Tuesday, May 28, 2013

Manfaat telefon bimbit anda



Manfaat telefon bimbit anda

Posting sebelum ini (rujuk di sini), saya pernah menulis berkenaan panduan mengingati petak letak kenderaan terutama di kompleks membeli belah atau di hotel yang mempunyai tempat letak kenderan bertingkat. Sebenarnya selain dari mengambil gambar label di tiang berhampiran petak kenderan, telefon bimbit juga boleh dimanfaatkan untuk mengambil nombor bilik hotel yang didiami. Kalau sebelum ini nombor biik boleh dirujuk kepada pemegang kunci tetapi kebanyakan hotel kini menggunakan kad kunci biik elektronik yang tidak mencatatkan nombor biik.

Sekurang-kurangnya saya tidak lagi perlu menelefon isteri saya bertanyakan nombor bilik ataupun bertanya kepada staf hotel di lobi, sekiranya saya terlupa nombor bilik.

http:/oshthejourney.blogspot.com/


Friday, May 24, 2013

Anak kecil yang mempercayai anda


Gambar hiasan dari internet

Anak kecil yang mempercayai anda

Posting saya sebelum ini berkenaan seorang ibu yang meletakkan anak kecil di beranda Hospital Melaka di paras tingkat tiga. Sangkaan saya gambaran seperti itu tidak lagi akan saya temui.

Sangkaan saya meleset sama sekali. Sabtu minggu lepas sewaktu makan tengahari bersama isteri saya di sebuah restoran ikan bakar di Kamunting, gambaran hampir serupa muncul sekali lagi di hadapan kami berdua.

Kali ini seorang bapa mengendong anak kecil nya di atas bahu sambil mengelilingi rak makanan serta dua buah kuali yang berisi gulai dan sup! Bukan sekali tapi berulang-kali bapa ini mengelilingi rak makanan dan kuali-kuali tersebut sementara isterinya pula membungkus lauk.

Anak kecilnya tampak riang apabila diacah-acah oleh bapanya tanpa mengetahui pelbagai hazard dan risiko yang boleh menimpanya jika terjatuh. Malah yang lebih membimbangkan saya kipas angin siling yang begitu hampir dengan kepala dan tangan anak kecil ini.

Saya hampir mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam telatah bapa dan anaknya tetapi entah mengapa saya hanya terkaku malah selera makan kami berdua pada hari itu juga hilang serta-merta walaupun baru menjamah sesuap-dua nasi.

Saya masih teringat seorang kenalan yang pernah berkongsi pandangan. Anak kecil tidak mengerti tapi memberi sepenuh kepercayaan kepada orang yang dikenalinya. Sebab itu anak kecil merasa gembira apabila ayah atau ibunya melambungnya ke udara.

Apa kata kalau orang dewasa kita lambung ke udara?

Wednesday, May 22, 2013

Manfaatkan teknologi – ID Tag Seminar tahunan OSH UniMAP




Manfaatkan teknologi – ID Tag Seminar tahunan OSH UniMAP

Hari ini untuk sekian-sekian kalinya saya hadir di UniMAP. Kali ini saya hadir sebagai penceramah Seminar Tahunan OSH UniMAP. Terima kasih saya kepada UniMAP amnya dan Unit KKP UniMAP khususnya yang masih berterusan setiap tahun menjemput saya. Sedikit terkilan kali ini kerana saya tidak dapat bersama-sama untuk kedua-dua hari seminar tahunan OSH UniMAP ini kerana pada masa yang sama terlibat dengan pengajaran kursus OSH di Penjara Koreksional Pauh. Mujurlah kedua-dua tempat ini agak berdekatan, jika tidak terpaksa saya memlih antara satu.

Posting kali ini saya tidak berhasrat untuk menyentuh mana-mana topik atau tajuk-tajuk yang dibentangkan dalam seminar. Saya ingin menyentuh idea baru bagaimana nota-nota pembentangan diedarkan kepada semua peserta.

Kebanyakan penganjur sekarang ini memilih cara tanpa kertas (paperless) untuk mengedarkan nota-nota pembentangan kepada peserta. Biasanya ia diedarkan secara softcopy melalui CD atau Thumbdrive.

