Tisu Tandas bukan tempatnya di atas meja makan
Ada 2 perkara yang amat saya kesali kalau makan di gerai. Pertama peniaganya meletakkan Tisu Tandas di atas meja makan sama ada dalam bekas khas ataupun segulung tanpa bekas. Kedua ialah peniaganya menggunakan satu tuala kecil (kain buruk?) untuk semua jenis kerja bermula dengan mengelap meja yang bersisa makanan kemudiannya tuala yang sama digunakan mengelap pinggan atau mangkuk (mengeringkan) dan seterusnya ada yang menggunakannya untuk mengelap peluh!
Perbuatan ini bukan sahaja tidak higen malah menjijikkan.
Hari ini akhbar melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam(MPKB-BRI) mengenakan kompaun RM 500.00 terhadap peniaga yang menggunakan Tisu Tandas ini untuk pelanggan mengelap tangan dan mulut akan dianggap melanggar peraturan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil Establishment Makanan.
Saya berharap langkah ini dicontohi dan dituruti oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.
Ingat, Tisu Tandas tempatnya di dalam tandas dan bukan di atas meja makan atau kaunter pembayaran.
Seterusnya PBT juga perlu memastikan penggunaan Tuala Kecil yang khusus untuk kerja-kerja mengelap meja, mengelap (mengeringkan) pinggan mangkuk dan kegunaan peribadi (mengelap peluh dan sebagainya).
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Ada lagi kedai makan di kawasan PCB masih guna tisu tandas di meja makan. Mana pergi penguat kuasa kita. Sungguh tak beretika.
ReplyDeleteSepatutnya tahun 2022 tak berlaku dan guna tisu tandas atas meja makan. Kata kita orang terdidik. Kan.
ReplyDelete