah yang membunuh kesemua enam penumpang di tingkat bawah bas. Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, penghadang jalan mestilah tidak mempunyai sebarang struktur bercerucuk keluar. Pembinaan penghadang jalan mestilah dari bahan yang boleh menerima (menyerap) impak pelanggaran dan bukannya mengubah bentuk struktur.

Posting saya juga selari dengan sdr. M.Huzaifah, bukan untuk mengkambing-hitam-kan sesiapa dalam laporan siasatan kemalangan ini. Apa yang penting ialah kemalangan sebegini boleh dielakkan di masa-masa mendatang.

Saya berharap sdr. M. Huzaifah berterusan membuat posting mengenai laporan siasatan ini. Semoga tiada ”pihak-pihak tertentu” yang akan menganggap laporan siasatan asas sebegini juga mesti di-kattegori-kan sulit dan rahsia.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Tuesday, April 21, 2009

Eight is not enough!

Eight is not enough!
(Photo received thru email)

Remember 80s American series of Eight Is Enough?

A figure of eight also considered a lucky number in Chinese and Japan.

But with eight peoples on one motorcycle really unacceptable!

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Blog-blog OSH di Malaysia


Mohamad Aliasman bin Morshidi
http://aliasmanshepro.blogspot.com/


Mohammad Zainal Abidin Bin Aziyuddin
http://e-osh.blogspot.com/


Hazri Ishak
http://hazriishak.blogspot.com/


Ir. Daud Sulaiman
http://oshreflections.blogspot.com/


Dr Aini Bin Hj. Murni
http://cendekiaohs.blogspot.com/


Melaka Safety Club
http://www.melakasafetyclub.co.cc/


Zwageri Sdn Bhd
http://www.zwageri.com/


Maverick SM
http://constructionrisk.blogspot.com/


Borneo Resources Network Sdn
http://www.hseqadvisors.blogspot.com/


Miros
http://miros-road-safety.blogspot.com/


Grand
http://grand-safetyhealth.blogspot.com/




Blog-blog OSH di Malaysia

Alhamdulillah, sekarang banyak blog-blog OSH yang boleh dirujuk. Saya mula menjadi blogger OSH sebaik sahaja menjadi pensyarah di UUM pada Jun 2007. Salah seorang penghujung ke blog saya ketika itu Sdr. Anuar Saidin, OSHE Manager dari Penang Port, Butterworth. Apabila berpeluang berbual dengannya di satu majlis perjumpaan NRG-OSHE di mana beliau juga sebagai Presidennya, saya menyarankannya agar menghasilkan blog OSH. Lahirlah blog yang bertajuk Perjalananku.

Seorang lagi pengamal OSH yang aktif dalam NRG-OSHE ini ialah Sdr. Mohamad Aliasman bin Morshidi yang kebetulan mengambilalih jawatan saya sebagai Senior EHS Engineer di Celestica dahulu. Blognya bertajuk Safety & Health.

Antara pengamal OSH yang lain dengan blog masing-masing ialah Mohammad Zainal Abidin Bin Aziyuddin, SHO dalam construction dengan blognya bertajuk Occupational Safety & Health.

Sdr. Hazri Ishak dari construction industry, Senawang dengan blognya bertajuk Health is Wealth.
Ir. Daud Sulaiman, orang lama OSH dalam NIOSH dengan blognya bertajuk OSH Reflection.

Seorang Doktor Perubatan Dr Aini Bin Hj. Murni dari Kuching dengan blognya bertajuk Cendekia OSH.

Terbaru saya terjumpa blog yang bertajuk Melaka Safety Club. Sememangnya ramai pengamal-pengamal OSH yang aktif bukan sahaja dalam kerjaya masing-masing tetapi dalam membantu pengamal-pengamal OSH lain terutama yang baru berjinak-jinak dalam lapangan ini.

Saya tertarik salam satu posting dalam blog Melaka Safety Club ini yang menyarankan pengamal OSH mestilah bersedia sebagai Financial Control.