Urusetia Seminar OSH UniMAP mengedarkan nota-nota pembentangan seminar mereka hari ini melalui storan 4G yang terdapat pada kad ID peserta dan juga pembentang. Maknanya ID tag peserta dimanfaatkan untuk disekalikan sebagai storan softcopy nota-nota pembentangan
.
Saya tahu ramai peserta yang mempunyai kegemaran menyimpan tag-tag ID kursus yang disertai. Malah saya juga membuat koleksi tag-tad ID acara motorsport yang disertai.  Itupun ada banyak lagi tag-tag ID entah di mana saya menyimpannya malah mungkin telah dibuang.

Sekurang-kurangnya saya dan peserta lain seminar tahunan OSH UniMAP ini mempunyai alasan untuk menyimpan tag ID seminar kai ini.


Antara tag-tag ID motorsport saya. Yang lainnya ada di dalam kotak setelah sebelum ini digantung agak lama di dinding.


Saturday, May 18, 2013

Tolerable and acceptable risk – menunggang tanpa topi keledar dan tanpa kasut bersarung ke masjid


Tolerable and acceptable risk – menunggang tanpa topi keledar dan tanpa kasut bersarung ke masjid

Minggu lepas saya menerima email dari seorang pelawat blog OSH The Journey saya ini. Berikut adalah sebahagian kandungan emailnya.

“Saya bersetuju dengan ketetapan En. Lukman memastikan anak En. Lukman memakai topi keledar dan berkasut sewaktu bermotosikal walaupun hanya pergi ke kedai belakang rumah. Bagaimana pula kalau bermotosikal ke masjid atau surau seperti hendak menunaikan sembahyang Jumaat dan sebagainya? Apa pandangan En. Lukman sebagai pengamal OSH?”

Semalam (17 Mei 2013) selepas menunaikan Sholat Jumaat di Masjid Kampung Espo yang terletak tidak sampai satu km dari rumah saya, saya mula menulis posting ini.

Secara jujur saya mengakui saya hanya mengenakan ketayap dan berselipar sewaktu menaiki motosikal (sebenarnya skuter) untuk menunaikan Sholat Jumaat ini. Malah hanya menyarung kain palekat di samping berbaju Melayu. Gambar di atas semasa saya baru balik Sholat Jumaat semalam.

Kenapa saya hanya mengenakan ketayap dan berselipar sewaktu menaiki motosikal untuk menunaikan Sholat Jumaat sedangkan saya mesti bertopi keledar dan berkasut sarung walaupun hanya ke kedai belakang rumah saya yang hanya 300 meter sahaja?

Antara perkiraan yang telah dibuat (dan bukannya alasan) ialah;

1. Saya akan pastikan saya akan hanya pergi dan balik tanpa melencong ke tempat lain.
2. Kelajuan yang saya gunakan ialah seperlahan yang boleh. Mungkin laju sedikit dari kadar berjalan kaki (walking speed).
3. Risiko bermotosikal tanpa topi keledar dan tanpa kasut bersarung untuk dua perkiraan di atas saya anggap boleh diterima oleh saya sendiri (tolerable and acceptable risk).

Antara alasan yang tidak mungkin sama sekali akan saya beri ialah saya tidak memakai topi keledar dan kasut bersarung kerana saya berserah kepada Allah dan lagipun niat saya adalah untuk beribadat. Sedangkan apabila bermotosikal untuk ke tempat kerja juga adalah satu ibadat.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Saturday, May 11, 2013

Bahan pembelajaran (& rujukan) OSH dari Harian Metro 10 Mei 2013





Bahan pembelajaran (& rujukan) OSH dari Harian Metro 10 Mei 2013

No. 1, Bahan (material) dari Niosh

Setiap Jumaat pasti saya akan merujuk ruangan Niosh di Harian Metro ini. Hampir semua bahan-bahan OSH ini saya berkongsi dengan pelajar-pelajar malah jika berkaitan saya sampaikan melalui ceramah dan seminar yang saya kendalikan.

Cadangan penambahbaikan saya kepada Harian Metro ialah turut mengadakan ruangan ini dalam Metro On-Line mereka di samping menyediakan kemudahan untuk muat-turun dalam bentuk file Pdf.

No. 2, Kontraktor binaan didakwa atas FMA  1967, Seksyen 35 dan didenda atas FMA 1967, Selsyen 51.

Perkembangan penguartkuasaan dan tindakan dari Dosh ini amat penting diketahui oleh semua pengamal OSH (SHO). Ini bukan sahaja menunjukkan komitmen Dosh tetapi pada masa yang sama SHO boleh menasihati (mengingati) majikan masing-masing tentang keseriusan pihak berkuasa Dosh dalam menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.

