Wednesday, August 27, 2014

Bomb Threat Procedures



Bomb Threat Procedures 

Ini case study yang kerap saya gunakan dalam Kelas Emergency Response Management semenjak 2006 lagi. Awal tahun 2000, seorang rakan sekerja sahaja tergendala penerbangannya hampir 3 jam akibat salah seorang penumpang menyebut perkataan "bom". Semalam terjadi lagi kes seumpama ini. Disertakan juga satu contoh Bomb Threat Call Procedures and Checklist yang perlu ada di setiap telephone receptionist. Organisasi juga boleh menjemput PDRM Squad Bomb untuk bagi panduan lanjut.

Berita penuh -

Bahana sebut 'bom' dalam penerbangan

Oleh Asmah Rusman, Harian Metro 27 Ogos 2014

Subang: Sebuah pesawat milik Malindo Air OD1158 yang sepatutnya berlepas ke Pulau Pinang pada jam 3.40 petang ditunda selepas juruterbang membuat panggilan kecemasan kepada pusat kawalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, panggilan itu dibuat selepas seorang penumpang pesawat jenis ATR 60 itu menyebut perkataan 'bom' ketika pemeriksaan dilakukan oleh kru penerbangan.

"Selepas penumpang melepasi pintu masuk mereka akan diperiksa lagi untuk kali kedua bagi memastikan tidak berlaku kesilapan menaiki pesawat.

"Ketika itulah seorang penumpang dipercayai lelaki tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan kru sambil berkata, kenapa perlu periksa lagi bukan ada bom pun," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), tadi.

Katanya, kru penerbangan kemudiannya melaporkan perkara itu kepada juruterbang sebelum memaklumkan pusat kawalan untuk menangguhkan penerbangan.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan rapi terhadap pesawat, anak kapal dan 37 orang penumpang termasuk seorang bayi.

"Semua anak kapal dan penumpang diarahkan turun dan masuk ke sebuah bilik khas manakala pesawat ditunda ke bahagian khas untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Katanya, operasi tamat kira-kira jam 7.15 malam dan pesawat disahkan selamat. Hanya 35 penumpang dijadualkan akan berlepas dengan pesawat sama jam 9.30 malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26




No comments:

Post a Comment