Monday, November 3, 2014

Ilmu hari ini – elimination (eliminate the hazard) Hierarchy of hazard control






Ilmu hari ini – elimination (eliminate the hazard) Hierarchy of hazard control

Seperti biasa, hari ini semasa berkongsi ilmu “transportation safety” dengan staff syarikat transportation (contractor kepada Shell) di Permatang Nibong, Pulau Pinang, saya melihat (mempelajari) bagaimana kaedah tertinggi control of hazard – elimination diamalkan dengan jayanya

Oleh kerana core business syarikat transportation ini ialah penghantaran dan loading/unloading bahan petroleum yang boleh dianggap sebagai bom bergerak, (i) operasi di syarikat ini tiada membabitkan kerja-kerja panas (hot work) iaitu tiada langsung kerja-kerja seperti welding dan sebagainya. Pada dinding bengkel tertera amaran besar – No Hot Work!

(ii) Tangki trailer yang disimpan (parking) di sini tiada memuatkan bekalan bahan bakar dalam tangki kerana bekalan diisi hanya di depoh dan terus dihantar kepada stesen minyak.

(iii) Di sini juga tiada penggunaan skid tank untuk pengisian semula bahan bakar untuk kegunaan trailer .

Syabas diucapkan dan semoga apa yang dibincangkan hari ini untuk kerja-kerja penambahbaikan (rooms for imrpovement) dapat dijalankan.


http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment