Monday, August 17, 2015

Bukan PPE tapi re-branding ke UNIFORM





Bukan PPE tapi re-branding ke UNIFORM

Sebagai pengamal OSH, saya yakin semua pengamal atau pelajar OSH yang lain bersetuju PPE adalah “last resort” atau “last level of protection”. Saya yakin semua yang terlibat dalam OSH ini bersetuju  PPE adalah hiraki yang paling akhir dalam HIERARCHY OF CONTROL selepas lima lagi hiraki iaitu; Elimination, Substitution, Isolation, Engineering Control dan Administrative Control.

Kalau begitu mengapa (terutama di industri consruction), dua jenis PPE iaitu Safety Helmet dan Safety Boot ini diberi pada hari pertama bekerja, malah jam pertama semasa pekerja melapor diri?

Tidakkah bertentangan apa yang dipelajari selama ini? Adakah salah ilmu yang diajar atau salah guru yang mengajar?

PENYELESAIAN

Tiada jalan lain, dua jenis PPE ini iaitu Safety Helmet dan Safety Boot mestilah tidak lagi dikenali sebagai PPE. Ianya kena re-branding sebagai UNIFORM. 

Uniform seperti pakaian lain seperti baju, seluar, overall dan jacket. Malah di dalam tenterapun, topi besi dan kasut askar dikenali sebagai uniform dan bukannya PPE.

Uniform memang menjadi lumrah diedarkan seawal mungkin. Tetapi bukan PPE. Kerana PPE adalah “last resort” atau “last level of protection”.

Mungkin ada yang memandang remeh soal re-branding ini. Tetapi inilah caranya supaya apa yang dipelajari boleh diamalkan. Bukannya hanya dipelajari untuk lulus exam.

Akhir sekali uniform ini pula perlulah juga di-value-added-kan dengan mengikut trend semasa. Dengan menggunakan material yang sesuai dan pewarna (warna-warni) yang sesuai, sudah tentu tidak timbul soal kemungkinan ada hazard lain.


Semoga dipermudahkan-Nya untuk kursus berkaitan esok di UTP Tronoh.  Pada masa yang sama, kepada saya - sirih pulang ke gagang.

1 comment:

  1. Salam tuan,

    Blog yg manfaat..
    terutamanya untuk student seperti saya ..

    terima kasih

    ReplyDelete