Jika tiada perancangan, ini kerja gila
Di bawah adalah keratan akhbar semalam, 31-Mac-2008. Mujurlah tiada kecederaan yang dilaporkan.
Penganjuran yang berupaya menarik ribuan peserta adalah suatu yang membanggakan. Sudah pasti pihak penaja berasa amat gembira dan penganjur pula akan merasa megah. Sebagai pengamal OSH dan pada masa yang sama berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan acara hingga ke peringkat antarabangsa, termasuklah acara yang membabitkan kanak-kanak, saya ingin menyarankan beberapa perkara yang perlu dititik-beratkan semula memulakan acara;
1. Perlu ada penetapan ”break event” iaitu bilangan peserta yang minima dan maksima untuk diteruskan acara. Sekiranya penyertaan melebihi ketetapan maksima perlulah diambil kira pada tempoh masa yang sesuai sebelum acara bermula. Jangan terima penyertaan (yang melebihi penetapan maksima) di saat-saat akhir.
2. Jika penyertaan bertambah, penganjur (dengan bantuan penaja) perlu menambah jumlah urusetia dan menambahbaik kemudahan logistik serta lokasi.
3. Penyertaan yang melampau (puluhan dan ratusan ribu) peserta perlu dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan yang dikecilkan bilangan tetapi masih dalam kategori yang dipertandingan. Ini akan memudahkan untuk proses di peringkat perlepasan dan penamat.
4. Plan kecemasan dengan manual yang lengkap perlu dibuat dengan mengambil kira semua risiko dan kemudahan bantuan.
5. Lokasi Penamat perlu diatur supaya memudahkan peserta kanak-kanak ini dikenali oleh ibubapa atau penjaga mereka. Gunakan kod warna (gabungan warna) dan angka selain dari nombor larian.
6. Dapatkan bantuan dari Persatuan Beruniform seperti Rela, JPA3 dan sebagainya untuk tujuan pengawalan. Jangan terlalu bergantung kepada pihak polis kerana mereka lebih memberi tumpuan kepada lalulintas dan ketenteraman awam. Penganjur/penaja juga perlu membayar imbuhan berpatutan kepada anggota-anggota persatuan beruniform ini di samping makan minum mereka sepanjang masa bertugas.
Akhir kata, penganjur/penaja jangan terlalu asyik untuk membuat acara dengan tujuan sampingan ”memecah rekod”. Jika tiada perancangan teliti terutama dari segi logistik dan lokasi, ini adalah kerja gila!
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
KOSMO 31-Mac-08
Panik lepas larian di Shah Alam
SHAH ALAM - Keseronokan kira-kira 14,000 kanak-kanak yang menyertai maraton Vitagen Run for Fun di Stadium Shah Alam semalam bertukar cemas apabila sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mencari ibu bapa masing-masing selepas acara ber-akhir.
Situasi kelam-kabut itu berlaku ekoran kumpulan peserta berusia tujuh hingga 15 tahun itu dikumpulkan di satu kawasan berpagar dan terpisah daripada ibu bapa mereka.
Menurut saksi, insiden itu berlarutan hampir sejam dengan ada peserta mula menangis sambil meraung memanggil ibu bapa masing-masing.
Pada masa sama, perasaan cemas itu turut dirasai oleh ibu bapa mereka yang tercari-cari anak sehingga ada yang terpaksa memanjat pokok dan pagar dengan memekik-mekik nama anak masing-masing.
Pihak penganjur telah cuba menyelesaikan masalah dengan kakitangan urus setia menyebut nama serta nombor telefon setiap peserta dengan pembesar suara agar memudahkan ibu bapa bertemu semula dengan anak mereka.
Namun begitu, alat pembesar suara itu pula bertukar tangan selepas ada ibu bapa yang hilang sabar, mengambilnya dan memanggil sendiri anak masing-masing.
Sementara itu, jurucakap penganjur memberitahu Kosmo! bahawa mereka hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

No comments:
Post a Comment