Sememangnya dalam setiap kelas kursus yang saya kendalikan, saranan ini tidak pernah saya lupakan. Di samping itu saya juga sering menyarankan agar pengamal-pengamal OSH (termasuk diri saya) supaya sentiasa mendalami bidang-bidang HR (kauseling dan sebagainya), IT dan meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris.

Saya berharap seketika nanti NRG-OSHE juga mempunyai blognya sendiri. Buat masa ini Sdr. Yusri Yusoff (Aladdin Osama) menyalurkan maklumat melalui email groupnya dan ada di antaranya diterbitkan semula di dalam blog OSH The Journey ini.

Terdapat juga blog-blog berasaskan perniagaan tetapi masih banyak pengetahuan dan maklumat berkaitan OSH seperti Zwageri Sdn. Bhd. Dengan taglinenya ”Work at height specialist & safety and health consultant”.

Blogger Maverick SM, Construction Consultant, KL dengan blognya bertajuk Construction Risk.

Borneo Resources Network Sdn Bhd dari Kota Kinabalu, Sabah dengan blognya bertajuk Health, Safety, Environment And Quality (HSEQ) Consultants.

Miros juga kini mempunyai blognya bertajuk; Miros Road Safety.

Sdr. Grand dari Pasir Gudang yang aktif dalam menyalurkan maklumat dalam Forum Niosh juga mempunyai blognya sendiri bertajuk Safety, Health & Environment tetapi sudah lama tidak di-update-kan.

Selain dari blog-blog di atas, laman Forum Niosh adalah satu sumber setempat yang mesti dikunjungi oleh setiap pengamal-pengamal OSH. Malangnya forum Niosh ini sudah beberapa kali di-spam-kan dan banyak posting di-link-kan ke laman-laman web yang tidak bermoral.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/



Senarai blog-blog OSH

Anuar Saidin
http://www.anuar-osh.blogspot.com/

Mohamad Aliasman bin Morshidi
http://aliasmanshepro.blogspot.com/

Mohammad Zainal Abidin Bin Aziyuddin
http://e-osh.blogspot.com/

Hazri Ishak
http://hazriishak.blogspot.com/

Ir. Daud Sulaiman
http://oshreflections.blogspot.com/

Dr Aini Bin Hj. Murni
http://cendekiaohs.blogspot.com/

Melaka Safety Club
http://www.melakasafetyclub.co.cc/

Zwageri Sdn Bhd
http://www.zwageri.com/

Maverick SM
http://constructionrisk.blogspot.com/

Borneo Resources Network Sdn
http://www.hseqadvisors.blogspot.com/

Miros
http://miros-road-safety.blogspot.com/

Grand
http://grand-safetyhealth.blogspot.com/

Forum Niosh
http://www.niosh.com.my/forum/

Amaran bergambar yang berkesan








Amaran bergambar yang berkesan

Kotak-kotak rokok sekarang mula mempamerkan gambar-gambar kesan risiko sebagai penghisap rokok. Sebenarnya amalan sebegini telah lama dipratikkan di luar Negara mengikut Peraturan EU. Kotak rokok di Malaysia mempamerkan antaranya ialah;

Rokok penyebab keguguran,
Rokok penyebab penyakit gangren,
Rokok penyebab kelahiran bayi pra-matang, dan
Rokok penyebab kanser mulut.

Sebenarmya rokok tidaklah menyebabkan penyakit-penyakit ini. Hanya pembuatan menghisap rokok dan mereka yang turut menghidu asap rokok yang berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit yang dinyatakan.

Jika rokok dianggap penyebab atau ”bahan merbahaya” menyebabkan penyakit-penyakit yang dinyatakan, mengapa penjualannya masih dibolehkan.

Seketika dulu saya pernah ternampak beberapa billboard dan juga iklan di media masa yang mengatakan salah satu penyebab kepada penyakit mati pucuk juga berpunca dari menghisap rokok.

Mengapa amaran ’Merokok boleh mati pucuk” tiada pada kotak rokok?

Saya rasa ramai orang terutama lelaki tidak begitu ”takut” kepada penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas terutama kepada keguguran dan kelahiran bayi pra-matang yang lebih kepada perempuan. Tetapi apabila dikaitkan dengan ”mati pucuk” ramai yang berfikir sepuluh, dua puluh kali.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/








Bersediakah anda untuk menangani kehidupan liar ini?

