Sunday, August 2, 2015

Angin tayar keluar melalui “Bead Seat”




Angin tayar keluar melalui “Bead Seat”

Bermula Khamis lepas, saya sedari angin tayar belakang kiri Myvi saya agak berkurang. Saya memeriksa tekanan angin dan mendapatinya kurang sekitar 3 PSI.

Saya mengisi semula tetapi keesokan harinya berkurangan sekitar 3 PSI lagi. Saya memeriksa keseluruhan tayar tetapi tiada tanda-tanda kebocoran.

Pagi ini saya bawa Myvi tersebut ke kedai tayar. Pemeriksaan lebih teliti dengan menengelamkannya dalam takungan air juga tidak menunjukkan tanda-tanda kebocoran. Tidak ada tanda-tanda gelembung angin yang keluar dari tayar.

Saya mendesak mekanik agar merendamnya lebih lama.

Tepat jangkaan saya. Ada ternampak sebiji-dua gelembung udara yang keluar dari tepi rim.

Saya hanya berdoa agar hanya ada bahan asing (foreign material) di celah rim (bead seat) dan bukannya rim bengkok.

Saya minta mekanik membuka tayar dan membersihkan bead seat 
.
Selepas dibersihkan bead seat dan dimasukkan angin, tayar diuji semula dalam takungan air. Kali ini memang tiada lagi gelembung udara.

Sekiranya anda mengalami situasi yang sama, ada tanda-tanda angin keluar tapi tiada kesan bocor, minta mekanik bersihkan bead seat, In sya Allah angin tidak meresap keluar lagi melalui rim.

Tetapi kalau angin masih keluar melalui rim, bersedialah dengan wang secukupnya untuk mengantikan rim baru.

No comments:

Post a Comment