Di Mana Ada Pekerjaan,
Di Situ Ada Peluang Bagi Pengamal OSH
Dalam email balasan terhadap posting saya sebelum ini yang
bertajuk; “Kerjaya SHO Dalam Perfilemen”. Sdr. Muhamad Asri Mat Lazin, asristar@gmail.com ada menyebut;
“Dulu orang kata, di
mana ada air di situ ada ikan. Dalam versi baharu, di mana ada pekerjaan, di
situ ada peluang bagi pengamal OSH.”
Saya amat bersetuju
dengan bidalan versi baru ini. Kalau dirujuk Jadual 1, OSHA, semua pekerjaan
adalah tertakluk di bawah skop OSHA, kecuali mereka yang bekerja di atas kapal
dan angkatan tentera. Bagaimanapun dalam Order OSH 1996 hanya menetapkan 10 kategori
industri pekerjaan yang mesti mengajikan SHO.
Saya
difahamkan, pihak NIOSH dengan kerjasama SOCSO dan disokong oleh FAM, akan
membuat pengembaraan video berkaitan keselamatan di padang bola. NIOSH juga
difahamkan akan menjalankan HIRARC dahulu sebelum pengembaraan video ini
bermula.
Amnya setiap pasukan bolasepak
dari peringkat negara, negeri hingga kelab kini telahpun mempunyai beberapa
personnel berkaitan kesihatan pemain seperti Doktor Perubatan, Physicians, Therapist,
dan sebagainya. Begitu juga dengan pihak yang bertanggungjawab terhadap gelanggang bolasepak
yang mengajikan beberapa personnel yang berkaitan Security, Emergency dan
sebagainya.
Sudah sampainya
masanya bukan sahaja sukan yang dimainkan secara berkumpulan (seperti
bolasepak) atau sukan individu (seperti olahraga) mempunyai SHO yang mampu menasihati
mereka dalam aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.
Sebagai contoh, media beberapa kali
melaporkan ada pelajar yang tercedera dan juga terbunuh akibat ditimpa palang
tiang gol mudah aleh. Mengapa kejadian sebegini boleh berlaku? Sekiranya palang
tiang gol tersebut dibeli dari pengeluar tiang gol (bukan custom made),
pengeluar akan menyertakan sekali panduan penggunaan (instruction manual) yang
di antara lain yang memestikan palang tiang gol itu dibaringkan jika tidak
digunakan atau telah selesai digunakan.
Walaupun tanggungjawab
membaca atau memahami panduan penggunaan ini terletak kepada majikan
(memastikan tempat kerja dan sistem kerja yang selamat, OSHA Section 15),
dengan adanya SHO, kemungkinan besar beliu mampu menasihati majikan serta
pemain-pemain juga.
Selain dari itu banyak
lagi hazad dan risiko yang mampu dinasihati oleh seorang SHO. Value added jika
SHO yang dilantik itu mempunyai pengalaman mewakili mana-mana sukan di
peringkat negeri atau kebangsaan. Sebagai contoh, saya mengenali seorang bekas Pendaki
Gunung / Tembok yang kerapkali mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan
beraraf dunia kini menjadi seorang penasihat keselamatan dan juga juga
jurulatih kepada sebuah syarikat yang terlibat dalam-kerja di tempat tinggi
ini.
Bagaimanapun ini
bukanlah bidang saya yang merupakan seorang “kaki bangku” ini. Lainlah kalau
skop kerja di stadium yang berkaitan emergency seperti perancangan menghadapi
bencana, rusuhan, pergaduhan dan sebagainya.
Adakah ada bidalan
baru selepas ini iaitu “kaki OSH”?
http://oshthejourney.blogspot.com/
Bukan stakat footballers, malah semua atlit pun mesti ada safety n heslth mngement, ambil contoh, ahli gusti cedera disebabkan pekerjaannya, komenplz
ReplyDeletesokong
ReplyDelete