Bersediakah anda untuk menangani kehidupan liar ini?

Kes 1, 20-April-2009

Tujuh pekerja Unit Harta Benda Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini gempar apabila menjumpai seekor ular tedung selar ketika mereka sedang memunggah barang-barang untuk pelupusan.

Ular sepanjang 10 kaki itu ditemui di bawah timbunan tilam dan karpet yang sedang dipindahkan untuk dibawa ke tempat pelupusan di Bukit Kachi, UUM.

Ular tersebut akhirnya berjaya ditangkap dengan bantuan daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam dan telah dibawa ke Taman Ular, Perlis.



Kes 2, 21-April-2009

UUM CAS ingin memberi peringatan kepada semua pihak bahawa terdapat berberapa tempat di sekitar kampus UUM telah didiami oleh ribuan ekor ulat bulu. Ulat bulu ini amat berbahaya kerana ia akan menyebabkan gatal-gatal seterusnya boleh menyababkan demam serta badan yang letih.

Baru-baru ini satu program Bengkel UPSR yang dihadiri oleh kanak-kanak 12 tahun di UUM rata-ratanya telah mendapat jangkitan dari ulat bulu tersebut. Kami difahamkan bahawa bukan hanya dengan melata diatas kulit untuk mendapat jangkitan malah dengan angin yang menerbangkan bulu-bulunya juga berkemungkinan boleh menyebabkan gatal-gatal.

Antara tempat-tempat yang perlu diawasi ialah DKG 3 , bangunan sekitar kawasan FKBM dan Bangunan Ekonomi serta tempat-tempat sekitar Canselori. Kebanyakan ulat bulu dikesan berada pada tempat-tempat yang mempunyai pokok-pokok besar.

Jika ada tanda-tanda gatal pada kulit diharapkan jangan mengaru atau membasuhnya kerana takut akan merebak. Jika boleh terus pergi ke pusat kesihatan untuk mendapat kan ubat.

Ulat bulu yang dikesan di kampus kita berwarna hitam coklat.




Sunday, April 19, 2009

Be careful each time when use toilet.!

Be careful each time when use toilet.!
(received thru email)






Majlis Dialog BOWEC

Jemputan untuk menyertai

Majlis Dialog Bagi Membincangkan Draf Peraturan Occupational Safety & Health {Building Operation And Works Of Engineering Construction (BOWEC) Safety} Regulations 200X

Tarikh: 29 April 2009
Masa: 9.30 am - 12.30 pm
Tempat: ESSET, Batu 181/2, Sungai Tangkas,
Jalan Bangi, 43000 Kajang, Selangor

Rujuk lampiran di sini.

OSHE BULLETIN APRIL 2009



OSHE BULLETIN APRIL 2009.

Another very interesting and knowledge enrichment bulletin is deliverd to you. Among the contents are:

1. Safety and Health Hazards at Call Centres!
2. What is the reading on your NOISE THERMOMETER today?
3. News - Effects on workplace hazards on women fertility
4. News - Call Centres Noise Hazards
5. What is 'CONTACT STRESS'?
6. Health Hazards at Basement Car Parking areas
7. A message from OSHE Bulletin's author
8. A picture of 1000 words about Risk and Hazards at work.

Please read them. Share and forward it to your colleagues, the e-group members, the OSH Committee members and the management team.

TQ.

Prof. Abdul Shukor, MALAYSIA
Your OSHE Partner.

Perlepasan tanggungjawab?


Perlepasan tanggungjawab?

Terlepaskah tanggungjawab pihak berkuasa atau pemilik tanah persendirian ini jika berlaku apa-apa kemalangan mana-mana orang yang mengguna laluan ini?

Siapakah yang bertanggungjawab sebagai majikan dalam Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994?

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Mengapa perlu ambil risiko?


Mengapa perlu ambil risiko?

Sudah tiadakah lagi tempat untuk beristirehat?

