Sunday, November 23, 2014

Syabas Putera Umno! Sumbangan Barangan Hygiene Kepada Mangsa Banjir Terengganu


Syabas Putera Umno! Sumbangan Barangan Hygiene Kepada Mangsa Banjir Terengganu

Sebentar tadi di dalam Buetin Utama TV3, melaporkan Skuad Putera UMNO dengan di ketuai oleh Pengerusinya Dato' Abdul Azeez telah menghantar bantuan kemanusian kepada mangsa banjir di Terengganu.

Selain dari makanan dan pakaian, turut disumbangkan ialah barangan hygiene dengan jumlah yang banyak! Kalau tak silap saya sebanyak 2,000!

Mungkin saya terlepas pandang dengan beberapa siri amal Skuad Putera UMNO sebelum ini , saya rasa inilah kali pertama (betulkan jika saya salah) sumbangan barangan hygiene disertakan.

Sebenarnya dalam sumbangan amal dari mana-mana pertubuhan, ngo atau atas nama CSR, barangan makanan dan pakaian adalah yang paling banyak dan mudah didapati di mana-mana pusat penempatan mangsa banjir. Apaah lagi jika Kerajaan Negeri telah membentuk Plan Tindakan Menghadapi Banjir.

(Saya ada soft copy Plan Tindakan Menghadapi Banjir yang disediakan oleh Kerajaan Negeri sebuah negeri di Semenanjung yang hampir tiada masalah banjir. Jika ada yang berminat, boleh pm/email kepada saya).

Selain dari makanan dan pakaian, barangan hygiene adalah barangan penting yang mesti dimiliki oleh semua mangsa banjir.  Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis adalah gejala yang paling dibimbangkan semasa banjir akibat dari kecuaian penjagaan hygiene.

Bukan untuk membanggakan diri atau mendabik dada, saya adalah orang terawal yang emperkenalkan pek hygiene dalam Program NGO Jalan-jalan Masuk Kampung.  Ketika penyumbang lain member tumpuan kepada barangan makanan, pakaian dan peralatan sekolah, saya menumpukan kepada sumbangan barangan hygiene.

Walaupun kini saya kurang mengikuti aktiviti amal Warga Kilang, tetapi sumbangan barangan hygiene sebegini masih berterusan kepada rumah-rumah anak yatim dan keluarga-keluarga miskin di sekitar Taiping dan Alor Setar / Changlun.

Mungkin juga pengelibatan saya secara langsung dengan bencana Tsunami Aceh dan menyaksikan kekurangan barangan hygiene menyebabkan saya cenderung mendapatkan sumbangan berbentuk barangan hygiene.

Tanpa disedari, sebenarnya bapa saya yang mempengaruhi dan memberi inspirasi barangan hygiene ini. Jika orang lain lebih kerap menderma atau bersedekahkah Kitab Al Quran dan Sejadah, bapa saya (semenjak saya letahui sekitar 70an) lebih suka menyumbangkan cebuk kecil dan terompah kepada masjid atau surau.

Sekadar penambahbaikan kepada mana-mana mereka yang ingin turut serta memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana sebegini, jangan lupa peralatan hygiene selain dari makanan dan pakaian. Kerajaan Negeri juga perlu memasukkan barangan hygiene dalam senarai barangan yang perlu disediakan kepada mangsa banjir dalam Pelan Tindakan Menghadapi Banjir mereka.

Syabas sekali lagi kepada Putera UMNO dengan keprihatinannya mengenai barangan hygiene ini kepada mangsa banjir di Trengganu.

httip://oshthejourney.blogspot.com/

Catatan tambahan. Jika mereka yang biasa menghadiri kelas ERM saya, sudah tentu biasa dengan beberapa keperluan “resources” lain semasa bencana yang sering saya tekankan seperti water, ice, medicine, personal hygiene product, etc. Malah saya juga tekankan kepentingan golongan “pakar” seperti religious/bomoh, morticians, state assembly/wakil rakyat, etc.!

Link berkaitan di sini dan di sini. 












No comments:

Post a Comment