13A Safety Plug Key
Akhirnya saya berjaya mendapat penutup punca kuasa elektrik pada dinding ini atau nama tepatnya adalah “13A Safety Plug Key”. Seorang pelajar saya telah membelinya di kedai berhampiran tempat tinggalnya.
Ramai juga yang menghubungi saya. Penutup ini juga turut dijual di Tesco tetapi bukan dipamerkan di bahagian elektrik ataupun bahagian “hardware”, ianya terdapat di barangan perkakasan dapur (utensil)!
Pada pandangan saya sebagai pengamal OSH, penutup ini tidak begitu sesuai dalam bentuk berwarna-warna. Ia boleh mendatangkan minat kepada anak kecil untuk mengambilnya.
Bagaimanapun jika di rumah anda ada anak kecil dan punca kuasa elektrik di dinding dipasang di bahagian menghampirii lantai, penutup ini adalah kemestian.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Nota: Sekarang saya mencari “plastic cover” untuk suis lampu bilik air.
Sooo true. Lepas saya letak safety plug nie, kena tampal pula kelilingnya dengan pelekat supaya anak tak cuba-cuba buka dek kerana berminat dengan warnanya yang cantik. Aduhai...
ReplyDeleteSaya rasa warna puteh adalah paling selamat
ReplyDelete