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Oh teratai bunga indah

Rupa-rupanya teratai ini merupakan satu penunjuk (indicator) yang terbaik untuk sistem ekologi air. Turut dilaporkan juga Tasek Putrajaya menggunakan teratai sebagai penghias tasek di samping fungsinya secara visual sebagai penunjuk untuk sistem ekologi air. Klik di sini untuk posting berkenaan.

Friday, April 17, 2009

Generasi-generasi OSH di Celestica

Dari kanan, sdr. Azhar, Hj. Sabki dan saya
Generasi-generasi OSH di Celestica

Sepatutnya semalam di Kenduri Kambing di Taman Rekreasi Kulim Hi-Tech, dijadualkan bertemu empat generasi OSH di Celestica tetapi sdr. Aliasman tidak dapat hadir.

Generasi OSH di Celestica bermula dengan sdr.Azhar sebagai Senior EHS Engineer. Apabila sdr. Azhar berpindah ke Intel sebagai EHS Manager, tempatnya diisi oleh Hj. Sabki. Saya mula menggantikan Hj. Sabki apabila beliau berpindah ke Silettera (kemudiannya ke Intel) pada pertengahan tahun 2004. Sebelum saya menjawat SHE Manager di Tasek Cement Ipoh pada pertengahan tahun 2006, saya mencadangkan kepada pihak pengurusan Celestica untuk mengambil sdr. Aliasman yang ketika itu di Sabah untuk mengantikan saya. Sebenarnya saya hanya mengenali sdr. Aliasman melalui Forum Niosh tetapi saya yakin beliau boleh mengantikan saya di Celestica. Kini sdr. Aliasman juga telah meninggalkan Celestica dan menyertai Infineon.

Generasi-generasi OSH dari Celestica ini sebenarnya bukan sahaja committed dengan sebagai pengamal OSH di dalam organisasi yang disertai sekarang ini tetapi juga dengan pelbagai aktiviti OSH luaran dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Sdr. Azhar umpamanya Pengerusi jawatankuasa EHS Kulim Hi-Tech di samping aktif sebagai salah seorang Biro Motivasi Warga Kilang, sebuah NGO berdaftar yang keahliannya dari pekerja-pekerja dan bekas pekerja kilang di Utara Semenanjung.

Hj. Sabki pula Timbalan Presiden Warga Kilang dan ahli aktif dalam Biro Keusahawanan. Hebat juga Haji Muda kita ini dengan pelbagai keusahawanan dalam bidang pertanian dan perternakan.

Sdr. Aliasman pula aktif dalam NRG-SHE (pengamal OSH North Region Group) bersama-sama berapa pengamal OSH lain seperti Presiden, sdr. Anuar Saidin (Penang Port) , sdr. Yusri Yusuf (Aladdin Osama) dan lain-lain.

Semasa ura-ura penubuhannya dahulu, saya pernah dijemput oleh sdr. Yusri untuk menjadi Penasihat NRG-SHE ini. Memandangkan ketika itu saya sudah berhasrat beraleh-angin dari seorang pengamal OSH ke dalam bidang akademik, saya mencadangkan agar penasihat ini dilantik dari kalangan pengamal OSH juga.

Saya tidak terlibat secara aktif dalam Warga Kilang dan juga NRG-SHE tetapi sekali-sekala turut serta dalam aktiviti-aktiviti mereka.

Dalam Warga Kilang umpamanya saya sering juga dijemput sebagai tenaga pengajar dalam Biro Motivasi bersama-sama sdr. Azhar, sdr. Monier (setiausaha Warga Kilang) dan lain-lain.

Setakat ini adalah sekali-dua saya bersama sdr. Wahab dari Biro Kebajikan (yang juga seorang yang aktif dalam keusahawanan barang makanan) dalam menjalankan aktiviti kebajikan. Sdr. Azhar dan sdr. Monier juga aktif dalam Biro Kebajikan ini di mana mereka sering keluar masuk ke kampung-kampung untuk menyampaikan sumbangan.

Sdr. Monier ini juga terkenal dengan idea ”kotak hitam”-nya iaitu perniagaan sambilan dengan dibuktikannya sendiri. Selain agresif dengan perniagaan sambilan di Pasar Malam, beliau juga mempunyai beberapa kiosk di beberapa pusat membeli-belah dari Sungai Petani, Kedah hinggalah ke Mines, Kuala Lumpur.

