Wednesday, August 29, 2012

Panduan Bagi Pencegahan Tekanan Dan Keganasan Di Tempat Kerja


Muat turun di sini

Panduan Bagi Pencegahan Tekanan Dan Keganasan Di Tempat Kerja

Posting berkaitan sebelum ini boleh dirujuk di sini.

Hazard Psychosocial - keganasan tempat kerja (workplace violence)


Hazard Psychosocial - keganasan tempat kerja (workplace violence)

Banyak buku OSH (termasuk Training Manual for Safety & Health Officer Certificate Programme Module) dan juga rujukan OSH termasuklah Jadual 15, NADOPOD mengklasifikasikan hazard kepada lima jenis iaitu Hazard Fizikal, Hazard Kimia, Hazard Biologi, Hazard Ergonomik dan Hazard Psychosocial. International Labour Organization (ILO, 1986) mendefininasikan Hazard Psychosocial sebagai intraksi antara unsur pekerjaan, kerja organisasi dan pengurusan, dan keadaan persekitaran serta organisasi. Manakala Cox & Griffiths (2005) memberi definasi lebih mudah sebagai aspek-aspek rekabentuk dan pengurusan kerja, unsur-unsur sosial dan organisasi yang berpontensi menyebabkan kemudaratan psychological dan fizikal.Antara yang sering dirujuk sebagai Hazard Psychosocial ialah tekanan kerja (stress), masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah (drug abuse), minuman keras (alcohol), keganasan tempat kerja (workplace violence), vandalism, bullying, gangsterism, sexual harassment, lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT).dan perlakuan jenayah, masalah emosi seperti motivasi (hilang arah tujuan), takut gagal, pemberhentian/pembuangan kerja dan sebagainya.

Posting berkaitan antara Hazard Psychosocial sebelum ini saya muatkan panduan yang bertajuk;
WorkCover Guidelines for Drugs, Alcohol and The Workplace. Hari ini melalui kiriman email seorang rakan OSH di Melaka dalam mailing list Group NRG-SHE saya menerima satu artikel berkaitan satu Hazard Psychosocial iaitu keganasan tempat kerja (workplace violence). Artikel ini diambil dari satu laman web khas berkaitan keganasan tempat kerja iaitu; http://noworkplaceviolence.com/.

Tinjauan saya sebentar tadi ke laman web ini mendapati banyak maklumat berguna yang boleh digunakan dan dimanfaatkan untuk menjadi rujukan atau menangani Hazard Psychosocial berkaitan keganasan tempat kerja ini.

Selamat membuat rujukan.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/


How to Prevent Workplace Violence
http://noworkplaceviolence.com/

Unfortunately, violence in the workplace has become a serious problem all over. Not only is workplace violence extremely unsafe, it also diverts critical attention from one's work and lowers workplace performance.

Here are some simple methods to help prevent workplace violence:

1. Have a clear, written policy that communicates zero tolerance toward workplace violence in any form. Determine in advance what discipline will be taken against employees who threaten or take violent action in the workplace, and follow through if such threats arise.
2. Provide opportunities for people to make decisions on their own. The single most frequent cause of workplace negativity is traceable to a manager or the organization making a decision about a person's work without his/her input. Almost any decision that excludes the input of the person doing the work is perceived as negative.
3. Make opportunities available for people to express their opinion about workplace policies and procedures. Recognize the impact of changes in such areas as work hours, pay, benefits, assignment of overtime hours, comp pay, dress codes, office location, job requirements, and working conditions.
4. Create a management team trained to recognize the warning signs of potential violence. Alert your employees about what constitutes workplace violence, including destruction of property and implied threats of violence, and encourage them to report these incidents immediately.
5. Have a reporting system to let management know about suspicious or threatening behaviors. Learn to recognize employee behaviors that contribute to workplace violence, such as emotional disturbance and substance abuse. . Do not create rules for all employees when just a few people are violating office policies. Minimize the number of rules directing the behavior of adult people at work. Treat people as adults and they will usually live up to your expectations, as well as their own.
6. Help people feel like members of the in-crowd; each person wants to have the same information as quickly as everyone else. Provide the context for decisions, and communicate effectively and constantly.
7. Provide appropriate rewards and recognition so people feel their contribution is valued. The power of appropriate rewards and recognition for a positive workplace is remarkable. Suffice it to say, reward and recognition is one of the most powerful tools an organization can use to buoy staff morale.
8. Provide appropriate leadership and a strategic framework, including mission, vision, values, and goals. People want to feel as if they are part of something bigger than themselves. If they understand the direction, and their part in making the desired outcomes happen, they can effectively contribute more.

