Sunday, September 13, 2015

PERSOALANAN MENGENAI SHO



PERSOALANAN MENGENAI SHO

Assalam dan salam sejahtera semua.

Saya kerap ditanya persoalanan berkaitan SHO melalui media social sama ada di FB, Blog atau email. In-sya Allah saya cuba menjawabnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sahaja. Malah saya juga pada masa yang sama mengesyorkan agar merujuk kepada mereka yang lebih arif dan berpengalaman dalam SHO ini.

Bagaimanapun sebelum mengemukakan persoalan, saya mohon agar dipatuhi perkara-perkara berikut:

i. Kenalkan diri dan maklumkan bagaimana mengenali saya samada melalui fb, blog, pernah menghadiri kursus/seminar yang saya terlibat dan sebagainya.

ii. Elakkan penggunaan kata ringkas yang keterlaluan. Maaf saya tidak faham kata-kata ringkas sms ini.

iii. Vet thru / baca dahulu soalan-soalan dan jawapan-jawapan berkaitan SHO yang telah saya jelaskan dalam blog saya.

iv. Kenalah buat home-worl dan usaha sama. Sebagai contoh bila saya bagi nama website, tidak perlulah minta saya senaraikan link-link yang berkaitan maklumat yang diperlukan.

Soalan-soalan dan jawapan-jawapan sebelum ini.

Q&A 1 SHO

1. Ceritakan tentang latarbelakang anda sebagai SHO?
2. Apakah KSAOs yang diperlukan dalam tugas SHO?
3. Bagi menjawat jawatan sebagai SHO, adakah memerlukan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan?
4. Apakah personaliti yang perlu ada pada seorang SHO?
5. Bagaimana prestasi SHO dinilai?
6. Apakah prosedur yang harus dilalui untuk menjadi seorang SHO?
7. Apakah kelayakan yang perlu dimiliki oleh seseorang bagi memegang jawatan SHO?
8. Apakah skop pekerjaan yang terdapat dalam bidang pekerjaan ini?
9. Apakah kepentingan SHO dalam sesebuah organisasi?
10. Apakah peranan dan tanggungjawab anda sebagai SHO?
11. Apakah pengalaman pahit dan manis anda sepanjang bergelar sebagai SHO?
12. Apakah jenis peralatan yang biasa digunakan semasa mengendalikan tugas?
13. Apakah aktiviti yang sering dijalankan oleh SHO?
14. Apakah kemalangan yang pernah dihadapi semasa menjalankan tugas dan bagaimana cara anda mengatasi?
15. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang SHO yang baik/Berjaya?
16. Apakah SWOT dalam jawatan ini?
17. Apakah program latihan yang biasa dianjurkan untuk pekerja bawahan?
18. Industri manakah yang memerlukan SHO?
19. Apakah jenis-jenis SHO?
20. Apa pendapat anda tentang keberkesanan penilaian prestasi dalam jawatan SHO?


Q&A 2 SHO

1.  Bolehkah atau sesuai perempuan menjadi SHO?
2. Ada iklan kerja yang menyatakan memerlukan SHO yang berkursus di NIOSH, adakah ini bermakna SHO yang berkursus di tempat lain tidak layak?
3. Bolehkah dengan hanya menpunyai Sijil SHO dan SPM menjadi pengurus?
4. Benarkan mereka yang berkelulusan engineering sahaja layak dan sesuai menjadi SHO?
5. Saya sudah first degree, yang mana lebih baik sama ada mengambil Sijil SHO atau ambik Master OSH?
6. Saya ingin buat part-time mengajar OSH, bagaimana caranya?


lukmanw@gmail.com
http://osthejourney.blogspot.com

FB Lukman Wan Mat Daud

No comments:

Post a Comment