No. 3, Talian Hot-Line 24 Jam Pusat Racun Negara, USM

Talian Hot-Line 24 Jam ini merupakan satu langkah tindakan segera dalam usaha menyelamatkan nyawa kepada mangsa yang terdedah kepada racun.

Semoga di masa akan datang akan adanya Talian Hot-Line 24 Jam dari pihak berkuasa yang berkaitan dengan OSH – mungkin dari Dosh ataupun Niosh yang mampu memberi maklumat dan sebagainya pada bila-bila masa dikehendaki.

Akhir kata syabas dan tahniah kepada Harian Metro, Dosh, Niosh dan PRN USM.

http://oshthejourney.blogspot.com

Friday, May 10, 2013

Khasiat & Petua beli pisang


Khasiat & Petua beli pisang

Pisang merupakan buah yang berkahsiat dan mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan serat gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan hidanagan sampingan utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Antara khasiat pisang ialah;

Potassium yang tinggi dan garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah dan berupaya mengembalikan mood serta lebih peka (alert).

Tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang.

Kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Vitamin B6 dalam pisang juga mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Gentian (serrta) tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.


Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada perumpamaa yang biasa disebut-sebut iaitu sebiji pisang sehari dapat menjauhkan anda dari doktor!

Petua membeli pisang

Pisang Berangan dalam gambar di atas saya beli malam semalam di Pasar Malam Kamunting. Sengaja saya beli pisang yang buah di antara sikatnya masih kehijauan. Semalam ada 4 biji pisang yang masih hijau, pagi ini hanya tinggal sahaja 1 biji yang masih hijau dan sudah ada beberapa biji yang sudah mula ranum.

Kalau untuk jamuan seeloknya beli yang kesemuanya sudah masak kekuningan. Jika untuk dimakan dalam masa beberapa hari eloklah pilih sikat yang maih ada beberapa biji yang kehijauan.

http://oshthejourney.blogspot.com/

*Sumber khasiat dari internet

Tuesday, May 7, 2013

Mengapa perlu hebahan di facebook semasa hendak bercuti?


Sumber internet

Mengapa perlu hebahan di facebook semasa hendak bercuti?

Seingat saya dari kecil lagi ketika baru di bangku sekolah rendah (awal 70an), pesanan sebegini kerap kedengaran di tv dan radio serta bahan bercetak seperti suratkhabar dan majalah – jika hendak bercuti, maklumkan kepada jiran dan lebih elok dimaklumkan kepada polis, hentikan langganan suratkhabar harian, pasang pemasa (timer) untuk lampu laman rumah dan sebagainya.

Pesanan awal berupa makluman kepada jiran dan juga polis. Itu sahaja! Tetapi takala ini ramai yang teruja untuk membuat hebahan di dalam facebook. Malah ada yang lebih aggresif dengan mengemaskini status bermula semasa hendak keluar dari rumah, lapangan terbang, dalam perjalanan hinggalah ke destinasi yang dituju.

Gambar di atas mungkin sekadar lelucuan tetapi ada benarnya.

Jadilah pengguna (penagih?) facebook yang berhemah. Seeloknya berkongsi kegembiraan bercuti anda selepas selamat kembali di kediaman asal dan bukannya semasa hendak memulakan atau semasa bercuti.


Posting berkaitan di sini.

Thursday, May 2, 2013

Larangan berarak menggunakan kenderaan untuk berkempen dan meraikan kemenangan


Gambar hiasan. Sumber internet

Larangan berarak menggunakan kenderaan untuk berkempen dan meraikan kemenangan

Media pada 29 April 2013 lalu melaporkan seorang remaja retak tulang bahu dan lutut kanan selepas dilanggar seorang peserta konvoi bermotosikal sebuah parti politik di Pekan Tasek Gelugor, Kepala Batas. Menurut Muhamad Amirul Wadi Azlan, 18, beliau dilanggar oleh dua motosikal yang ditunggangi peserta konvoi yang datang dari arah bertentangan laluannya.

Hari ini 2 Mei 2013, seorang pemimpin politik mengesyorkan agar tidak diadakan sebarang perarakan menggunakan kenderaan sama ada untuk berkempen atau meraikan kemenangan kelak.

