Saturday, January 3, 2009

Amalkan hidup sihat di samping mengutamakan keselamatan

Amalkan hidup sihat di samping mengutamakan keselamatan

Perbezaan yang paling ketara di antara keselamatan (safety) dan kesihatan ialah kesan secara langsung diakibatkan keselamatan dan kesihatan ini.

Keselamatan biasanya mengakibatkan kesan serta-merta, sebagai contoh kemalangan jari terluka akibat terkena benda tajam. Kesan serta-mertanya ialah kesakitan yang dialami mangsa dan juga pendarahan yang mungkin berlaku.

Berbeza dengan kesihatan, kesannya agak lambat dan mengambil masa. Sebagai contoh gangguan kesihatan akibat merokok. Agak sukar untuk melihat kesan kesihatan dari aktiviti merokok yang serta-merta kecuali batuk dan merah mata.

Tetapi terdapatnya juga kesan serta-merta pada masalah kesihatan terutama melibatkan bahan yang berhazad tinggi seperti cyanide dan arsenic. Penggunaan cyanide dan arsenic ini biasanya di dalam proses ”humigation” oleh pihak ”pest control”. Bagaimanapun untuk menggunakan cyanide dan arsenic ini (dalam kuantiti yang minimum) memerlukan beberapa lesen khas dan pengawasan yang ketat.

(Kesan serta-merta menyebabkan pengganas Tamil Malar membawanya dalam bentuk kapsul dengan menyelitkan di celah cincin dan menggunakannya secara menelan (oral) untuk membunuh diri jika tertangkap oleh pihak berkuasa.)

Secara detailnya kesan-kesan kesihatan ini dibahagikan kepada dua iaitu ”acute” (akut) dan ”chonic” (kronik). Akut boleh dikategorikan sebagai kesan serta-merta manakala knonik dikategorikan sebagai kesan lanjutan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Klik di sini untuk cerita lanjut mengenai gambar di atas.

No comments:

Post a Comment