OSHA 1994 supersedes the FMA in the event of any conflict.
Boleh awak bagi contoh?
Itulah soalan Ir Nimi (pegawai DOSH ketika itu) kepada saya,
semasa menduduki ujian (interview) SHO pada penghujung 90an. (Soalan
sebelumnya, Ir Nimi meminta saya menjelaskan perbezaan antara OSHA dan FMA)
Saya perlu berterima-kasih kepada Tuan Ir Haji Amir (mantan
Pengarah DOSH Negeri dan juga Pengarah NiOSH) yang mengajar subject Legislation
semasa saya mengambil Kursus Sijil SHO di FMM/DOSH Ipoh. Memang tidak dapat
dinafikan kelas Tuan Ir Hj. Amir agak mendatar kerana beliau menghuraikan
perundangan baris-demi-baris malah menggunakan pembaris!. Tetapi itulah cara
sebenar mempelajari perundangan! Setiap perkataan, malah satu hurufpun tidak boleh ditinggalkan dan perlu ada
references cases. Sebab itulah, soalan
Ir Nimi ini, alhamdulillah saya boleh menjawabnya.
Dalam kes ini, maksud “supersedes” dan contohnya.
Sekadar berkongsi ilmu (seperti yang diajar oleh Tuan Ir.
Hj. Amir), contoh terbaik ialah perundangan yang berkaitan Safety and Health
Committee (SHC).
Dalam Factories And
Machinery (Building Operations And Works Of Engineering Construction) (Safety)
Regulations 1986, Regulation 37. Safety Committee menyatakan majikan perlu
menubuhkan committee jika
(i) 50 dan lebih pekerja
(ii) mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan
Manakala dalam Act 514, Occupational Safety And Health Act
1994, Section 30. Establishment of safety and health committee at place of
work. Menyatakan majikan perlu menubuhkan committee jika
(i) 40 dan lebih pekerja
(ii) Diarahkan oleh Ketua Pengarah
(ii) Mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3
bulan*
Dalam kes ini, SHC menggunapakai OSHA 1994. Sect. 30 dan FM
(SHC) 1996 Reg. 21(10).
Apabila saya mula berpeluang mengajar OSH terutama berkaitan
perundangan, slide FMA 67 dan OSHA 94 ini adalah slide terawal saya buat.
Harap dapat memberi manfaat kepada semua terutama yang bakal
menduduki interview SHO.
* Occupational Safety and Health (Safety and Health
Committee) 1996. Regulation 21 (1).
http://oshthejourney.blogspot.com/
Terima Kasih atas maklumat yang diberikan tuan.
ReplyDeleteSaya sebelum jumpa perkongsian tuan telah diajukan soalan tentang APA OTORITI yang mengatakan OSHA mengatasi FMA. Jawapannya kita boleh rujuk Seksyen 2 (2) OSHA:
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakkonsistenan
antara peruntukan Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis
lain mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, peruntukan Akta ini
hendaklah mengatasi dan peruntukan yang bercanggah atau tidak
konsisten dalam undang-undang bertulis lain itu hendaklah, setakat
percanggahan atau ketidakkonsistenan itu, ditafsirkan sebagai digantikan.