Sebagai pengamal OSH saya bersetuju dengan syoran pemimpin politik ini dan berharap pihak berkuasa memainkan peranan masing-masing.

Petang isnin lepas semasa minum petang di sebuah gerai di Changlung, saya dan pelanggan lain dikejutkan dengan bunyi hon motosikal bertalu-talu dari sekumpulan anak muda yang berarak menggunakan motosikal sambil membawa bendera parti politik. Gelahat mereka ini dicemuh oleh kebanyakan pengguna jalan raya dan juga pelanggan di dalam gerai. Apatah lagi ada di antara mereka yang cuba berlagak ala pihak berkuasa dengan memberi arahan agar kenderaan lain memberi ruangan kepada mereka untuk bergerak.

Pada masa yang sama minggu ini tanpa disangka saya menerima pelawaan (jemputan?) dari dua pihak parti politik yang berbeza di Kamunting ini untuk menyertai perarakan berkempen di saat akhir pada pagi ahad 5 Mei 2013 ini. Kemungkinan saya dijemput kerana kelibat saya yang sentiasa bermotosikal di Kamunting ini sama ada dengan skuter Honda Click atau superbike Kawasaki ER6N saya.

Kedua-dua jemputan ini saya tolak dengan baik. Apabila ditanya kenapa menolak, adakah kerana saya menyokong “pihak sebelah lagi”? Jawapan saya ialah sebagai memenuhi tanggungjawab (kewajipan?) saya akan keluar mengundi tetapi saya berpegang kepada hak mengundi saya adalah rahsia.

Mengapa perlu berarak menggunakan kenderaan untuk berkempen atau meraikan kemenangan?

Masalah kesesakan dan kemalangan jalan raya adalah risiko utama keselesaan dan keselamatan sekarang ini. Dengan berarak menggunakan kenderaan akan bertambahlah lagi risiko ini.

Untuk meraikan kemenangan lebih sesuai jika diadakan di kawasan terbuka seperti tempat kereta atau padang. Malah sebagai umat Islam lebih sesuai jika kemenangan ini diraikan dengan sujud syukur dan diikuti dengan jamuan kesyukuran kepada semua yang terlibat.

Janganlah orang lain (pemimpin) mendapat laba dari kemenangan, anda sebagai penyokong pula mendapat kemalangan ataupun celaan dan makian dari pengguna jalan raya lain.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Wednesday, May 1, 2013

Mengapa warna kuning, puteh dan fluorescence?


Mengapa warna kuning, puteh dan fluorescence?

Mengapa pilih warna superbike kuning? Mengapa pilih topi keledar (full face) puteh? Mengapa pilih jacket hijau fluorescence? Mengapa pilih riding pant puteh (kelabu)?

Kalau 20 tahun dahulu semasa era superbike saya di KL, pilihan saya ialah warna hitam dan hitam. Kesemuannya hitam dengan motosikal hitam, jacket hitam, topi keledar hitam dan riding pantpun hitam.

Memang tidak dinafikan warna hitam itu amat menawan! Walaupun hitam (dan puteh) ada kalanya tidak dikategori sebagai warna!

Mulai awal tahun 2013 ini saya kembali bersuperbike dan yang pasti saya memilih warna kuning untuk superbike ER6N saya, warna puteh untuk topi keledar saya, warna hijau fluorescence untuk jacket dan warna puteh (kelabu) untuk riding pant saya.

Anak lelaki saya seorang itu langsung tidak meminati warna-warna pada superbike dan aksesori menunggang saya ini. Malah pada masa yang sama dia berbangga apabila mewarisi kesemua kelengkapan menunggang lama saya yang hampir kesemunya berwarna hitam!

Saya memilih warna-warna kuning, puteh dan fluorescence ini semata-mata agak mudah dilihat dari jarak jauh oleh pengguna jalan raya lain terutama di waktu malam. Dengan usia menghampiri 50 ini, keupayaan fizikal dan kemahiran mengendalikan superbike sudah tentu jauh bezanya semasa sewaktu saya berusia 20an dahulu.

Saya memilih warna-warna kuning, puteh dan fluorescence pada superbike dan aksesori menunggang saya ini  untuk menemani  saya terutama semasa berulang-alik Taiping-Sintok bukanlah semata-mata kerana saya seorang pengamal OSH tetapi lebih kepada keselamatan dan kesihatan saya sendiri.

