Sunday, December 20, 2015

Rawatan Percuma di Masjid Nabawi Madinah



Rawatan Percuma di Masjid Nabawi Madinah

Alhamdulillah, saya hanya berkerusi roda sehari sahaja di Mekah. Saya diuji-Nya sekali lagi di Madinah. Semasa melawat Masjid Quba di Madinah, semasa menurui bas, saya pening dan urat belakang tengkok saya tegang. Saya tahu ini adalah simptom tekanan darah rendah yang selalu saya alami terutama di waktu tengahari di panas terik.

(Masjid Quba, masjid pertama nabi bina semasa di Madinah. Saya terlepas peluang untuk Solat Sunat di sini).

Kembalinya ke hotel penginapan semasa selepas Solat Zohor, saya ternampak ada sebuah klinik di perkarangan Masjid Nabawi. Ditemani dengan anak dan mutawif, saya berkunjung ke klinik ini.

Prosedur daftar pesakit ke klinik amat mudah dan perkhidmatan pemeriksaannya juga amat cepat. Kos perkhidmatannya percuma tidak mengira sama ada penduduk tempatan atau luar. Saya difahamkan dua tanah haram ini (Madinah dan Mekah) memang perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan perubatannya percuma tetapi bukan di tempat lain di Arab Saudi yang amat tinggi kosnya.

Alhamdulillah, bacaan LBP sekitar 110/60, saya pasti semasa di Masjid Quba seelumnya adalah sekitar 90/50 atau mungkin lebih rendah.

Alhamdulillah dengan diuji-Nya, saya berpeluang mengetahui ada lagi tempat yang kos perkhidmatan dan perubatannya percuma.

No comments:

Post a Comment