Monday, August 17, 2015

Early preparation and home work for Trainer


Early preparation and home work for Trainer

Isteri saya selalu mengingatkan saya untuk berada lebih awal di lokasi kursus yang bakal saya kendalikan. Malah dia seringkan nasihatkan saya berada sehari lebih awal jika lokasi tersebut jauh dari Taiping.

Setakat ini kalau sekitar atau kurang dari 200km dari Taiping, saya lebih suka datang awal pagi. Kalau kursus lebih dari sehari, saya lebih suka berulang-alik dari rumah saya di Taiping. Malah kalau penganjur menyediakan tempat tinggal pun saya akan menolak kecuali kebetulan saya ada urusan lain di lokasi kursus.

Bagaimanapun kalau lokasi itu baru pertama kali pada saya, sebolehnya saya cuba recce dulu sebelum hari kursus. Semalam semasa pulang dari Perai, saya melencung keluar lebuhraya menuju ke Tasek, Simpang Ampat untuk meninjau sebuah kilang yang in sya Allah saya akan mengendalikan kursus pada Khamis dan Jumaat ini.

Dengan bantuan teknologi (waze), mudah saya menjumpai lokasi ini.

Kadang-kadang kalau lebih 200km pun saya pergi awal pagi dan kembali selepas tamat kursus saya kendalikan.

Bagaimanapun penganjur harus prihatin dan peka atas keperluan pengajar di luar kawasan ini. Bukanlah keperluan bersifat lima bintang cuma memandailah dengan keperluan asas.

Saya pernah dijemput oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk memberi ceramah selama dua jam di ibu pejabat mereka di Kajang.

Saya hanya dimaklumkan akan dibayar mengikut kadar (rate) kerajaan iaitu RM 100.00 per jam. Turut dimaklumkan tiada tuntutan perjalanan dan tempat tinggal disediakan. Saya bersetuju untuk hadir kerana sememangnya setakat ini saya tidak menetapkan sendiri kadar pembayaran.

Saya bertolak dari rumah saya dari dengan motosikal seawal 4.00 pagi kerana giliran saya berceramah ialah pukul 10.00am. Mungkin saya dapat berjimat dari tempat tinggal dan bayaran tol tetapi nasib tidak menyebelahi saya kerana seharian hujan. Saya diiringi pergi-balik Taiping-Kajang-Taiping dengan hujan.


Saya tidak ada masalah dengan bayaran RM 200.00 untuk dua jam ceramah tersebut. Sedikit terkilan apabila bayaran yang diterima hanya lebih setahun dari tarikh ceramah. Itupun saya membuat susulan selepas enam bulan LLM senyap sahaja. Saya bersangka baik mungkin proses RM 200.00 itu memang mengambil masa selama setahun untuk diproses! Agaknya kalau tuntutan 2.6 billion mengambil masa berapa lama ya?

No comments:

Post a Comment