Friday, January 13, 2017

Masing-masing ada kelebihannya


Masing-masing ada kelebihannya

Saya masih berterusan menerima whatsaapp, messages, email malah panggilan telefon bertanyakan berkaitan OSH ataupun SHO. In sya Allah, saya cuba menjawabnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Ada juga persoalan yang tidak mampu saya jawab dan saya minta agar mereka menghubungi pihak lain yang mungkin boleh membantu.

Bagaimanapun ingin saya sarankan agar merujuk dahulu persoalan-persoalan yang telah saya jawab melalui FB dan Blog saya. Mungkin FB sukar untuk dirujuk posting lama tapi Blog OSH The Journey saya mudah dengan menggunakan “search command”.

Pada masa yang sama, saya juga kerap ditanya mengenai kelebihan dan kekurangan training provider dan ipt (ipta/ipts) yang menjalankan program SHO/OSH ini. Pada saya masing-masing ada kelebihannya.

Sebagai contoh, UKM, UUM dan OUM adalah tiga ipt yang saya sertai. UKM sebagai pelajar Master Industrial Safety Management, UUM sebagai sebagai salah seorang pengasas, pengajar dan jawatan terakhir ketua program Msc OSH Management. Manakala OUM sekarang ini sebagai pengajar sambilan Master OSHRM.

UKM kelebihannya ada pengkhususan psikologi, UUM ada pengkhususan Human Resources dan OUM pula dengan pengkhususan Risk Management. Ketiga-tiga pengkhususan ini adalah penting dalam menangani perkaitan OSH.

Kekurangan? Ini agak subjective untuk dijelaskan. Bagaimanapun terdapat perbezaan pengiktirafan (KPT/MQA) pada program yang menggunakan title professional ataupun executive.  Untuk program yang mendapat pengiktirafan JKKP (DOSH), boleh merujuk laman web DOSH.

Walaupun saya bersedia dan mengalu-alukan sebarang pertanyaan, saya lebih suka (preferable) dihubungi melalui whatsapp ataupun email.

Isnin lepas saya “terganggu” sedikit  apabila dihubungi melalui pangglan telefon pada pukul 11.00 malam. Ketika itu saya sudahpun tidur kerana keletihan baru turun dari kapal terbang dan keesokan harinya ada ada kursus yang perlu saya kendalikan dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Pemanggil memang bersopan dengan memperkenalkan dirinya lengkap dengan kelulusan ijazah dan pengalamannya sebagai SHO di organisasi yang hebat. Tetapi beliau tidak bertanyakan apa yang sedang saya buat ketika itu dan langsung tidak terfikir untuk memohon maaf jika mengganggu.

Saya juga biasa dikejutkan oleh panggilan telefon yang memohon nasihat apa yang hendak dilakukan kerana adanya kemalangan maut yang sedang berlaku. Saya akan membuat posting mengenai topic ini kelak.

Tetapi pemangil bersopan ini hanya ingin tahu di manakah beliau sebagai pemegang ijazah dan berpengalaman, berpeluang untuk menjadi pengajar sambilan serta apakah kelebihan dan kekurangan ipt-ipt yang yang ada menganjurkan kursus OSH ini?


Mohon saya agar di masa akan datang pilihlah waktu yang sesuai untuk berhubung.

No comments:

Post a Comment