Laluan motosikal yang merbahaya
Video di atas adalah hasil rakaman seorang pengguna laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan. Tidak hairanlah ramai pengguna superbike mengambil risiko menggunakan laluan kereta di Lebuhraya Persekutuan ini.
Bermula dari awal tahun ini saya kerap berulang-alik Taiping Sintok menggunakan motosikal kadang-kala berselangseli dengan kereta. Boleh dikatakan laluan motosikal di Tol Jitra (Tol Terbuka) sahaja yang selesa dan agak luas untuk dilalui oleh superbike. Laluan masuk Tol Taiping Utara (Kamunting) paling mendukacitakan. Laluannya bukan sahaja sempit tertapi berbonggol-bonggol dan banyak pasir.
Di tahun ini saya sudah dua kali mengemukakan aduan kepada petugas di Rumah Tol Taiping Utara tersebut. Namun masih tiada sebarang penambahbaikan.
Adakah penunggang motosikal diabaikan kebajikannya di atas lebuhraya kerana mereka ini tidak membayar tol? Perlu diingatkan walaupun kami tidak membayar tol tetapi kami adalah juga pembayar cukai jalan. Malah cukai jalan motosikal kami lebih tinggi dari kereta yang sama kapasitinya.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam... saya ada entri yang serupa mengenai isu lorong motor di Lebuhraya Persekutuan FT2 di blog saya, harap dapat share sebab saya ada sertakan juga beberapa hasil kajian yang membuktikan rekabentuk lorong motor di Lebuhraya Persekutuan FT2 itu sahaja sudah membahayakan penunggang motosikal.
ReplyDeleteTerima kasih.
Squall shinoda
ReplyDeleteTerima kasih atas makluman