Walaupun ahli-ahli Warga Kilang yang saya sebut di atas bukan dari kalangan pengamal OSH tetapi komitmen mereka masing-masing sebagai pengurus dan jurutera di organisasi masing-masing memang tidak ada tanding dan kurangnya jika dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakan luaran mereka.

Sesungguhnya banyak pengamal-pengamal OSH dewasa ini mempunyai kesinambungan dengan aktviti kemasyakatan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Thursday, April 16, 2009

Selamatkan penghadang jalan di lebuhraya kita?

Selamatkan penghadang jalan di lebuhraya kita?

Kenyataan Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh (rujuk keratan akhbar di atas) benar-benar membimbangkan saya dan pastinya kepada semua pengguna-pengguna lebuhraya yang lain. Harap-harap kajian ini dipercepatkan dan disusuli dengan tindakan. Malah saya berharap kajian ini bukan seperti mana yang pernah dipersoalkan ketelusannya oleh CAP sebelum ini. Rujuk posting sebelum ini.

Kepada mereka yang menghadiri Seminar Penguatkuasaan AKKP 1994, dan Kod Amalan KKP di Sektor Pengangkutan Jalan Raya pada 31 Mac 2009 di Hotel Sunway, Georgetown lalu tentu menyedari soalan yang saya hampir sama dikemukakan kepada wakil MIROS. Bagaimanapun wakil MIROS yang hadir bukanlah dari Unit Teknikal Jalanraya tetapi dia cuba menjawab seberapa yang boleh.

Soalan saya sebegini;

Apakah fungsi sebenar penghadang besi di lebuhraya? Adakah bersifat “Crash Barrier” ataupun bersifat “Catch Fence”?

Antara lain maksud soalan saya ialah;

Kalau ”Crash Barier” ia bertujuan menyerap hentakan pelanggaran kenderaan ia hendaklah dibuat dari bahan yang kukuh dan padat. Strukturnya juga tidak boleh ”terkeluar” seperti besi atau palang yang boleh dijadikan senjata mencederakan atau membunuh pengguna jalan raya yang terlibat. Dilaporkan mangsa kemalangan bas ekpress yang mati dan cedera diakibatkan ditikam besi dan palang di lebuhraya ini.

”Catch Fence” pula bertujuan untuk menghalang kenderaan yang berlanggar dengannya dari terpelanting ke bersebelahan kanan jalan ataupun terkeluar dari sebelah kiri jalan.

Penghadang jalan di lebuhraya sekarang ini sudah tidak mampu untuk menahan kenderaan yang melanggarnya dari terpelantinng ke seberang jalan. Ini disebabkan penaiktarafan jalan tidak selari dengan ketinggian penghadang jalan ini. Tambahan lagi banyak kenderaan di atas jalan raya ketinggiannya tidak sesuai dengan penghadang ini seperti kenderaan 4x4, kenderaan berat dan sebagainya.

Pihak PLUS umpamanya perlu memaklumkan fungsi-fungsi ini kepada orangramai khususnya penguna-pengguna lebuhraya. Saya pernah menulis sebelum ini mengenai kelemahan PLUS memaklumkan kegunaan ”Crash Zone” atau "Run-off Zone" yang disediakan di laluan ke Selatan di Rumah Tol Jelapang. PLUS agak lambat mengadakan papan-papan tanda memaklumkan kegunaan ”Crash Zone" atau "Run-off Zone” ini jika dibandingkan dengan kekerapan kemalangan maut di situ.

Apapun sistem lebuhraya yang tiada penghadang jalan di negara Thailand wajar dikaji keberkesanannya. Lebuhraya empat laluan mereka hanya dipisahkan dengan tanah berumput beralur yang direka untuk mengalirkan air.

Seingat-ingat saya yang ”agak kerap” berkereta dan bermotosikal menggunakan lebuhraya di Thailand ini tidak pernahpun menyaksikan kemalangan-kemalangan maut yang mengerikan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/


Gambar diemail oleh; aladdinosama@gmail.com