The above recommendations will certainly help employees form a strong foundation for positive morale, minimizing negativity and workplace violence.

Monday, August 27, 2012

Bekas (raga) tong sampah – satu langkah kecil


Bekas (raga) tong sampah – satu langkah kecil

“Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, satu langkah besar bagi kemanusiaan.”, inilah kata-kata mendiang Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 – 25 Ogos 2012) sebaik sahaja menjejakkan kakinya di permukaan bulan 20 Julai 1969, yang juga menjadi manusia pertama di dunia mendarat di bulan.

Pada bulan Jun lepas, ada dua projek di rumah saya yang telah siap iaitu bekas (raga) tong sampah dan rak buku yang boleh memuatkan 500 buah buku dengan anggaran satu buku 100 helai mukasurat. Projek ini telah bertangguh sekian lama dan saya nekad kedua-dua projek ini perlu disiapkan sebelum bulan Ramadhan. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga dua-dua projek in disiapkan.

Saya amat berpuas hati dengan projek bekas (raga) tong sampah ini. Perumahan yang saya tinggal sekarang ini tidak disediakan bekas tong sampah sebegini. Kebanyakan penghuni hanya meletakkan tong sampah masing-masing di hadapan rumah untuk dipunggut oleh kontraktor pemunggut sampah tiga kali dalam seminggu. Ada juga yang mengambil mudah dengan hanya menyangkutkan sahaja plastik-plastik berisi sampah di pintu pagar ataupun di ranting/dahan pokok di hadapan rumah mereka. Mereka yang mengambil jalan mudah sebegini sebenarnya menyumbangkan kepada kekotoran di hadapan rumah mereka sendiri dan kerap juga mengotorkan halaman rumah jiran berdekatan.

Walaupun projek bekas (raga) tong sampah ini hanya projek kecil (langkah kecil) tapi bagi saya ia merupakan ke arah (towards) satu langkah besar untuk memastikan agar kebersihan di perumahan yang saya tinggal ini amnya dan halaman rumah saya khususnya sentiasa bersih. Benarlah seperti yang dikatakan oleh mendiang Armstrong iaitu langkah yang besar bermula dari langkah kecil.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Saturday, August 25, 2012

Biological Hazards – Prevention and Personal Protection


Muat turun di sini

Biological Hazards – Prevention and Personal Protection. Practical Guide Specifically for Frontline Workers

The Role of Law Enforcement in Public Health Emergencies


Muat turun di sini

The Role of Law Enforcement in Public Health Emergencies. Special Considerations for an All-Hazards Approach

Friday, August 17, 2012

Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar

Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar

Antara topik yang saya gemar sentuh dalam blog ini ialah papan tanda (signboard). Boleh rujuk posting-posting lama saya dalam blog ini. Pada saya papan tanda merupakan medium yang terbaik untuk berintraksi. Papan tanda yang bercirikan KISS (Keep It Short and Simple) dan ditempatkan di lokasi yang sesuai dan strategik mampu menyampaikan mesej dengan cepat dan tepat.

Sebagai seorang yang pernah bergiat dalam lapangan periklanan papan tanda ini, saya yakin garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini boleh bermanfaatkan kepada semua yang terlibat dalam pembuatan, pemasangan mahupun pihak pengurusan pelanggan syarikat yang inginkan mesej mereka disampaikan melalui papan tanda. Apapun ciri-ciri keselamatan sebelum, semasa dan selepas pemasangan papan tanda ini mesti diutamakan. Boleh muat turun di sini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

Penguat kuasa perundangan dan hazard kesihatan


Penguat kuasa perundangan dan hazard kesihatan

Sebagai seorang penguat kuasa perundangan seperti polis umpamanya bukan sahaja mereka terdedah kepada risiko pekerjaan seperti kemalangan akibat senjata api, kemalangan jalan raya dan trauma lain, mereka juga berhadapan dengan hazard kesihatan pekerjaan seperti terdedah kepada wabak jangkitan dan sebagainya.

