Wednesday, January 21, 2015

Orang berbudi, kita berbahasa



 Orang berbudi, kita berbahasa

Sebenarnya isu ini adalah salah satu topik yang saya bualkan dengan Guru OSH saya, Tuan Ir Hj Daud Sulaiman, Isnin lepas di Kafeteria NIOSH, Prai.

Saya “senada” dengan Ir Daud, jika boleh bantu, kami akan bantu sama ada dipohon oleh SHO baru ataupun mereka yang baru hendak berjinak dengan SHO atau bidang OSH ini. Sekurang-kurangnya seperti kata Ir Daud, itulah sumbangan yang boleh diberi atau disumbangkan atau dalam erti-kata lain yang boleh disedekahkan sebagai amal-jariah.

Saya menyiarkan email yang yang diterima saya ini bukanlah berniat untuk memburukkan si-pengirim email. Saya telah membalas email beliau dengan nasihat ikhlas saya. Manakala posting saya bersama-sama email ini untuk nasihat dan panduan kepada semua SHO baru dan juga kepada mereka yang baru hendak berjinak dengan SHO atau bidang OSH ini.

Saya selalu berpesan kepada pelajar-pelajar dan peserta-peserta saya - Please feel free to contact me. Tapi saya lebih preferred dihubungi melalui email, sms atau whatsup kerana kemungkinan saya tidak boleh menjawab panggilan telefon jika saya di dalam kelas ataupun sedang memandu/menunggang motosikal. Lebih-lebih lagi saya ada masalah pendengaran di sebelah telinga kanan.

Malah saya yakin rakan-rakan SHO/OSH saya yang lain sentiasa mengalu-alukan dan bersedia memberi bantuan dan berkongsi ilmu, penglaman, nasihat dan tunjuk-ajar yang berkenaan jika diperlukan.

Pesanan saya lagi – manfaatkan komputer dan IT. Melalui 2 medium hardware dan software ini, ilmu boleh dituntut dan dimanfaatkan.

http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment