Saturday, January 12, 2013

OSH di Harian Metro

 
OSH di Harian Metro
 
Sekali lagi Harian Metro mengorak langkah mendahului media lain dengan memperkenalkan ruangan khas untuk OSH pada setiap hari Jumaat.
 
Syabas kepada Harian Metro dan juga kepada Pengarang Kumpulan Harian Metro iaitu Datuk Mustapa Omar yang saya mengenalinya secara peribadi.
 
Saya bersama-sama Datuk Mustapa dalam satu pertandingan rali 4x4 ke China pada tahun 2000. Ketika itu saya dari Kelab Motor DiRaja Perak adalah penganjur, manakala Datuk Mustapa mewakili media dari Berita Harian.
 
Kebetulan semasa rali tersebut saya mengesyorkan kepada Datuk Mustapa agar Harian Metro mengadakan sisipan khas untuk berita sukan bermotor dan ianya menjadi kenyataan selepas beberapa bulan kemudian.
 
Harian Metro juga menjadi pelopor media pertama di Malaysia berkerjasama dan menaja pasukan lumba di dalam Kejohanan Cub Prix. Hasil dari kerjasama ini, pasukan tajaan Harian Metro itu kini menempah nama sebagai pasukan lumba yang disegani bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat Asia.
 
Semoga dengan perkembangan ini media elektonik pula akan mencontohi Harian Metro, dengan memberi peluang perkara-perkara berkaitan OSH dikongsi dengan para penonton dan pendengar.
 
http://oshthejourney.blogspot.com/
 
Berita penuh-
 
Budaya utama keselamatan
Oleh Rosyahaida Abdullah
Harian Metro 11 Januari 2013 Bangi:
 
Peningkatan kes kemalangan di tempat kerja dan ketika berulang-alik ke tempat kerja saban tahun mencetuskan rasa tanggungjawab Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menghebahkan maklumat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara lebih agresif dan holistik kepada golongan sasar.
 
Melalui kerjasama strategik dengan akhbar harian nombor satu negara, Harian Metro (HM), mulai hari ini maklumat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan disiarkan menerusi artikel atau grafik yang diterbit dalam akhbar ini pada setiap Jumaat.
 
Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata, selaras jumlah pembaca HM yang majoritinya belia bekerja, beliau terpanggil menjalin kerjasama itu dengan objektif utama membudayakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
 
Justeru, kerjasama ini diharap mampu mendidik masyarakat termasuk suri rumah mengenai penjagaan keselamatan dan kesihatan ketika bekerja dalam apa juga sektor,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kerjasama Info Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Antara HM dan NIOSH bersama Pengarang Kumpulan HM Datuk Mustapa Omar di ibu pejabat NIOSH di sini, semalam.
 
Mustapa berkata, pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) HM itu diteruskan dan kakitangan HM sendiri diharap memanfaatkan maklumat yang ada untuk keselamatan mereka.

No comments:

Post a Comment