Saturday, November 28, 2015

Introduction to Bow Tie Analysis


















Introduction to Bow Tie Analysis

Pelajar diberi tugasan dengan tajuk pilihan bebas memilih salah satu method penilaian risiko. Seorang pelajar saya memilih Introduction to Bow Tie Analysis. Presentationnya seperti di dalam gambar.

Secara jujur saya katakan, saya hanya mempelajari method Bow Tie ini secara bacaan dan bertukar pendapat dengan rakan lain. 

Moga di masa terdekat ini saya beroleh peluang untuk mempelajarinya secara berguru. Mungkin guru saya Tuan Haji Daud Sulaiman sudi mengajar saya, atau mana-mana pengajar lain di dalam kursus yang akan diadakan.

Lesson learned - trainer kena sentiasa update dengan latest knowledge.



DIY Tray Kabinet







DIY Tray Kabinet

Berikan aku (i) kotak, (ii) pisau potong kertas, (iii) masking tape, (iv) maker, dan (v) pembaris. Gunting optional untuk touching.

Siap satu project DIY 5S. petang tadi. 40 minit.

Setiap kali masuk pejabat baru atau rumah baru, inilah yang dibuat dahulu. Tak payah beli Tray Ekea.

Malah rumah mak, mertua dan rumah sendiri, tray kabiner dabut untuk sudu garpu senduk dan  pisau juga home made DIY macam ini.

Pejabat baru mungkin sudah tiada tapi rumah baru belum tahu lagi!

Wednesday, November 25, 2015

Pengumpul Sisa Buangan Mesti Dikenakan Lesen


Pengumpul Sisa Buangan Mesti Dikenakan Lesen

Saya adalah seorang sukarelawan amal dan juga pekerja social. Ini adalah dua bidang berbeza. Saya juga adalah pengajar subjek Sisa Buangan di beberapa pusat pengajian tinggi dan pusat latihan (training provider).

Saya menyokong agar PENGUMPUL SISA BUANGAN ini dikenakan lesen. Isu ini sudah lama saya ketengahkan semenjak akhir 90an. Antara hujah saya ialah.

1. Sebelum pengumpul ini diberi lesen, mereka dikehendaki menjalani kursus yang meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai pengumpul, aspek higen dan aspek tindakan perlu diambil jika kecemasan.

2. Pengumpul mesti menjaga kebersihan diri dan mesti menjalani pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa.

3. Pengumpul juga dimestikan menggunakan PPE khusus seperti sarung tangan, penutup mulut N95, cermin mata keselamatan dan kasut bersarung.

4. Pengumpul mesti dapat mengenalpasti clinical waste yang mungkin ada dalam tong sampah seperti jarum suntikan dan sebagainya.

5. Bungkusan yang dibuka untuk carian/leraian  hendaklah dibungkus semula dengan rapi dan DIMASUKKAN SEMULA KE DALAM TONG SAMPAH.

Jika didapati pengumpul ini melanggari arahan di atas terutama no, 5, pengumpul boleh diambil tindakan.

Lesen ini bukan beasaskan pendapatan atau hasil kepada Majlis Tempatan. Ianya lebih kepada jaminan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pengumpul dan pada masa yang sama memastikan agar pengumpul ini bersama-sama menjaga kebersihan tempat pengumpulan/pembuangan sisa buangan.

Akhir sekali kadar lesen hendaklah benar-benar berpatutan atau disubsidi oleh Majlis Tempatan. Pusat pengumpulan (pembelian/penjualan) sisa buangan ini juga boleh membayar atau memberi subsidi kepada pengumpul-pengumpul yang berurusan dengan mereka.


Analisa Risiko (Risk Assessment)


Analisa Risiko (Risk Assessment)

Untuk lebih memahami (sesuatu sistem atau kaedah), saya sentiasa sarankan kepada pelajar/peserta kursus supaya mendalami 4 langkah ini:

(i) To define
(ii) To elaborate the process
(iii) To explain the advantages and disadvantages
(iv) To provide the examples

* Jadual compilation oleh pelajar saya




Sunday, November 22, 2015

Tali pengikat Topi Kaledar




Tali pengikat Topi Kaledar

Anak saya minta untuk menggunakan salah satu topi kaledar saya untuk tunggangan semasa di kolejnya di Ipoh. Memang betul saya ada banyak koleksi topi kaledar yang dikhususkan untuk tunggangan tertentu.

Saya mengeluarkan salah satu koleksi lama saya tetapi talinya menggunakan system klip. Sebenarnya tali kaledar yang lebih selamat ialah menggunakan system gegelang. Walaupun system klip mudah digunakan tetapi system klip ini boleh dan mudah rosak.

Antara salah satu tugas saya sebagai Chief Scrutineer dalam Cub Prix, Track Racing (motocross dan kereta) serta acara speed event yang lain sama ada di dalam dan luar negara adalah memastikan topi kaledar ini menggunakan system gegelang.

Pagi tadi di Pasar Minggu Kamunting, di gerai favourite saya ini, saya menukar system klip ke system gegelang.

Ketahui berat kenderaan anda







Ketahui berat kenderaan anda

Ada juga di antara pemilik kenderaan (kereta dan motosikal) yang tidak tahu paras ketinggian kenderaan masing-masing. Biasanya kesemua pemandu lori (kenderaan berat) mengambil kira hal ini.

Tetapi amat jarang pemandu kenderaan ringan dan penunggang motosikal mengetahui berat kenderaan masing-masing.

Sentiasa saya tekan dalam kelas pembelajaran yang saya kendalikan iaitu pemilik kenderaan perlu mengetahui sifat fizikal kenderaan masing-masing. Malah ramai yang mengambil mudah sifat-sifat ini sebegini contoh tekanan udara tayar yang sepatutnya.

Jambatan runtuh dan  jalan rosak diakibatkan dengan kenderaan yang melebihi muatan sepatutnya. Manakala ketinggian yang tidak diketahui oleh pemandu boleh menyebabkan kenderaan mereka tersangkut di laluan bawah jambatan dan sebagainya.

Penunggang motosikal mesti mengetahui sifat fizikal motosikal mereka terutama berat. Berat menentukan kesimbangan dan keselamatan semasa pengendalian. Berat penunggang (termasuk pembonceng) dengan muatan tidak boleh melebihi berat motosikal.

Sebagai contoh, motosikal saya beratnya 210 kg (dengan petrol). Saya mestikan berat saya (85 kg), berat isteri saya (80 kg) dan berat pannier bags (40 kg) tidak melebihi berat motosikal saya (210 kg).

Tahukah berat motosikal anda? Di mana hendak merujuknya?

Tahukan tekanan udara tayar motosikal anda? Di mana hendak merujuknya?


Tips – tulis tekanan udara tayar pada tayar motosikal anda. Rujuk link di sini.

Wednesday, November 18, 2015

Occupational Stress - berbeza di antara seorang dengan seseorang yang lain.









Occupational Stress - berbeza di antara seorang dengan seseorang yang lain.

Hanya yang mengalaminya, mengenalinya dan mengenalpastinya sahaja dapat mengawalnya.