Sunday, December 18, 2016

Pareto Chart & FMEA. How to produce a Pareto Chart in Excel?


Pareto Chart & FMEA

Saya mula memberi tumpuan kepada Pareto Chart semasa tahun 2002 ketika sedang menyiapkan thesis B.Engr. Mech. (USM) saya (PPJJ), yang bertajuk “Application of Quality Function Deployment (QFD) techniques in designing safety bar for rubber open mixing mill.”

Penyelia saya ketika itu (kini Deputy President UniKL, Prof. Dr. Khairanum Subari) meminta saya membuat justifikasi pemilihan “safety bar” sebagai penyelesaian utama kemalangan tertinggi di kilang tayar yang bekerja iaitu 122 kes untuk tahun 2000. Beliau mencadangkan penggunaan Pareto Chart.

Kemudian ketika menyiapkan thesis Master Industrial Safety Management (UKM) pada tahun 2003 yang bertajuk “Anthropometrics in design of guards for machineries”, penyelia saya ketika itu Prof. Ir. Dr. Yusoff Ali turut mencadangkan saya menggunakan Pareto Chart sebagai “quality tool” dalam thesis saya itu.

Kini, dari masa ke semasa terutama dalam kursus siasatan kemalangan, saya akan mencadangkan pelajar atau peserta kursus saya menggunapakai Pareto Chart untuk penentuan keutamaan (priority) kemalangan yang perlu disiasat terlebih dahulu.

Jika ada masa terluang di dalam kelas, saya akan berkongsi cara meghasilkan Pareto Chart menggunakan program Excel.

Kebetulan ketika ini saya sedang dalam proses menyiapkan penulisan berkaitan Failure Mode Effects Analysis (FMEA) dan Pareto Chart adalah salah topik yang disentuh. Saya mengambil peluang itu menghasilkan presentation slides yang bertajuk “Pareto Chart & FMEA”. Di mana antara kandungannya ialah step-by-step penghasilan Pareto Chart menggunakan program Excel berdasarkan format FMEA.

Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.

Untuk full slides presentation, klik di sini untukmuat-turun













1 comment:

  1. “Application of Quality Function Deployment (QFD) techniques in designing safety bar for rubber open mixing mill.” pernah dibentangkan dalam COSH sekitar 2003 atau 2002

    ReplyDelete