Wednesday, November 25, 2015

Pengumpul Sisa Buangan Mesti Dikenakan Lesen


Pengumpul Sisa Buangan Mesti Dikenakan Lesen

Saya adalah seorang sukarelawan amal dan juga pekerja social. Ini adalah dua bidang berbeza. Saya juga adalah pengajar subjek Sisa Buangan di beberapa pusat pengajian tinggi dan pusat latihan (training provider).

Saya menyokong agar PENGUMPUL SISA BUANGAN ini dikenakan lesen. Isu ini sudah lama saya ketengahkan semenjak akhir 90an. Antara hujah saya ialah.

1. Sebelum pengumpul ini diberi lesen, mereka dikehendaki menjalani kursus yang meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai pengumpul, aspek higen dan aspek tindakan perlu diambil jika kecemasan.

2. Pengumpul mesti menjaga kebersihan diri dan mesti menjalani pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa.

3. Pengumpul juga dimestikan menggunakan PPE khusus seperti sarung tangan, penutup mulut N95, cermin mata keselamatan dan kasut bersarung.

4. Pengumpul mesti dapat mengenalpasti clinical waste yang mungkin ada dalam tong sampah seperti jarum suntikan dan sebagainya.

5. Bungkusan yang dibuka untuk carian/leraian  hendaklah dibungkus semula dengan rapi dan DIMASUKKAN SEMULA KE DALAM TONG SAMPAH.

Jika didapati pengumpul ini melanggari arahan di atas terutama no, 5, pengumpul boleh diambil tindakan.

Lesen ini bukan beasaskan pendapatan atau hasil kepada Majlis Tempatan. Ianya lebih kepada jaminan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pengumpul dan pada masa yang sama memastikan agar pengumpul ini bersama-sama menjaga kebersihan tempat pengumpulan/pembuangan sisa buangan.

Akhir sekali kadar lesen hendaklah benar-benar berpatutan atau disubsidi oleh Majlis Tempatan. Pusat pengumpulan (pembelian/penjualan) sisa buangan ini juga boleh membayar atau memberi subsidi kepada pengumpul-pengumpul yang berurusan dengan mereka.


No comments:

Post a Comment