Wednesday, August 26, 2015

Bukan Krisis Matawang?






Bukan Krisis Matawang?

Saya bukanlah pakar dalam Krisis, cuma kebetulan ini adalah subject kesukaan saya dan saya mengajar subject ini di beberapa IPT dan traning provider semenjak pertengahan tahun 2000an lagi.

Semalam seorang lagi pelajar saya bertanyakan mengapa ramai “pakar ekonomi” dalam kenyataan mereka di media electronic dan media bercetak minggu ini menafikan bahawa suasana sekarang ini (di Malaysia) bukan (belum lagi?) dianggap Krisis Matawang. Rasanya dalam minggu ini sudah 5 orang pelajar saya bertanyakan soalan yang sama.

Jika merujuk Krisis Kewangan 1997 yang melarat hingga 1998/1999, ramai yang senada (ketika itu) menganggap ianya adalah Krisis Matawang.

Krisis Kewangan Asia adalah bermula pada Julai 1997 di Thailand, dan mempengaruhi mata wang, bursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia. Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah negara yang paling teruk terkena kesan krisis ini. Hong Kong, Malaysia dan Filipina juga terkena tempiasnya. China, Taiwan dan Singapura hampir tidak terkesan. Jepun tidak terkena banyak tapi mengalami kesulitan ekonomi jangka panjang.

Ini adalah soalan di mana sebagai pengajar, saya tidak mampu menjawabnya.

Samalah ketika “Banjir Sungai” di Kelantan pada bulan Disember 2014 yang melarat hingga Januari 2015. Ketika itu saya dihujani pertanyaan; mengapa situasi kerika itu tidak diisytiharkan “darurat”?

Adakah PM tidak mahu mengistyharkan “darurat” kerana tidak mahu Persekutuan menanggung segala perbelanjaan seperti yang yang termaktub dalam Arahan 20 MKN?

Perlu juga diingatkan semasa banjir inipun Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan pelbagai bantuan logistic dan kewangan.


Saya tiada jawapan untuk soalan itu.

No comments:

Post a Comment