Monday, December 1, 2014









CUSTOMER RELATIONSHIP Celcom Kamunting

Nak cuit sikit lagi Celcom Kamunting

Apa beza Parking Lot Celcom Kamunting dengan Parking Lot AEON (Seremban 2)? Memang betul Parking Lot Celcom tidak menyatakan untuk OKU, hanya untuk Exclusive for Celcom Customer First Elite. Adakah OKU juga dianggap Exclusive for Celcom Customer First Elite? Saya tidak pasti!. Ketika semua organisasi lain (saya ulangi – semua organisasi lain) mengganggap semua pelanggan adalah “elite”, Clecom pula ada kategori tertentu untuk pelanggannya.

Berbalik kepada soalan saya. Parking Lot AEON untuk OKU ada nombor telefon untuk dihubungi. Tetapi tidak ada pada Parking Lot Celcom. Mungkin maksud By Appointment Only itu adalah perlu telefon dahulu dari pejabat atau rumah sebelum sampai ke Pusat Celcom ini. Bagaimana kalau sudah sampai, adakah perlu turun dari kereta untuk mengalihkan papan tanda tersebut? Kalau hendak telefon staff Celcom (guard?) adakah nombor untuk dihubungi?

Belajar-belajarlah dari AEON.

Apa beza anak tangga depan pejabat Celcom ini dengan beberapa buah kedai lain di sebelah pejabat Celcom ini?

Pastinya pelanggan ke Pusat Celcom jumlahnya berkali ganda dengan pelanggan yang berurusan kedai lain sebelahnya.

Memang betul (kalau pusat pengurusan Celcom tahu perundangan, kalaulah dia orang tahu!) mengikut UBBL 1984, anak tangga yang kurang dari empat anak tangga (premis perniagaan) tidak perlu pemegang tangan (hand railing). Tetapi kesianlah pelanggan yang berusia yang hendak berurusan dengan kaunter di Pusat Celcom ini. Jangan ingat anak muda sahaja pelanggan Celcom! Tak tahulah jika statistik demographic pelanggan yang ada pada Celcom hanya sekadar statistik “syok sendiri” bukannya untuk analysis penambahbaikan!

Janganlah pula bagi alasan, kedai di sebelah pusat ini adalah kedai besi, disebabkan itu kedai ini ada lebihan besi untuk dibuat anak tangga. Banyak lagi kedai lain selain dari kedai besi yang turut mempunyai pemegang tangan untuk kemudahan pelanggan melangkah naik atau turun anak tangga ini.

Anggap ini sebagai ruang untuk penambahbaikan (rooms for improvement) dan masih belum terlambat untuk dilaksanakan bak kata orang puteh - better late than never. Mungkin pedas sikit cadangan penambahbaikan saya ini tetapi anggaplah Pedas-pedas sambal Belacan, Pedas Macamanapun Dicari Orang.

Terima kasih Sambal Belacan.

http://oshthejourney.blogspot.com/


Posting berkaitan sebelum ini di sini.

No comments:

Post a Comment