Police Executive Research Forum (2010) telah mengeluarkan satu panduan yang bertajuk A Guide to Occupational Health and Safety for Law Enforcement Executives. Semoga panduan ini boleh dimanfaatkan oleh semua pihak penguat kuasa perundangan di Malaysia. Boleh dimuat turun di sini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

Thursday, August 16, 2012

Wednesday, August 15, 2012

Monday, August 13, 2012

Keselamatan semasa menggunakan mesin pemotong rumput


Muat turun di sini

Keselamatan semasa menggunakan mesin pemotong rumput

1. WorkCover The Safe Use Of Brushcutters
2. SNI Mesin pemotong rumput jinjing, Persyaratan keselamatan dan pengujian


Muat turun di sini

All About OSHA- Occupational Safety and Health Administration, U.S. Department of Labor, 2012


Muat turun di sini

All About OSHA- Occupational Safety and Health Administration, U.S. Department of Labor, 2012.

*Sila ambil perhatian, di Malaysia, OSHA (atau OSHA 1994) adalah merujuk kepada Occupational Safety and Health Act tetapi di Eropah/Amerika, OSHA merujuk kepada Occupational Safety and Health Administration.

Sunday, August 12, 2012

Saturday, August 11, 2012

Bahan rujukan OSH yang mesti dimiliki



Bahan rujukan OSH yang mesti dimiliki

Ramai yang menghubungi saya terutama mereka yang baru berjinak-jinak atau merancang hendak menceburi dalam bidang OSH ini. Antara soalan-soalan lazim yang ditanya ialah prospek kerjayasebagai SHO dalam OSH (termasuk gaji!), skop kerja, persediaan untuk menduduki peperiksaan SHO (Green Book) dan sebagainya. Kebelakangan ini pula saya dapati ramai dari golongan perempuan yang menghubungi saya menyatakan minat mereka untuk menceburi bidang OSH.

Saya tidak mengkhususkan bahan rujukan tertentu kerana bahan rujukan OSH ini boleh dirujuk di mana sahaja terutama di internet. Ada juga IPT yang mengkhususkan bahan rujukan tertentu dan sering kali yan menjadi pilihan ialah buku Goetsch, David L. (2008). Occupational Safety and Health: For Technologists, Engineers, and Managers, 6th edition. New Jersey: Pearson Education Inc., dengan edisi terbaru buku Goetsch ini ialah Edisi ke 7 (2011).

Saya juga mengemari buku Goetsch ini tapi seringkali saya tegaskan buku Goetsch ini perlu dibaca dengan buku Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA 1967) terutama apabila merujuk bahagian Perundangan dan OSH Personnel. Sebagai contoh dalam buku Goetsch, hirarki OSH Personnel bermula dengan OSH Manager sedangkan di Malaysia, hirarki OSH Personnel bermula dengan SHO.

Pada pandangan saya, untuk memudahkan kefahaman mengenai OSH dalam konteks di Malaysia, eloklah mereka yang baru berjinak-jinak atau merancang hendak menceburi dalam bidang OSH ini memiliki bahan rujukan seperti berikut;

1. Training Manual for Safety & Health Officer Certificate Programme Module 1 OSH Management
2. Training Manual for Safety & Health Officer Certificate Programme Module 2 OSH Legislation
3. Training Manual for Safety & Health Officer Certificate Programme Module 3 Occupational Health & Industrial Hygiene
4. Training Manual for Safety & Health Officer Certificate Programme Module 4 Occupational Safety

Manual latihan dari NIOSH ini juga tersedia dalam Bahasa Malaysia. Mereka yang berminat boleh mendapatkannya dari pejabat NIOSH yang berdekatan. Sekiranya anda mendaftar untuk mengikuti kursus SHO, manual latihan ini akan diberi sekali.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Friday, August 10, 2012

Thursday, August 9, 2012

UM Safety And Health Handbook


Muat turun di sini

UM Safety And Health Handbook

Saya berharap penerbit buku ini (UKKP UM) tidak keberatan untuk berkongsi dengan semua.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Wednesday, August 8, 2012

OKU - Otak Kurang Upaya!


Gambar diterima melalui email

OKU - Otak Kurang Upaya!

Pemandu (pemilik?) kereta-kereta mewah ini sememangnya OKU iaitu Otak Kurang Upaya walaupun bukannya OKU - Orang Kelainan Upaya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Monday, August 6, 2012

Nota Ringkas Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksid Dan Sisa Pepejal


Muat turun di sini dan di sini

Nota Ringkas Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksid Dan Sisa Pepejal

Space spray application of insecticides for vector and public health pest control- A practitioner’s guide


Muat turun di sini

Space spray application of insecticides for vector and public health pest control- A practitioner’s guide