Tuesday, June 26, 2012

Kemalangan, penutup longkang dan denggi


Kemalangan, penutup longkang dan denggi

Apakah kaitannya kemalangan (terjatuh dalam longkang) dengan penutup dan penyakit denggi?


Ini adalah contoh yang saya kerap gunakan di dalam kelas semasa menjelaskan tindakan yang perlu diambil selepas siasatan kemalangan iaitu tindakan pembetulan (corrective action) dan tindakan pencegahan (preventive action).

Secara kebetulan sabtu lepas, contoh yang sama saya terangkan dan kemudiannya sewaktu kelas berhenti rehat jam 5.00 petang, saya terdengar radio melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, berkata tindakan orang ramai yang menurap atau menutup keseluruhan longkang di kediaman mereka terutamanya di kawasan perumahan, adalah antara punca peningkatan pembiakan nyamuk Aedes, ini kerana tindakan sedemikian menyebabkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sukar melakukan kerja-kerja pembersihan longkang.

Mengapa orang ramai menurap atau menutup keseluruhan longkang di kediaman mereka? Ini kerana penutup longkang kerap hilang dicuri.

Ketiadaan penutup longkang ini juga dikenalpasti puncanya kemalangan seperti terjatuh di dalam longkang dan sebagainya.

Mengantikan penutup longkang yang hilang (penggantian sertamerta) adalah corrective action dan seterusnya tindakan susulan iaitu preventive action perlu dilakukan. Kebanyakan penduduk mengambil jalan mudah untuk menurap atau menutup keseluruhan longkang dan mengakibatkan longkang sukar disenggarakan terutama jika tersumbat.

Ini bermakna tindakan menurap atau menutup keseluruhan longkang (atau penutup longkang) bukanlah satu tindakan pembetulan (preventive action) yang tepat.

Sepatutnya penutup longkang dipasang secara “bolted” ataupun ada juga yang merantainya dengan kunci. Alternatif lain ialah menggunakan bahan seperti plastic pallet yang kuat dan kukuh tetapi tiada (kurang berharga) nilainya untuk dijual semula.

Kesimpulannya corrective action boleh dilakukan serta-merta tanpa sumber (resources) luar (dan banya) tetapi preventive action memerlukan pelbagai sumber bukan sahaja kewangan tapi pengetahuan untuk memastikan bukan sahaja tindakan pencegahan dalam dilakukan tetapi pada masa yang sama tiada kesan sampingan dan sebagainya.

Slide berikut adalah salah satu contoh corrective dan preventive action yang melibatkan kemalangan di conveyor end (running nip) turut saya gunakan dalam kelas di samping contoh penutup longkang.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/









No comments:

Post a Comment