Organisasi OSH dalam kerja amal
Organisasi OSH di industri terdiri sama ada Jabatan OSH itu sendiri dengan peruntukan pegawai OSH (SHO), jawatankuasa OSH (Safety & Health Committee) dan pasukan Respons Kecemasan (ERT).
Semasa saya bekerja di Silverstone (1990 – 2004), pasukan ERT kami adalah antara yang teraktif di Perak. Kami menyertai dan memenangi banyak pertandingan anjuran Bomba dan Penyelamat. Malah terdapat berapa kebakaran di dalam kilang bejaya dipadamkan oleh anggota-anggota pasukan ERT tanpa bantuan Bomba.
Di samping itu pasukan ERT ini bergiat aktif dalam kerja-kerja sukarela dan sebagainya. Malah ada di antara kami disenaraikan oleh Tabung Darah Hospital Taiping sebagai bekalan simpanan yang bersedia untuk menderma apabila dipanggil di samping kempen derma darah sekurang-kurang tiga kali setahun.
Kilang terakhir saya iaitu Tasek Cement pula menyaksikan ahli kesatuan, jawatankuasa OSH, pasukan ERT dan Jabatan Sumber Manusia berganding bahu membuat lawatan amal ke beberapa buah rumah orang tua dan anak yatim di sekitar Bandar Ipoh.
Kerja-kerja amal ini sebenarnya juga merupakan satu elemen dalam Respons Kecemasan dan Pengurusan Bencana. Pembabitan organisasi OSH dalam kerja-kerja amal sebegini akan memantapkan lagi struktur organisasi yang sedia ada.
Selepas meninggalkan industri, tahun ini pada 1 Mei sempena cuti Hari Pekerja, saya menyertai NGO Warga Kilang untuk membuat Lawatan Amal ke beberapa buah rumah di Karangan, Sungai Kob, Bakai dan Baling. Kisah lengkap mengenai Lawatan Amal ini boleh dirujuk di link berikut; Bolehkah kita meneladani kisah ini? (klik di sini) dan siri-siri Lawatan Amal Sempena Cuti Hari Buruh (klik di sini).
Semoga ahli-ahli organisasi OSH di tempat anda bertugas sekarang memahami bahawa kerja-kerja amal ini bukan sahaja sebagai satu tanggungjawab sosial tetapi adalah elemen-elemen OSH itu sendiri.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Keterangan gambar; anggota-anggota ERT Silverstone (SERS) yang terlibat dalam membuat sumbangan untuk mangsa Tsunami.

No comments:
Post a Comment