Semoga saya selamat dan sihat dipelihara-Nya, amin!

http://oshthejourney.blogspot.com

Posting berkaitan di sini.

NaSOSH UniMAP 21 - 22 Mei 2013




JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR KEBANGSAAN BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (NaSOSH) 2013.

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)Perlis akan mengadakan Seminar Kebangsaan Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NaSOSH). Seminar ini merupakan salah satu platform untuk perkongsian ilmu dan pengalaman daripada mereka yang pakar dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. "Towards Sustainability in OSH Management"dipilih sebagai tema seminar kali ini adalah bagi melihat bentuk-bentuk pemikiran baru yang boleh diterapkan ke dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam persekitaran dan suasana Malaysia kini dan pada masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri seminar ini seperti butiran berikut:-

Tarikh : 21 - 22 Mei 2013
Tempat : Dewan Sri Anggerik 1-3, Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis
Yuran Penyertaan : RM 350 sahaja

PENGISIAN PROGRAM

HARI PERTAMA (21 Mei 2013)

8.00 – 8.30 pagi Pendaftaran
8.30 – 9.30 Majlis Perasmian
9.30 – 10.00 Minum Pagi
10.00 – 11.00 Presentation 1
Contribution of OSH Towards Sustainable Development in Malaysia. (En. Rukairulaizamm Ab Rahman, Director of DOSH Perlis)
11.00 – 12.00 Presentation 2
OSH in Advanced Technology(En. Mohd Yunus Izham, Deputy Director of DOSH Perlis)
12.00 – 1.00 Presentation 3
Impact of Managing OSH Risk : It’s relation to Sustainable development (Dr. Mohd. Rafee Baharuddin, UPM)
1.00 – 2.30 petang Rehat
2.30 – 3.30 Presentation 4
Institusi Pendidikan Bermulanya Budaya Kerja Selamat dan Sihat (En. Lukman Wan Mat Daud, UUM)
3.30 – 4.30 Presentation 5
The EffectsofNon-communicable disease in the organization and preventive measures– (Dato' Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, SOCSO)
4.30 – 5.00 Minum Petang

HARI KEDUA (22 MEI 2013)

8.30 – 10.30 pagi Presentation 6
Habitual Safety: New Paradigm in OSH (En. Fakhrul Anwar Ahmad Affandi, Megamekar Solution Sdn. Bhd.)
10.30 – 11.00 Minum Pagi
11.00 – 1.00 tgh hari Presentation 7
Managing OSHMS In Advance Technology Company – Current Practise Sharing (En. Mohamad A’azizan Bin Mustafa, Infineon Technologies (Kulim) Sdn. Bhd.)
1.00 – 2.30 petang Rehat
2.30 – 4.30 petang Presentation 8
ERP – How to Optimize Function of Emergency Response Team (En. Aliasman Morshidi, NRG-SHE) 

Sasaran penyertaan adalah kepada para pengamal KKP, ahli jawatankuasa KKP, staf dan tenaga pengajar sekolah, IPT dan IPP,ahli-ahli akademik, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta para pelajar, mahasiswa IPT dan kolej dan kepada sesiapa yang berminat. Bersama-sama ini isertakan brochuredan borang pendaftaran ke seminar. Info lanjut berkenaan seminar ini juga boleh didapati di laman web http://osh.unimap.edu.my.

Adalah diharapkan dengan menghadiri seminar ini tuan/puan dapat memperolehi pengetahuan, pengalaman dan idea yang baru dalam bidang pengurusan KKP ini seterusnya dapatlah ia disampaikan kepada organisasi dan masyarakat sekitar agar impian untuk membentuk budaya kerja selamat dan sihat di Malaysia dapat direalisasikan.
Sekian terima kasih.
--
اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ


'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
"Amalan Bertindak, Hasilan Berimpak"

Saya yang menjalankan tugas,

FARIDAH BINTI WAHAB
Pegawai Latihan Vokasional
Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Malaysia Perlis

No Tel : 04-979 7944 (P)/ 013-4222225 (M)
No Faks : 04-979 8351
emel : ukkp@unimap.edu.my
website :http://osh.unimap.edu.my 

Selamat Hari Pekerja

Gambar hiasan (dari internet). Semoga semua majikan peka terhadap OSHA Seksyen 15 dan pekerja pula terhadap OSHA Seksyen 24. Selamat Hari Pekerja.