Thursday, March 13, 2014

Kajian dedahan bahan kimia di kalangan pesawah padi


Kajian dedahan bahan kimia di kalangan pesawah padi


Sekarang saya dengan satu pasukan penyelidik sedang dalam kajian dedahan bahan kimia (pest, fungus dan baja) terhadap pesawah dgn dibantu oleh OHD dan assessor CHRA dari NRG-SHE. Untuk pilot test dan tinjauan awal, kami sudah pergi ke Kuala Selangor, Seberang Perak dan Kota Setar. Semalam kami baru balik dari Jerteh.



Agak menakutkan apabila mendapat tahu ada kes-kes kematian yang melibatkan pesawah semasa meracun dan juga bukti-bukti mangsa dedahan kronik racun yang masih hidup. Menakutkan lagi dengan maklumat adanya kawasan padi yang "bebas" dari binatang seperti tikus, serangga perosak lain malah ikan sekali akibat penggunaan racun "haram" dari luar negara dengan dos yang tinggi. Hasil padinya tinggi dan kualiti (saiz dan rupa) beras nya terbaik tetapi kesan terhadap pemakan belum pasti!

Ada juga berita mengembirakan dengan perkenalan (diperkenalkan semula?) langkah-langkah alternature nature farming seperti pengunaan (i) daun durian belanda, (ii) pokok mambu (utk burung hantu hinggap dan memburu tikus), (iii) ekstrak juice labu kayu dan (iv) air jeruk jering, yang mampu menghalau/mengurangkan binatang perosak ini terutamanya tikus.

Kajian dijangka selesai Nov 2014 dan semoga memberi manfaat kepada semua.



lukmanw@gmail.com

http://oshthejourney.blogspot.com

No comments:

Post a Comment